10 Januari
Jan 10th, 2008 oleh Qaiyum
Hari Ini Ini Adalah Sambutan Awal Muharram Bagi Menyambut Kedatangan Tahun 1429 Hijrah. Hari Ini Juga Adalah Hari Ulangtahun Ibuku. Seperti Tahun² Kebiasaannya, Tiada Majlis Besar²an Disambut Bagi Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran Samada Ibu Mahupun Bapaku. Cukup Hanya Sekadar Makan Bersama² Ahli Keluarga Di Restoren Terpilih.
Tapi Hari Ini Saya Tidak Dapat Bersama² Dengan Ibuku Untuk Meraikan Harinya Ini. Ayahanda Ku Juga Tidak Berada Di Malaysia Kerana Ada Sedikit Urusan Di Indonesia. Esok Baru Dia Akan Pulang. Maka Mungkin Aktiviti Makan Bersama Di Luar Ini Akan Ditundakan Minggu Depan. Memandangkan Esok Juga Saya Akan Ke Hutan Rekreasi Ayer Keroh Atau Kini Telah Dikenali Taman Botanikal Melaka Untuk Kursus Yang Akan Dikendalikan Untuk Mahasiswa/i UKM Tahun 1. Tidak Sabar Mahu Melihat Gadis² Jururawat Dan Juga Bakal² Doktor Yang Semestinya Comel². Huhu.. InsyaAllah.
Apapun Selamat Hari Jadi Ibu..
Minggu Ini Dirasakan Seperti Sangat Cepat Masa Berjalan. Tidak Banyak Yang Saya Dapat Selesaikan Dalam Minggu Ini. Saya Sangat Benci Apabila Perlu Membuat Keputusan Untuk Memilih Apa Yang Akan Saya Lakukan Pada Hujung Minggu. Sepatutnya Minggu Ini Juga Saya Perlu Sekali Lagi Ke Mappetra Seperti Dalam Entri Sebelum Ini Untuk Menjadi Outdoor Trainer. Tapi Saya Terpaksa Menolak Tawaran Itu Kerana Saya Perlu Memberikan Komitmen Untuk Kursus Di Ayer Keroh Ini. Hilang Peluang Untuk Menambahkan Pendapatan Hujung Minggu Ini. Berada Di Ayer Keroh Tidak Akan Menambahkan Sedikit Pun Sumber Pendapatan. Sukarela.. Huhu..
Tema Baru
Untuk Itu Blog Ini Pun Pasti Akan Sunyi Buat Masa 3 Hari Ini. Marilah Menghayati Theme Baru Yang Telah Saya Pasangkan Bagi Mencorakkan Kembali Blog Ini Demi Keselesaan Pembaca Semua. Anda Boleh Memilih Warna Kegemaran Anda Bagi Fungsi Menukar Warna Seperti Yang Terdapat Pada Header Di Atas. Pilihlah Samada Anda Menggemari Warna Peach, Hijau, Biru, Maroon & Magenta. Saya Sangat Berpuas Hati Dengan Keadaan Tema Baru Kali Ini. Kerana Sangat Bersesuaian Dan Mudah Untuk Saya Selenggarakan. InsyaAllah Tema Ini Juga Akan Berkekalan Buat Masa Yang Lama.
Wassalam..











Hummm walaupun tak dapat upah di dunia, di akhirat sahamnya tetap ada. Tapi betulkan niat ye…
Ya Betul Tu..
slmt hari lahir untuk ibu ko bro..moga apa yg diimpikan dalam hidup akan jadi kenyataan,amin..slmt tahun abru hijrah 1429…:)
salam singggah dari bloggers yg masih meniarap..bertatih pun blom..
hehe..cantiklah theme,,dpt tukar2~
suka hijau!
go Pink!
#Azhar Ahmad - Yup.. Jadilah Lilin Yang Membakar Diri Untuk Menerangi Orang Lain..
#Acai - Terima Kasih Wish Tersebut. Semoga Kita Akan Memperoleh Apa Yang Kita Azamkan Tahun Ini Juga.. :D=
#deennasour - Selamat Maju Dalam Dunia Blog. Semoga Jangan Cepat Mengalah. Datang²la Sini Selalu..
yerp~for second time~
thanks,,nak start komen ni,,kalau ada trkaasar bahasa minta maaf yerp