Semalam Saya Menonton Sebuah Drama Melayu Di Astro Ria Yang Berjudul Ladang. Bukanlah Menjadi Minat Saya Untuk Menonton Drama² Melayu Di Televisyen. Bukanlah Kerana Tidak Menyokong Industri Tempatan. Tetapi Selalunya Kebanyakkan Cerita Melayu Terlalu ‘Ringan’, Tidak Sedikit Pun Menyentuh Pemikiran & Jiwa Masyarakat, Jalan Cerita Yang Mudah Dan Terlalu Direct, Atau Mudah Kata - SAMPAH! Memanglah Industri Perfileman Wujud Bagi Memenuhi Citarasa Masyarakat Dalam Mengisi Masa² Terluang, Sebagai Salah Satu Medium Untuk Berhibur. Tetapi Bidang Ini Sepatutnya Menjadi Agen Yang Paling Sempurna Dalam Membentuk Pemikiran Masyarakat. Nampaknya Tidak Ramai Pejuang Filem Yang Benar² Lahir Demi Masyarakat. Tetapi Ramai Yang Lahir Demi Poket Sendiri & Mengejar Populariti.
Oleh Itu, Jangan Salahkan Saya Kerana Saya Tidak Gemar Menonton Drama Tempatan. Ini Termasuk Juga Drama Bersiri Seperti Yang Menerjah Kaca TV Anda Sekalian Setiap Petang & Malam. Saya Suka Berfikir!
Ladang Adalah Sebuah Cerita Yang Sangat Jujur. Sudah Lama Saya Tidak Menonton Drama Dan Akhirnya Saya Berasa Sangat Puas. Mengisahkan Kehidupan Sebuah Keluarga Di Sebuah Kampung. Keluarga Ini Telah Kembali Ke Kampung Halaman Masing² Setelah Tiga Adik Beradik Merantau Jauh Mencari Haluan Hidup Masing². Kepulangan Mereka Ke Kampung Adalah Berkenaan Soal Menuntut Kembali Hak Ladang Warisan Keluarga Mereka Yang Telah Diambil Alih Pemaju. Disamping Itu Kunjungan Seorang Wanita (Mariam) Iaitu Rakan Adik (Hajar) Keluarga Ini Ke Kampung Banyak Mencetuskan Konflik Terutama Pada Pasangan Adik-Beradik Lelaki (Abg Long & Hayat). Mariam Adalah Seorang Graduan Yang Lebih Berfikiran Sosiologi.
Terdapat Banyak Plot² Yang Sering Mencetuskan Pemikiran Minda Penontonnya. Konflik² Sentiasa Timbul Tanpa Henti Di Sepanjang Jalan Cerita. Antara Persoalan Utama Drama Ini Adalah Bagaimana Penerimaan Masyarakat Kampung Terhadap Pembangunan. Menyentuh Juga Bagaimana Pemikiran Pihak Kerajaan Negeri & Wakil Rakyatnya Dalam Usaha Membantu Penduduk Kampung. Namun Tidak Semua Masyarakat Dapat Menerima Pembangunan. Pembangunan Di Anggap Sebuah Ancaman. Ideologi Kapitalis & Gejala Urbanisasi Mesti Ditolak. Namun Mariam Sentiasa Optimis Terhadap Segala Yang Menyentuh Isu Masyarakat. Selain Itu Kekecewaan Dan Kesedihan Akibat Tidak Dapat Meneruskan Warisan Ayahanda Keluarga Ini Yang Sudah Meninggal Dunia Menjadi Konflik Utama. Mereka Hanya Sedar Betapa Pentingnya Ladang Itu Dalam Diri Setiap Ahli Keluarga Hanya Selepas Bertahun² Merantau. Sifat Mementingkan Diri Sendiri Yang Mana Akhirnya Memakan Diri.
Antara Keunikan Drama Ini Adalah Bahasa Dialog Yang Digunakan Sangat Indah. Dan Berpuitis. Segala Yang Menyentuh Aspek Masyarakat Dapat Dilihat Seperti Konflik Adik Beradik, Cinta, Semangat Perjuangan, Masalah Sosial Masyarakat, Perbezaan Ideologi & Pendapat. Segalanya Telah Diadun Sehingga Menghasilkan Sebuah Karya Seni Yang Halus Tetapi Agung. Entah Kenapa Saya Mentafsir Drama Ini Terlalu Jujur. Terlalu Dekat Di Hati & Terlalu Realiti. Pelakon Kanak² Juga Telah Berjaya Membawa Watak Masing². Bakat Lakonan Mereka Harus Dibanggakan.
Dan Yang Paling Penting Pada Saya Adalah Mesej Terakhir Yang Cuba Disampaikan Pada Akhir Plot. Hajar & Mariam Adalah Graduan Yang Baru Tamatkan Pengajian Masing². Hajar Ingin Menyahut Cabaran Profesornya Dahulu Yang Mempersoalkan Kenapa Graduan² Universiti Tidak Ingin Bekerja Di Kampung. Sepatutnya Mereka Golongan Terpelajar Ini Setelah Tamat Belajar Kembali Ke Kampung Halaman Masing² Untuk Membantu Memperbaiki Nasib Penduduk Kampung. Siapa Lagi Yang Boleh Penduduk Kampung Harapkan Selain Daripada Golongan Terpelajar Untuk Membantu Memperbaiki Taraf Ekonomi & Kehidupan Mereka. Termasuk Membantu Anak² Muda Kampung Yang Tidak Senasib Dalam Menentukan Masa Depan Mereka. Hina Sangatkah Untuk Bekerja Di Kampung? Walaupun Rezkinya Tidaklah Seberapa Namun Perjuangan Suci Untuk Membela Nasib Orang Lain Haruslah Dipuji. Janganlah Jadi Graduan Yang Lupa Diri Dan Hanya Mementingkan Diri Sendiri.
Mesej Yang Terakhir Itu Juga Ditujukan Buat Diri Sendiri :D= Oleh Itu Marilah Menonton Filem Mahupun Drama Yang Berkualiti. Alangkah Baiknya Jika Filem U-Wei Haji Shaari Mendapat Tempat Di Hati Rakyat Malaysia. Malangnya Masyarakat Tidak Pandai Menilai. Filem Kaki Bakar Beliau Gagal Diterima Di Negara Sendiri. Namun Sekurang²nya Perjuangan U-Wei Diterima Antarabangsa Apabila Berjaya Menerobos Ke Festival Filem Antarabangsa Cannes. Yang Menjadi Filem Pertama Malaysia Yang Ditayangkan Di Sana. Hmm…












