Peruncit Melayu
Jan 15th, 2008 oleh Qaiyum

Berdasarkan Artikel Buka Mata Peruncit Melayu Terbitan Akhbar Utusan Malaysia Hari Ini, Dirungkaikan Permasalahan Yang Sentiasa Menghantui Peniaga Dan Peruncit Melayu Sejak Zaman Berzaman Lagi. Walaupun Kini Terdapat Ramai Usahawan & Ahli Perniagaan Melayu Telah Berjaya Hasil Daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Namun Mentaliti Dan Cara Berniaga Peruncit Melayu Sering Menjadi Masalah Diri Mereka Sendiri. Dasar Ekonomi Baru (DEB) Telah Mencapai Sasaran 19% Penguasaan Ekonomi Orang Melayu Semenjak Ianya Diperkenalkan. Kurang 11% Daripada Sasaran Yang Sepatutnya Menimbulkan Persoalan Apa Yang Terjadi Kepada Peniaga Melayu Sebenarnya.
Penulis Artikel Tersebut Telah Menyatakan Dengan Jelas 3 Faktor Utama Yang Menggambarkan Tahap Pemikiran Dan Cara Kerja Peniaga Melayu Hari Ini Iaitu :
Pertama - Jaringan Perniagaan Yang Lemah. Networking Adalah Perkara Utama Dalam Perniagaan. Tanpa Jaringan Perniagaan Yang Mantap, Sesuatu Perniagaan Itu Tidak Akan Berkembang Maju Kehadapan. Selain Itu Proses Mendapatkan Bekalan Juga Memerlukan Jaringan Yang Kukuh Supaya Kita Tidak Akan Sentiasa Ditindas Oleh Sesetengah Pembekal Yang Tamak. Konsep Muafakat Juga Perlu Sentiasa Diamalkan Oleh Peniaga Mahupun Peruncit² Melayu. Aneh! Rasanya Melayu Lebih Ramai Yang Mempunyai Hasad Dengki Sesama Sendiri Berbanding Cuba Untuk Mengukuhkan Jaringan Perniagaan Sendiri. Lebih Suka Melihat Bangsa Sendiri Jatuh. Ahli Keluarga Saya Sendiri Telah Melalui Pengalaman Sebegini. Hmm..
Kedua - Jenis Barangan Atau Produk. Produk Juga Adalah Aset Terpenting Dalam Melariskan Jualan Kita Seterusnya Mendapatkan Keuntungan Yang Berganda. Tanpa Produk Yang Mampu Menarik Perhatian Pembeli & Pengguna, Sudah Semestinya Penjualan Kita Tidak Akan Mencapai Sasaran Yang Diinginkan. Penulis Juga Mengulas Bahawa Kebanyakkan Peruncit Melayu Menjual Produk Jenis Bermusim Sahaja. Iaitu Seperti Kuih² Tradisional, Pakaian² Melayu Yang Sememangnya Menjadi Rebutan Pada Musim Perayaan, Batik Melayu Dan Lain² Lagi. Adakah Jenis Produk Sebegini Menjadi Rebutan Mereka Yang Bukan Melayu? Pasti Tidak Sama Sekali. Maka Pasaran Orang Melayu Sememangnya Khas Untuk Orang Melayu Sahaja. Orang Melayu Juga Dikatakan Masih Tidak Memahami Identiti Melayu Secara Meluas. Produk Melayu Seperti Kuih Baulu, Kuih Dodol Tidak Pula Dijual Seperti Kek² Dan Kuih Muih Moden. Adakah Produk Makanan Tradisional Ini Tidak Boleh Mencapai Tahap Mutunya Tersendiri?
Ketiga - Menganggap Perniagaan Adalah Aktiviti Sara Hidup Semata-mata. Cara Berfikiran Sebegini Sangat Merugikan Peniaga & Peruncit Melayu. Mereka Tidak Lagi Mementingkan Inovasi Dan Sentiasa Menganggap Pengembangan Perniagaan Tidak Penting Atau Belum Sampai Masanya Lagi Untuk Dikembangkan. Maka Dengan Itu Peniaga Dan Peruncit Melayu Akan Kekal Berada Pada Tahap Seperti Sebelumnya Buat Masa Yang Lama Atau Paling Tragis Buat Selama²nya Hingga Turun Temurun.
Oleh Yang Demikian, Adakah Salah Kerajaan Kerana Tidak Menyediakan Prasarana Perniagaan Untuk Peniaga Melayu? Salahkan Kerajaan Kerana Tidak Memberikan Peruntukkan Yang Sewajarnya? Salahkan Kerajaan Kerana Tidak Membimbing Peniaga Dan Peruncit Melayu Untuk Mengelolakan Perniagaan Mereka Dengan Sebaik²nya? Salah Siapa?
