Oh! Jiranku.. Dimana Silapku ??
Jan 13th, 2008 oleh Qaiyum
Di Manakah Salah Kita?
Di Manakah Silap Kita?
Rasanya Saya Sudah Tidak Lagi Boleh Optimis Terhadap Isu Ini. Seperti Entri² Terdahulu Yang Menyentuh Isu Perhubungan Malaysia & Indonesia, Seperti Hubungan Anjing & Kucing Mahupun Tom & Jerry Yang Tak Mungkin Dapat Diselamatkan Lagi. Kali Ini Mereka (Majoriti Mahupun Minoriti). Dahulu Saya Merasakan Hubungan Ini Tidaklah Seteruk Mana. Tetapi Bilamana Masih Ada Lagi Aktivis Mahupun Individu² Yang Sentiasa Bersikap Negatif Terhadap Malaysia, Dan Kini Mereka Bertindak Lebih Agresif Lagi Dengan ‘Mencucuk’ Sensitiviti Malaysia Dan Penduduknya Secara Seriusnya. Kejam.. Sangat Kejam.
Internet Sentiasa Menjadi Medium Termudah Untuk Memburuk²kan Entiti Lain. Yang Kebanyakannya Sentiasa Berakhir Dengan Tragedi & Ketidakpuashatian Individu Yang Terbabit. Sama Ada Benar Atau Tidak Tidak Penting Lagi. Maruah Masing² Perlu Ditegakkan. Jika Kita Tidak Dapat Berfikir Dan Bertindak Dengan Rasional. Maka Padahlah Akibatnya.
http://profiles.friendster.com/jiranjing

Anda Lawatilah Sendiri Laman Profile Friendster Itu Dan Lihatlah Isi Kandungannya. Segala Pengisian, Komen² Yang Diberikan Membuatkan Saya Berasa Menyampah Dan Sakit Hati. Siapa Yang Empunya Akaun Itu Saya Tidak Ingin Mengkaji Dan Mengetahui Lebih Lanjut. Jika Anda Kenal Individu Itu Pun Saya Tidak Ingin Ambil Tahu Kerana Bakal Mendatangkan Mudarat Kepada Diri Saya Ini Jika Saya Sampai Dalam Keadaan Beremosi. Oleh Itu Jauhkanlah Beliau Daripada Manusia Optimis - Qaiyum.
Bukan Itu Sahaja, Hayatilah Antara Isi Kandungan Yang Terdapat Dalam About Me Anda Akan Terkejut Besar Apabila Lirik Negaraku Telah Diubah Dengan Dasyatnya. Yang Mana Saya Tidak Sanggup Untuk Menyalinnya Ke Blog Ini.
Apakah Silah Kita?
Terdapat Juga Beberapa Pautan Yang Disediakan Ke Blog² Penulis Yang Rata² Berobjektifkan Untuk Menghentam Malaysia Habis²an.
WWW.MALAYSIAMALING.BLOGSPOT.COM
WWW.ID-TOP.BLOGSPOT.COM
WWW.MALAYSIA-MALINGSIAL.BLOGSPOT.COM
WWW.RASA-GANYANG.BLOGSPOT.COM
Tidak Guna Rasanya Untuk Saya Turut Serta Melibatkan Diri Dalam Pertelingkahan Yang Tidak Bermakna Ini. Apabila Rasional Tidak Digunakan. Hanya Diskusi SAMPAH! Yang Akan Terhasil. Yang Mana Tidak Wujud Pun Satu Usaha Untuk Memperbaiki Keadaan. Saya Lebih Suka Meletakkan Diri Untuk Mencari Punca Di Mana Segala² Ini Berlaku Dan Apakah Yang Boleh Dilakukan Dengan Status Diri Saya Yang Hanya Sebahagian Daripada Rakyat Biasa Ini Untuk Disumbangkan Dalam Mengubah Persepsi Masyarakat Di Negara Sebelah Ini.
Jika Dilihat Punca. Sudah Pastilah Bermula Semenjak Konfrontasi Malaysia - Indonesia Yang Menentang Pembentukan Gagasan Malaysia Satu Ketika Dahulu. Di Tambah Pula Dengan Konflik² Yang Berlaku Selepasnya. Dan Yang Terkini Berkaitan Dengan Kes Penderaan Pekerja Indonesia Di Malaysia, Hakcipta Kebudayaan Kedua² Negara, Promosi Tahun Melawat Malaysia Dan Banyak Lagi. Hmm..
Apapun Harapan Terakhir Saya Diharapkan Kehadiran Presiden Susilo Bambang Ke Bumi Malaysia Kali Ini Dapat Membantu Dalam Memulihkan Pertelingkahan Anjing Dan Kucing Daripada Kedua² Negara Kejiranan Ini. Dan Minta Mereka² Diluar Sana Agar Sentiasa Rasional Terhadap Segala Isu Yang Timbul. Elakkan Diri Daripada Terlalu Emosi Dan ‘Melenting’ Dengan Kejadian Yang Berlaku. Fikirkan Apakah Yang Terbaik Untuk Kedua² Pihak. Dan Kepada Pihak Sana Janganlah Menyimbah Minyak Ke Dalam Api. Cukuplah Dengan Sekadar Apa Yang Berlaku. Biarkan Pemimpin Dan Pihak Berkuasa Yang Berada Di Atas Sana Menyelesaikan Konflik Yang Timbul. Manakala Kita Jadilah Rakyat Yang Tidak Terlalu Terikut Dengan Permainan Politik Atasan.
