Darah Juang & Parti Mahasiswa Negara (PMN)
Jan 17th, 2008 oleh Qaiyum
DARAH JUANG
oleh Somasi Group
Di sini negeri kami
Tempat padi terhampar
Samuderanya kaya raya
Tanah kami subur, Tuhan
Di negeri permai ini
Berjuta rakyat bersimbah luka
Anak kurus tak sekolah
Pemuda desa tak kerja
Mereka dirampas haknya
Tergusur dan lapar
Bonda, relakan darah juang kami
Untuk membebaskan rakyat
Mereka dirampas haknya
Tergusur dan lapar
Bonda, relakan darah juang kami
Padamu kami berjanji
Lagu Ini Saya Petik Dari Dalam Sebuah Entri Di Laman Blog 10 Tahun Sebelum Merdeka. Yang Mana Lagu Ini Telah Menjadi Salah Sebuah Lagu Tema Bagi Dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka. Entah Kenapa Lagu Ini Saya Merasakan Mempunyai Aura Yang Tersendiri. Lagu Ini Telah Menjadi Lagu Siulan Dan Nyanyian Saya Dalam Dua Tiga Hari Ini. Selain Itu Lagu Soundtrack Nyanyi Budaya Pembebasan Juga Turut Mengalami Nasib Yang Sama Seperti Lagu Darah Juang Ini. Setiap Hari Lebih Dari 50 Kali Lagu Ini Akan Berkumandang Dari Suara Speaker Saya Yang Sememangnya Murah.
Namun Seperti Yang Dikhabarkan Oleh Saudara Fahmi Reza Mengenai Asal Usul Lagu Ini, Ia Ditulis Oleh Sekumpulan Pemimpin Aktivis Mahasiswa Daripada Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta Iaitu - John Sonny Tobing dan Andi Munafat. Lagu Ini Telah Menjadi Salah Sebuah Peniup Semangat Juang Para Aktivis Mahasiswa Semasa Usaha Mereka Untuk Menggulingkan Rejim Orde Baru Suharto Pada Tahun 1998. Lagu Ini Tersangatlah Popularnya Sehinggakan Ia Menjadi Suatu Kewajipan Untuk Menyanyikan Lagu Ini Untuk Setiap Demonstrasi Mahasiswa Di Jalanan Seluruh Indonesia.
Saya Meneliti Dan Mentelaah Segala Bait² Lirik Dan Irama Lagu Ini Dengan Mendalam. Dan Cuba Memahami Perasaan Para Mahasiswa Yang Waktu Itu Menjadi Penggerak Atau Apa Yang Didakwa Mereka Sebagai Pembela Nasib Rakyat. Lagu Ini Seperti Yang Saya Katakan Tadi Seperti Mempunyai Aura Yang Sangat Kuat Sehingga Menusuk Kalbu Kepada Sesiapa Yang Mendengarnya. Seperti Ada ‘Penjaga’. Lagu Ini Mempunyai Kombinasi Antara Kesedihan, Kesengsaraan Dan Kekecewaan Sekaligus Juga Mempunyai Kuasa Untuk Membangkitkan Semangat Juang Dalam Diri Mereka Yang Menghayati Lagu Ini. Dan Dengan Itu Ia Juga Mampu Untuk Mendorong Sesiapa Sahaja Yang Merasakan Diri Mereka Mempunyai Kaitan Seperti Apa Yang Dikarang Di Dalam Lirik Lagu Darah Juang Ini. Mampu Untuk Mendorong Setiap Orang Turun Ke Jalanan. Mampu Untuk Mendorong Setiap Orang Melempiaskan Kekecewaan Mereka Di Jalanan. Mampu Untuk Memaksa Seseorang Melakukan Keganasan.
Berhantu Bukan ?
Tetapi Jika Lagu Ini Dibawa Masuk Dan Diperdengarkan Kepada Mahasiswa Negara Ini Adakah Ia Akan Membawa Erti Yang Sama Seperti Apa Yang Berlaku Di Indonesia? Adakah Mahasiswa Malaysia Akan ‘Terusik’ Jika Lagu Ini Dimainkan Di Telinga Mereka Setiap Kali? Adakah Mahasiswa Akan Terdorong Untuk Turun Ke Jalanan Seperti Apa Yang Pernah Dilakukan Pada Era 60 - 80an Dahulu. Atau Soalan Yang Mudahnya Adakah Kita Di Malaysia Ini Sampai Ke Tahap Anak Kurus Tak Sekolah Atau Pemuda Desa Tak Kerja? Mungkinkah Isu Seperti Harga Barang Yang Naik Harga, Ke-Tidak-Selamatan Malaysia Hari Ini Dalam Melindungi Kanak², Isu Itu & Ini Akan Memungkinkan Kita Menciplak Lagu Darah Juang Ini Untuk Di Bawa Turun Ke Jalanan? Hmm.. Entahlah..
Tapi Nampaknya Ada Mahasiswa Yang Teringin Untuk Menunjukkan ‘Kekuatan’ Sehingga Mewujudkan Parti Mahasiswa Negara (PNM). Mereka Mendakwa Arena Politik Malaysia Masih Di Takuk Lama Dan Parti Pemerintah Dan Parti Pembangkang Didakwa Mereka Juga Seperti Badut Yang Sentiasa Bertelagah Sesama Sendiri. Maka Mereka Kini Bangkit Untuk Meletakkan Calon Bebas Pilihan Mereka Di Beberapa Kawasan Dalam Pilihanraya Umum Kali Ini.
Mampukah Mereka Melakukan Sesuatu Adalah Persoalan Utama? Atau Akhirnya Kelak Merekalah Yang Akan Menjadi Badut Pada Pilihanraya Nanti. Sama²lah Kita Nantikan.
Untuk Entri Yang Akan Datang Saya Akan Mencetuskan Isu Samada Teori Pemikiran Mahasiswa VS Pengalaman Politik Individu Mana Yang Lebih Diyakini Rakyat.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod I)
- Pakat Kelik Ngundi..
- Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu
- Tun Mahathir, Auranya & UMNO
- Borak-Borak Politik
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod II)
- Masih Ada Harapan











wargh..sungguh dasat lagu ini..sepanjang aku jadi mahasiswi tak pernah pulak aku dgr lagu ini..atau..aku mmg insensitive person yg hanya tahu pergi dan balik kuliah saja. :p
Tula.. Tak Pernah Dengar Sbnanyer.. Baru Je Dengar. Sadis Gakla.. Huhu..
Apapun, saya masih lagi dengan semangat Anak Kecil Main Api. bayangkan, seawal umur 7 tahun, saya dah menyanyi lagu ni… Dahulu dinyanyikan di sekolah2 bagi membakar semangat pelajar Melayu… Begitu adanya…
Benarkah? Hmm.. Smangat Saling Ingat Mngingati Dalam Lagu Rasanya Dah Makin Berkurang Ketika Ini..
PMN hny menghiasi politik negara yg hny tertumpu kpd pas n umno skg ni. tp…tak relevan sungguh kalau PMN nak letak calon bebas