10 Tahun Sebelum Merdeka..
Jan 14th, 2008 oleh Qaiyum
10 Tahun Sebelum Merdeka Adalah Sebuah Filem Dokumentari Pendek Yang Diarahkan Oleh Fahmi Reza Yang Telah Membuat Penyelidikan Berkenaan Peristiwa² Yang Berlaku Sekitar Tahun 1947-1957.
20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.
Hasil Usaha & Penyelidikan Beliau Dalam Menghasilkan Dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka Telah Mengenengahkan Beberapa Individu Yang Terlibat Semasa Perjuangan Mereka Untuk Menuntut Kemerdekaan Daripada Kerajaan British Yang Mana Kisah² Mereka Ini Tidak Ditulis Di Dalam Buku Teks Sekolah. Kisah² Perjuangan Pemimpin² Parti Politik Dahulu Dikupaskan Secara Terperinci Bagi Memantapkan Lagi Pemahaman Kita Mengenai Sejarah Malaya.
Dokumentari Pendek Ini Juga Telah Memenangi Kategori ‘Most Outstanding Human Rights Film‘ Pada Freedom Filmfest 2007 Yang Lalu. Filem Ini Boleh Ditonton Oleh Anda Melalui YouTube, Atau Boleh Dimuat Turun Daripada Server Yang Disediakan Ataupun Anda Boleh Menempah Sendiri DVD 10 Tahun Sebelum Merdeka Daripada Fahmi Reza. Hingga Saat Ini Sebenarnya Saya Belum Menonton Dokumentari Ini Kerana Ada Sedikit Masalah Dengan Talian Internet. Namun Sehingga Entri Ini Dimasukkan, Proses Muat Turun Sedang Dijalankan. Saya Pasti Bahawa Dokumentari Yang Dihasilkan Ini Bakal Membuatkan Saya Merasa Puas Untuk Lebih Mengenali Selok Belok Sejarah Tanah Malaya Yang Sebenar²nya.
Diharapkan Juga Lebih Ramai Individu Seperti Fahmi Reza Tampil Untuk Menjalankan Kajian Dan Penyelidikan Sepertinya Dalam Menentukan Sejarah Malaysia. Dan Seterusnya Menghasilkan Sebuah Dokumentari Yang Mantap Untuk Ditonton Sekalian Rakyat.
Sebuah Video Pendek Bertajuk Perlembagaan Rakyat VS Perlembagaan Federation Yang Telah Dihasilkan Oleh Saudara Fahmi Reza. Isi Kandungannya Ringkas Tetapi Sangat Menarik Untuk Ditonton Dan Menambahkan Pemahaman Kita Mengenai Perbezaan Antara Dua Perlembagaan Ini. Kalaulah Dahulu Sewaktu Belajar Sejarah Dipaparkan Dalam Bentuk Video Sebegini Rupa, Pasti Saya Adalah Salah Seorang Ahli Sejarawan Terkemuka Negara Pada Ketika Ini. :D=
Oleh Yang Demikian Marilah Kita Berkongsi Mengenai Sejarah Ini Sekaligus Menyokong Pasukan 10 Tahun Sebelum Merdeka Ini Dalam Perjuangan Mereka Menemukan Bukti² Sejarah Yang Menarik Untuk Dikongsikan Bersama. Saya Menyokong Anda Saudara Fahmi Reza.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Belum Merdeka Minda
- Masih Ada Harapan
- Simbol Perpaduan
- Darah Juang & Parti Mahasiswa Negara (PMN)
- Prospek Kerjaya : Mana Satu Idaman Kalbu ??
- Rumahku Syurgaku Lagi..
- Melayu, Sejarah & Islam














Youtube nie ke dokumentarinye? Bukan kan. Cantek la layout video tuh. Simple tapi jelas.
Setuju sama kamu. Sejarah mengantukkan tanpa Maya Karin dalam Hati Malaya.
Bukan Yang YouTube Tu. Tu Sebahagian Sumber Hasil Kajian Yang Fahmi Reza Ni Kaji.
Haa.. Kalau Cikgu Yang Ngajar Sejarah Dulu Cam Maya Karin Lagila Smangat Nak Blaja..
Semua ilmu perlu disampaikan dengan cara yang paling menarik. Kenapa ajaran Islam, kurang difahami? Kerana cara penyampaiannya. Syukur, Ustaz Akil ada mengisi ruang kosong tarbiyyah Islamiya dengan cara tersendiri
dah tgk doku ni, deen mmg kagumlah, tgk cara dia edit and persembahan doku ni,
fresh!!!
sbb selalu doku terrikat sgt pengolahannya~
takut jumpa cutlah,,apalah~
but this doku very2 nice,mmg layak menang award!!
#Azhar Ahmad - Benar Skali. Minggu Ini Ustaz Akhil Hayy Akan Turun Ke UKM Bangi Untuk Forum Sempena Maal Hijrah. Akan Saya Ambil Kesempatan Itu Untuk Mendengar Buat Pertama Kalinya Sesi Bersama Beliau Secara Live. :D=
#deennasour - Benar Menarik? Sampai Sekarang Still Ader Problem Untuk Muat Turun. Sambung Balik Esok La.. Huhu..
Ustaz Akhil Hayy?
Wah, dah buleh masuk pulak ke? SEjak die masuk mainstream ni, dah buleh masuk UKm ek? ISIUKM dlu penah je nak jemput die, tapi terhalang oleh birokrasi dan politik pentadbiran yang entah hape-hape…
SO, can u please give me the detail about the talk from Ustaz ROck?
Ustaz Akhil Hayy Akan Menjadi Salah Seorang Panel Untuk Forum Maal Hijrah Yang Diadakan Di DECTAR UKM Pada 17 Januari 2008 Ini Pukul 9.00 Malam.
saya pon tgh dlm proses mendownload…
Download Jangan Tak Download. Barang Percuma Memang Seperti Goreng Pisang Panas….
betul betul betul…semua nak barang baek yg percuma
http://shanmea.blogspot.com/2007/12/merdeka.html
\(^^,)/
ya benar menarik,,
daripada dokumentari keluaran ehem2,,yg begitu skema~
tapi tak leh lawan doku berkhatan filem negara yg menang kat iran 2004~ wee~
simple tapi menarik!!! memang best la video… bermakna..