Dan Anda Di Luar Sana Tidakkah Berminat Pada Bidang Perniagaan? Atau Sudah Takut Untuk Menjadi Usahawan? Jika Anda Berminat, Tolong Jangan Berfikiran Sepertinya Kenyataan Di Atas. Ubahkan Apa Yang Sepatutnya Diubah. Dan Saling Bantu-Membantu Antara Kita Agar Dapat Memecahkan Ekonomi Yang Sukar Didominasi Oleh Kita.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












yup, yup, mentaliti meniaga dikalangan orang melayu secara umumnya masih bersifat diri sendiri, tiada penyatuan dan perpaduan dalam berniaga…. melakukan sesuatu perkara secara berjemaah tu kan lebih afdhol, tak gitu? yeah!
Servis Mereka Kini Pun Tidak Memuaskan Pelanggan Dan Tidak Mengendahkan kehendak pelanggan Serta Terlalu lambat buka Kedai..Sebahagian Kaum Melayu selalu menjalankan operasi jualan bermula Pukul 12….Baru buka Kedai..Berbanding Lain Kaum yang Buka Kedai Pada Kul 8 Pagi..
#musnaz - Lihat Sahaja Cara Kita Belajar. Berapa Ramai Antara Bangsa Kita Yang Mementingkan Konsep Perkongsian Ilmu Sesama Sendiri? Malah Samakah Kita Dengan Bangsa Lain Untuk Membuat Study Group, Berkongsi² Nota Kuliah @ Buku Rujukan, Soalan² Past Year, Penemuan² Baru? Mentaliti Sebegini Akan Sentiasa Dibawa Di Mana². Tiada Penyatuan.
mrozaidi - Dan Mungkin Ramai Majikan Melayu Sebenarnya Sangat Komited Terhadap Perniagaan Mereka. Tetapi Yang Sukarnya Adalah Untuk Mendapatkan Pekerja² Yang Komited Seperti Mereka. Malah Ada Majikan Yang Susah Untuk Mempercayai Pekerja Melayu Sendiri. Makanya, Situasi Majikan Mengambil Pekerja Asing Dapat Kita Lihat Dimana².
dari dasar ekonomi baru sampai la sekarang dasar pembangunan nasional…sama saja situasinya… pelik dengan certain2 orang melayu ni.. tak bley tgk orang melayu lain berjaya… ada contoh…tp tak nak le sebut kt sini…tp sakitnya hati… bagaimana kita nak berjaya klu bangsa yang kita sayangi tak nak saling membantu sesama sendiri. Tak percaya satu sama lain dan suka membeza2 antara yang berpangkat dan tidak… tp tak semua org melayu mcm tu… ada yang bagus2 apa?….
Betul. Ramai Jugak Yang Telah Menunjukkan Contoh Yang Cemerlang. Samada Yang Cemerlang Ini ‘Dibantu’ Oleh Kerajaan Ataupun Berusaha Sendiri Dari Bawah, Itu Tidak Penting. Janganlah Kerana Hal Itu Kita Saling Dengki-Mendengki. Biarkan Mereka Yang Berjaya Itu Kekalkan Kejayaan Mereka. Jika Hasil Kejayaan Mereka Itu Adalah Hasil Yang Tidak Halal, Itu Adalah Urusan Dia Dengan Tuhan. Jangan Kita Membuat Sebarang Spekulasi Yang Akhirnya Akan Merugikan Kedua² Belah Pihak.
alhamdulillah.. tp kebanyakan cine lebih byk kongker.. tp aku rase melayu skang lebih suke makan gaji dr bekerje sendiri.. network kite kene kuat baru senang nak berniaga.. jom niaga tolong sesama kite..aku pon cite cite nak bukak 7eleven melayu.. hehehhe..
mungkin itu dulu..kalo ade pun,bnd ni bkitar dgn kedai2 yg kecil..
kalo syarikat2 besar bumiputra,saye yakin ia lebih ke hadapan..
cume hasad dengki tu yg masih di takuk lame..ye kot=)
org melayu berniaga biasanya tiada kosisten…dah la buka kedai lambat..tutup awal..
Dahulu, saya terdengar, masalah utamnaya adalah pemborong. Siapakah kebanyakannya menjadi pemborong? Bukan Melayu bukan. Maka inilah perkara yang kita semua perlu fikirkan. Banyakkan pemborong Melayu, InsyaAllah perniagaannya akan naik.. Percayalah….
Betul3..
