Kisah Misteri Dan Fakta Yang Disembunyikan..
Jan 18th, 2008 oleh Qaiyum
Entri Semalam Saya Telah Memperkatakan Mengenai Permulaan Penghijrahan Saya Untuk Tahun Ini. Untuk Menjadi Seorang Research Analysist (RA) Yang Memang Tak Pernah Saya Terfikirkan Untuk Berkecimpung Dalam Arena Tersebut. Lebih² Lagi Untuk Bidang Yang Tidak Berkaitan Dengan Bidang Saya Dalam Teknologi Maklumat.
Dipanjangkan Cerita, Kepada Mereka Di Luar Sana Yang Saya Telah Canangkan Bahawa Saya Telah Habis Belajar Pada Semester Lepas, Fakta Itu Tidaklah Membawa Maksud Yang 100% Tepat. Saya Hanya Telah Habis Belajar Secara Formalnya. Saya Masih Lagi Perlu Belajar Secara Tidak Formalnya Kerana Saya Perlu Menduduki Satu Lagi Peperiksaan Khas Untuk Satu Subjek Yang Saya ‘Perlu’ Ambil Untuk Melengkapkan Transkrip Saya Untuk Menjadi Seorang Graduan. Huhu.. Maknanya Hanya Orang² ‘Tertentu’ Sahaja Yang Akan Melalui Proses Peperiksaan Khas Ini. Peperiksaan Khas Ini Masih Lagi Dalam Proses Untuk Mendapatkan Kelulusan Fakulti Dan Senat. Tetapi Kebiasaannya Setiap Permohonan Akan Berjaya Untuk Membolehkan Saya Mendudukinya. Tetapi Tarikhnya Belum Dapat Dipastikan Lagi Bila. Samada 2-3 Minggu Lagi. Mungkin Juga Sebulan Dua Dari Sekarang. Ianya Akan Ditentukan Oleh Pihak Fakulti Dan Senat.
Berbalik Kepada Kisah RA Saya, Sewaktu Bangun Subuh Pada Pagi Yang Sepatutnya Saya Memulakan Tugas Sebagai Seorang RA, Tiba² Saya Telah Didatangkan Dengan Suatu Soalan. Mampukah Saya Bertugas Dan Dalam Masa Yang Sama Membuat Persediaan Untuk Menghadapi Peperiksaan Khas Ini. Masih Banyak Bab Yang Belum Saya Cover. Jika Saya Bertugas Dari Pagi Sampai Petang, Malamnya Belum Tentu Saya Akan Berjaya Study. Melihat Kepada Fenomena Rakan² Yang ‘Lemah’ Sewaktu Pulang Bertugas, Saya Bertambah Musykil. Bukannya Saya Tidak Berani Untuk Mengubah Cara Kehidupan Saya Secara Drastik. Tetapi Saya Masih Gemarkan Kehidupan Saya Yang Kini. Bersosial Bersama Masyarakat Setempat Terutama Di UKM. Kerana Di UKM Juga Saya Masih Mempunyai Jawatan Yang Saya Sandang. Maka Masih Lagi Menjadi Tanggungjawab Saya Untuk Memantau Prestasi Dan Perkembangan Persatuan Dalam Masa Pengelolaan Saya. Saya Masih Masih Sukakan Title Mahasiswa. Haha.. Itu Mungkinlah Suatu Penyakit Yang Berbahaya Buat Diri Saya Sekarang
Dipendekkan Cerita, Pada Subuh Itu Juga Saya Membuat Keputusan. Saya Telah Menelefon Dr Zaleha Yang Memerlukan RA Itu Untuk Berbincang Dengannya Mengenai Situasi Saya. Tidaklah Lama Diskusi Itu Kerana Beliau Menyarankan Saya Untuk Lebih Fokuskan Kepada Persediaan Menghadapi Peperiksaan. Kerana Dikhuatiri Akan Mengheret Saya Ke Kancah Yang Lebih Parah Sekiranya Saya Gagal. Huh! Maka Kesimpulannya Pada Pagi Itu Juga Saya Telah Menarik Diri Untuk Memulakan Tugas. Haha.. Pernah Ke Orang Buat Macam Ni? Belum Memulakan Tugas Lagi Dan Minta Berhenti? Ntahlah. Dengar Cerita RA Yang Memegang Jawatan Itu Sebelum Ini Hanya Bertugas Untuk Jangkamasa 2 Hari Sahaja. Hmm.. Namun Akhir Kata Dari Saya Kepada Beliau Saya Masih Berminat Dan Akan Menghubungi Beliau Untuk Mendapatkan Kembali Tugas Ini Selepas Keputusan Peperiksaan Khas Ini Diketahui Dan Jika Tiada Orang Lain Yang Mengisi Kekosongan Itu. Dan Yang Utama Jika Masih Tiada Lagi Respon Daripada Pihak Lain Untuk Menawarkan Peluang Pekerjaan Kepada Saya. Hehe..
Saya Sarankan Kepada Anda Graduan² Ataupun Siswazah² Diluar Sana Untuk Menceburi Bidang RA. Kerana Gaji Seorang RA Sekarang Telah Dinaikkan Sehingga Ke RM1900.00. Ayuh! Saya Juga Pasti Akan Cuba Untuk Mendekatkan Diri Menjadi Seorang RA Jika Berkesempatan.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Cuti-Cuti Keluarga, IT & Kerjaya Lagi
- Penghijrahan & Kisah Disebalik Yang Misteri
- Kesenian Terulung
- 5 Perkara Sulit Mengenai Qaiyum
- Suami Suri Rumah Sepenuh Masa ??
- Nurin Jazlin Jazimin (1999-2007)
- Kita Yang Terlupa Sejarah : Gerakan Islah Di Tanah Melayu













La qai asal xamik jer..rugi la.. meber ak pn ada offer jd RA tp kat PPU gaji rm1800 tp ntah ak pn xamik… ape pn gud lak utk xm paper yg ko kantoi tuh..hehe
Tah Chelem.. Jom La Jadik RA. Asik Kerja Swasta Je Kat Kota Metropolitan Tu. Huhu..
owh begitu rupernye…
puas aku nk fhm kn peksa ape lagi ko kene amek…
gud lak!
HahaHa.. Gud Luck To Me..
aku xpaham apa peperiksaan khas ke mende tuh…apa2 pun good luck exam..
RA tu kejenya apa?
Kejenye Membantu Mana² Lecturer Dalam Projek Kelolaannya. Di Samping Itu RA Boleh Menjadikan Tugasnya Itu Sebagai Projek Masternya Juga. Ikut Pada Bidangla.
Tapi RA kan secara kontrak bersyarat….
Btul.. Habis Projek Habisla Tugas RA. Tapi Kalau Ader Projek Lain Lagi & Pnsyarah Trbabit Masih Merlukan Kita Leh Je Continue.
Repeat exam?? Erk…
Huh, tingginye gaji RA? Are u sure? KAwan2 aku RA sume gaji bawak rm1.5k jek sume, tambah lagi kat FTSM… hmm..
Tu Ah. Kadang² Tengok Tak Balance Gaji² RA Ni. Ikot Projek Kot. Tapi Rasenye Diorang Dah Selaraskan. Ntahla. Tapi Yang Pasti GRA Masyuk Gakla Gaji.
[…] Kisah Misteri Dan Fakta Yang Disembunyikan.. […]
[…] Kisah Misteri Dan Fakta Yang Disembunyikan.. […]