Penghijrahan & Kisah Disebalik Yang Misteri
Jan 17th, 2008 oleh Qaiyum
Assalamualaikum..
Sudah Lama Saya Tidak Memperkatakan Mengenai Diri Sendiri. Maka Dalam Peluang Yang Singkat Ini Saya Akan Kemaskini Kisah Hidup Saya Yang Sememangnya Penuh Dengan Pelbagai Misteri. Sebentar Tadi Saya Baru Pulang Dari Mengikuti Sebuah Forum Perdana Sempena Maal Hijrah 2008 Di UKM. Antara Panelisnya Adalah Ustaz Akhil Hayy, Seorang Pendakwah, Personaliti & Penyanyi Nasyid. Sungguh Ramai. Jarang Kelihatan Pengumpulan Sebegitu Ramai Umat Dalam Majlis² Ilmu Sebegini. Sungguh Mantap Aura Yang Dibawah Oleh Personaliti Ini. Bersesuaian Dengan Tajuknya Hijrah. Maka Dengan Serta Merta Esok Pagi Saya Akan Memulakan Langkah Penghijrahan Saya.
Esok Saya Akan Menjadi RA (Research Assistant).. Huhu.
Kisah Bermula Apabila Kawan Saya Saudara Syafiq Telah Menerima E-mel Daripada Pihak UKM Yang Dihantar Kepada Semua Penuntut Tahun Akhir UKM. E-mel Itu Bertujuan Untuk Pemberitahuan Mengenai Penghantaran Resume Dan Hari Kerjaya Kelak. Dari E-mel Pihak UKM Itu Terdapat Juga Alamat² E-mel Pelajar² Tahun Akhir Lain. Saya Menggunakan Kesempatan Itu Untuk Mencuri ID² Yang Icon YM Menunjukkan Tanda Online @ Berwarna Kuning, Lalu ID Itu Saya Masukkan Kedalam Senarai Kawan² Di Dalam YM Saya. Mulia Kan Kerja Ni Dalam Usaha Untuk Menambah Kenalan?
Dan Saya Juga Telah Berbual Dengan Seorang Gadis Ini Mengatakan Bahawa Jirannya Iaitu Salah Seorang Pensyarah Akaun Di Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan UKM Memerlukan Seorang RA Bagi Membantu Beliau Dalam Projeknya. Pensyarah Ini Juga Merangkap Makciknya Pada Gadis Itu. Dan Dengan Suka Hati Saya Pun Berminat Untuk Mencuba Pengalaman Dalam Bidang RA Dan Terus Memulakan Langkah Untuk Menghubungi Pensyarah Terbabit. Dan Hari Ini Saya Telah Berjumpa Dengan Beliau Dan Penerangan Telah Diberikan. Kalau Boleh Memang Hari Ini Juga Saya Perlu Memulakan Tugas. Tapi Saya Minta Tangguh Sehari Kerana Ada Urusan Lain Yang Perlu Saya Selesaikan. Nah! Dengan Ini Esok Pagi Saya Telah Berhijrah. Daripada Seorang Yang Berstatus Tidak Bergaji Kini Akan Melakukan Sesuatu Sebelum Saya Mendapat Kerja Tetap Kelak.
Walaupun Sebelum Ini Saya Memang Tidak Berminat Untuk Menjadi RA Bagi Mana² Jurusan. Tetapi Entah Macammana Pintu Hati Ini Terbuka Untuk Melakukan Sesuatu Yang Baru. Dan Peluang Itu Juga Datang Secara Mendadak Dan Tiba². Dalam Masa Tak Sampai 24 Jam Saya Telah Mengubah Kehidupan Saya Untuk 2 Bulan Akan Datang. Dan Yang Paling Peliknya Saya Telah Memulakan Langkah Penghijrahan Itu Dengan Mencuri ID² Mahasiswa/i Lain Untuk Ditambah Di Dalam Contact List Saya. Sungguh Bagus Mempunyai Network Yang Luas Kan? Anda Pun Boleh Mencubanya. Walaupun Kelihatan Seperti Mengganggu Privasi Orang Lain. Tapi Niat Yang Mulia Untuk Menambahkan Kenalan Apa Salahnya Untuk Dicuba. Dan Hasilnya Pasti Menggemparkan Kita. :D=
Selamat Berhijrah Semua!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Kisah Misteri Dan Fakta Yang Disembunyikan..
- Cuti-Cuti Keluarga, IT & Kerjaya Lagi
- 5 Perkara Sulit Mengenai Qaiyum
- Gelombang Hantu Kuning (Bukan Maskot Digi)
- Kembalilah Seorang Penyair Dari Bumi Indonesia #1
- Nurin Jazlin Jazimin (1999-2007)
- Hingga Akhir Disember Ini…











wah!!!!!
tahniah,,
satu anjakan paradigma yg bagus~
nak cubalah cara itoo~
mana tau dpt projek besoo buat filem ke~
wee
Cube Jangan Tak Cube.. Huhu..
salam qaiyum,
saya juga dapat kerja skrg ni dgn cara yg boleh dikategorikan sama iaitu dari kenalan di fan club…alhamdulillah…saya suka n happy dgn kerja skrg…
Fan Club? Hehe.. Tahniah. Tapi Ada Cerita Mengenai Status RA Saya Yang Akan Saya Ceritakan Dalam Entri Seterusnya. huhu..
hmm..boleh try gak nanti nih. boleh blaja modelling n analyze data. =)