Ya. Pemborong Bukan Kita Yang Pegang. Tapi Ada Juga Teori Mengatakan Orang Melayu Membeli Barang Bukan Secara Borong. Mereka Membeli Sedikit² Mungkin Kerana Kekurangan Modal. Bangsa Yang Lain Pula Membeli Barang @ Produk Secara Borong @ Banyak. Biasalah Kalau Dalam Bisnes Jika Kita Beli Banyak Harga Pun Boleh Kurang Banyak. Berbanding Beli Sikit, Harga Pun Tak Kurang Sikit.
Oleh Itu, Encik Ahmad Yang Membeli Barang Secara Sikit² Itu Terpaksa Menjual Barangnya Dengan Harga Yang Mahal Kepada Pengguna. Encik Chong Pula Menjual Harga Barangan Dengan Harga Yang Lebih Murah Kerana Dia Membeli Secara Borong. Maka Pengguna Mestilah Ingin Membeli Barangan Dengan Harga Yang Murah. Makanya Itu Juga Salah Satu Faktor Mengapa Melayu Gagal Bersaing Dalam Ekonomi.
aku tau lokasi gambar tu berada dimane..=D
Di Mane Ye?
Aku dah byk kali view entri ni. Aku ingt koyum main rembat je gamba kedai melayu mane2. Baru tadi perasan, ade kete mahal! Itu point kau rupanya.
Nnti bile aku bukak software house, ko amek gamba kedai aku. Kete mahal nnti aku pinjam sape2.
Yaa.. Software House. Jangan Lupa Ajak Aku Join Sekali. Hehe..
muahahaha..melayu cukup sinonim ngan PHD..tp tak bermakna kita tak bleh jadi peniaga yg berjaya. Aku pernah meeting di SACC shah alam pasal small market yg dibuka utk peniaga2 melayu. Isunya, bergaduh sesama peniaga berebut tempat dan juga gagal byr rent.Huhu,aku sekadar mendengar dan tertawa dlm hati.
Ye la kebanyakan orang Melayu takut ambil risiko besar.. ( termasuk saya)…
Dan lebih mengambil jalan selamat…
Bagi yang PHD tu ini yang tak syok.. patut dielakkan.
[...] orang Melayu semakin susah nak dapat lubang-lubang perniagaan dan terpaksa buka mata lebih luas (Qaiyum). Dan kemungkinan juga pentadbiran negara akan dipengaruhi dengan bendaalah FTA ini. Mana kita tau [...]
Tak guna jika kita terus mengkritik bangsa kita sendiri. Sebenarnya ramai orang melayu yang sudah boleh duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan peniaga bangsa lain yang berjaya. Tetapi terpaksa merendahkan diri akibat dipandang rendah oleh bangsa sendiri yang tidak dapat menerima hakikat melayu juga boleh jadi bangsa yang berjaya.
Apa kata kita jangan perdebatkan kekurangan kita, tapi kita mulakan sendiri sebarang perubahan. Kalau d peringkat IPT, seperti yang dnyatakan dalam entry, berkongsi2 nota, saling mengajar (satu budaya yg saya rasa perkara biasa di tmpt saya) dan jika di luar, semangat persaudaraan =) Bila dah ramai, tentu yang lain akan ikut…betul tak?
Action is better than words right
Assalammualaikum,
saya berminat sangat ingin membuka perniagaan runcit (pemborong), tapi susah gila nak carik pemborong dari bangsa melayu kita sendiri.
Bro Qaiyum ada kenal saper2 ke pemborong dari bangsa kita sendiri? saya nak korek pengalaman ni.. Thanking you in advance.
Rizwan Telah Menulis Entri Terbarunya.. Ego Man and Me
Wa’alaikumussalam Saudara Rizwan..
Memang sebenarnya tidak ramai pemborong terdiri daripada orang Melayu sendiri. Tapi kita masih mempunyai peluang untuk menjadi pemborong.
Saya tidak dapat memberikan data² seperti yang dikehendaki. Tapi saudara Rizwan boleh cuba rajinkan diri mencari maklumat daripada kementerian perdagangan atau Asas tani.
Kalau susah juga yang paling mudah carilah pejabat Belia 4B di kawasan anda dan cuba untuk bertanyakan peluang perniagaan yang ada.
Terima Kasih.
Terima kasih internet…,
Satu lagi alat untuk maki hamun peniaga-peniaga melayu. Sudah la peniaga melayu di sepak terajang di arena, sekarang di internet pula. Kesian pada peniaga melayu.
Kalau dulu penjajah cop pejuang-pejuang melayu ‘lanun’, sampai sekarang cikgu sekolah ngajar kesultanan melayu asal dari lanun. Siapa ajar? Cikgu melayu pulak tu…
Dah lama dah kepala kita kena senget dengan orang lain, la ni kononnya ‘educated’, tapi nak masuk kedai melayu, depa kata tak ’standard’.