Bersatu Teguh Bercerai Roboh!
Allahuakhbar..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Thesis Yang Baru Bermula..
- Melayu, Sejarah & Islam
- Hari-Hari Bersama Warga Emas..
- Kembalilah Seorang Penyair Dari Bumi Indonesia #1
- Konvokesyen UKM 35
- Akan Kembali
- Hyderabad, India













Aku xtau nak kate pe. Manusia ramai. Anjing pun ramai. Sekian.
Aku dah report abuse. Sekian terima kasih.
Kita Report Kepada Admin FS untuk Meng”delete” akaun tu…
#noris - Kucing Pun Ramai Gak Camn?
#Hawa - Report Kat Sape Hawa?
#mrozaidi - Baik Delete Je FS Trus.. Haa..
Orang yang senyap, dan berfikir adalah lebih bijak dari yang bising dan menuduh membuta tuli…
Biarkan. Bukan sakit pun….
Sedangkan Presiden Suharto yang sakit pun dilemparkan dengan pelbagai cerita tak sedap, inikan pula kita….
Hmm.. Smoga Kita Hanya Perang Mulut..
Ayat mesti mau kasar tapi ikhlas.
deen nak kata macam anjing dan kucing tak sampai ati, sbb anjing tu indon dan kita kucing,,kesian~ weee….
mm,,surat khabar arini, wartawan otai indon pun menyentuh isu sensitif antara malaysia-indonesia dan yg kene tibai mestilah wartawan yg menjadi medium pehubungan,so deen rasa wartawan dn media entiti yg berpengaruh untuk membaiki perbalahan inip~deennasour
Media Adalah Agen Pemikiran Masyarakat. Kalau Dah Wartawan Membawa Ideologi Yang Tak Elok Untuk Masyarakat. Memang Susah La.. So Peranan Masyarkat La Pulak Untuk Memperbaiki Keadaan..
Hmm..
biasalah… malaysia kan tempat periuk nasik depa…. bila diorang makin tamak, maka makin ‘bertahi’ lah depa…
La, report abuse la.. Just click kat report abuse.
Have u ever notice that Mr. IT ? Then the report will send to FS admin automatically, then they’ll view the page. If necessary, they’ll delete the account. Sebab, sensitivity user adalah salah satu dari rules and regulation FS.
http://www.friendster.com/info/tos.php
#musnaz - Tula. Salah Satu Cara Indonsia Nak Basmi Kemiskinan Adalah Meng’halal’kan Rakyatnya Datang Ke Malaysia Secara Haram. Kerajaan Indonesia Sendiri Gagal Untuk Basmi Kemiskinan Di Negara Mereka Secara Total Terutama Di Kawasan Luar Bandar. Yang Kaya Sangat Kaya Yang Miskin Sangat Miskin.
#Hawa - Hehe.. Ingatkan Cik Hawa Report Ke CyberSecurity Malaysia Ke, Takpun ISA Ke. Tapi Cmane Ek FS Nak Amik Tindakan Kat Profil Berbahasa Melayu @ Indonesia Nie?
smart pandangan ko tu bro! cool!
Siapa menabur angin akan menuai badai.
Kalau bangsa Malingsia ingin dihormati oleh bangsa jiran, kalian harus bercermin. Malingsia itu terlalu sombong dan angkuh. Malingsia lupa sejarah. Malingsia Kacang lupa kulit.
Salam dari Jakarta.
Mungkin Juga. Indonsia Juga Adalah Inspirasi Tanah Melayu Untuk Menuntut Kemerdekaan Satu Ketika Dahulu. Semangat Darah Juang Rakyat Indonesia Untuk Melanwan Belanda Telah Tertiup Hingga Ke Tanah Melayu. Maka Disitulah Bermulanya Kebangkitan Rakyat Malaysia Untuk Menuntut Kemerdekaan.
Tapi Untuk Makluman, Tidak Semua Rakyat Malaysia Bersifat Angkuh. Lebih² Lagi Kepada Jiran Sebelah. Oleh Itu Janganlah Kerana Keangkuhan Sesetngah Pihak, Mereka Yang Tidak Terlibat Terkena Tempiasnya.
nak kata mskt kita hari ni tak berakal nak pk baik ke buruk tak jugak,
tapi tu lah,
maybe mskt kite terlalu mudah untuk di manipulasi oleh media,,
terlalu percaya….
dan inilah jadinya,,,,
kadang2 internet tak leh percaya sgt~