Macam ni la minded orang kita dari dulu sampai sekarang.
Sekian.
Bukan salah En Ahmad, Qaiyum!
En Chong dah untung ribu-ribu jual arak, beer dan shandy, jadi En Chong pun jual la barang lain 10sen-5sen lebih murah dari En Ahmad. Yang pelik nya orang melayu kita, 10sen-5sen tu yang dikira sangat, En Chong jual beer kat budak melayu kita tak bising pun.
Macam tu la minded orang kita.
#Gadis Ayu - Saya Disini Bukannya Membuka Pentas Untuk Menyepak-Terajang Orang Melayu Sendiri. Realiti Sendiri Menunjukkan Bagaimana Orang Melayu Menjalankan Perniagaan.
Ya Benar Ramai Orang Melayu Yang Kini Telah Dapat Bangun Dan Berdiri Sendiri. Dan Ramai Juga Yang Inginkan Kejayaan Tersebut. Tetapi Masih Ramai Antara Orang Melayu Sendiri Yang Terlalu Ingin Mencari Jalan Pintas Untuk Mendapat Keuntungan Dengan Pantas. Jarang Orang Melayu Yang Mengerahkan Kudrat Dan Minda Mereka Dengan 100% Usaha.
Itu Tidak Dicampur Lagi Dengan Mereka Yang Bersifat Hasad Dengki-Mendengki Antara Satu Sama Lain. Berbanding Dengan Bangsa Lain Yang Mengamalkan Semangat Kesatuan Dalam Berniaga. Jika Ada Antara Mereka Yang Menjual Sesuatu Produk, Tidak Akan Ada Antara Mereka Yang Menjual Produk Yang Sama Dalam Kawasan Yang Sama.
Realitinya Pak Cik Saya Yang Berniaga Sate Pernah Dijatuhkan Oleh Orang Melayu Sendiri Akibat Hasad Dengki Itu Menyebabkan Beliau Tidak Lagi Mampu Untuk Berniaga.
berminat plak nk komen di sini… seperti komen fiza sebelom ni psl topik ni… org melayu sendiri kena bangun, gosok mata, cuci muka. usaha lebih skit. kt luar tu, ramai jg dr kalangan kita yang berjaya. cuma kadang2 minded org melayu ni kena anjak skit. kena berani skit. berdasarkan pengamatan. bukan dr segi perniagaan jer, misalnya dlm satu pertubuhan, melayu yg bagus ramai. yang kurang bagus tu lupa diri. apa yang dipanggil tu, rasuah… erm… mungkin bg mereka bkn rasuah, tp hadiah/habuan. so…sebenarnya satu jer, anak melayu nk berjaya… usaha kena berganda… dlm apa2 bidang la… usaha, doa.. paling penting kembali kpd agama. itu saja… sekadar pandangan…
fiza Telah Menulis Entri Terbarunya.. Mengapa Baby Menangis??
Tumpang lalu sedara-sedara. Bercakap tentang orang Melayu berniaga, saya rasa contoh yang boleh diambil ialah tengok orang melayu kelantan berniaga. Takm le hebat tetapi boleh le dibuat panduan . lepas tu ambil le ciri-ciri yang ada pada kaum lain. Kita ni sebenarnya bukan pemalas, tetapi seperti kata sedara-sedara tak ada wahdatul fikr dan link perniagaan tak kukuh. kenapa payah sangat tak berpakat.? jawapannya sebab orang melayu ni kurang jati diri. Kenapa kurang jati diri? Sebab orang melayu tu sendiri bukanlah melayu jati. Ada melayu kacukan mamak, ada melayu kacukan cina, ada melayu kacukan india dan macam-macam melayu lagi. Asalkan bangsa lain kahwin saja orang melayu, keturunannya di bangsakan sebagai melayu. Tuan tuan boleh le tengok.. ada orang melayu hitam, ada putih, ada perang dan macam-macam warna, Terfikir juga saya, yang mana melayu jati ni. Tu tak termasuk melayu jawa, riau, johor, kedah , boyan, dan sebagainya. Boleh le kita bincang…..TQ
salam…..
cakap psl peniaga melayu ni mmg btul network antara peniaga melayu ni ssh ckit tp itu bkn mslh besar, yg menjadi mslh bsr adalah masyarakat melayu sendiri..mereka sanggup pergi kekedai cina kerana xnk tgk peniaga melayu berjaya @ sng dari diri dia. Ada melayu yang da berjaya pn terpaksa belakon miskin kerana takut hasrat dengki dr kaum sendiri. berbanding dengan cina,mereka lebih suka bahkan akan tolong lagi kalo ade bangsa dorang yang nk maju…….