Kisah 3 Sahabat Karib Di Arena W.P. Labuan
Jan 6th, 2008 oleh Qaiyum
Teringat Kembali Sebuah Memori Yang Telah Sekian Lama Tidak Meniti Di Ruangan Ingatan Saya Ini. Namun Pada Malam Yang Persis Bayu Gunung Ini Saya Ingin Berkongsi Bersama Kalian Mengenai Sebuah Memori Ketika Saya Masih Lagi Setahun Jagung Mengenal Dunia Ini. Kisah Sewaktu Saya Berstatus Kanak² Yang Comel.
Lokasi Adalah Berlatar-belakangkan Sebuah Wilayah Di Kepulauan Labuan. Sebuah Wilayah Yang Dipisahkan Hanya Beberapa Kilometer Daripada Pesisir Pantai Sabah. Saya Telah Membesar Di Kepulauan Ini Semenjak Tahun 1992 Hingga Tahun 1995. Iaitu Bermula Saya Darjah 1 Hinggalah Darjah 4. Saya Membesar Di Kawanan Berek Polis. Bermakna Saya Sentiasa Dikelilingi Oleh Encik² Polis Dan Ibu² Polis. Ini Bermakna Ibu Bapa Saya Juga Adalah Anggota Polis. Namun Status Bapa Saya Ketika Itu Adalah Seorang Pegawai Polis Yang Mampu Membuatkan Anggota Polis Lain Memanggilnya Dengan Gelaran ‘Tuan’. Yang Mana Membawa Maksud Juga Saya Bukanlah Betul² Tinggal Di Berek Polis. Tetapi Tinggal Di Sebuah Rumah Banglo Di Hadapan Berek Yang Masih Di Kawanan Polis.
Ceritanya Bermula Begini..
Saya Ada Seorang Kawan Yang Saya Mula² Kenali Seawal Saya Menjejakkan Kaki Ke Kawanan Polis Itu. Nazri Namanya. Beliau Tinggal Bersama Ibubapa Polisnya Di Berek Polis. Selang Beberapa Blok Dari Rumah Saya. Istimewanya Dia Adalah Kerana Dia Seorang Yang Sengau. Pertama Kali Berkawan Dengan Seorang Yang Sepertinya Agak Kekok Jugak Rasanya. Tapi Lama Kelamaan Saya Boleh Membiasakan Diri Memahami Percakapan Sahabat Saya Itu. Dan Yang Paling Mengharukan, Hanya Saya Dan Beberapa Orang Lagi Rakan Yang Boleh Menerima Beliau Sebagai Sahabat. Kanak² Lain Kebanyakkannya Hanya Tahu Mengejek Dan Mengajuk Segala Percakapan Beliau. Maka Kalian Pasti Dapat Mengagak Bagaimanakah Personaliti Si Nazri Ini. Akibat Selalu Diejek & Diajuk, Maka Akan Timbullah Rasa Malu, Terpinggir Sekaligus Menjadikan Beliau Seorang Yang Low-Self-Esteem.
Tidak Ramai Kawan Adalah Nasib Yang Menimpa Beliau. Namun Apabila Munculnya Saya Di Kawanan Itu Telah Memberikan Sedikit Harapan Baru Kepada Beliau Untuk Memiliki Sahabat Handai Seperti Orang Lain. Saya Pula Adalah Jenis Yang Tak Kisah Untuk Berkawan Dengan Sesiapa Pun. Terutama Mereka Yang Tidak Senasib Seperti Saya. Walaupun Saya Tinggal Di Rumah Banglo Di Hadapan Berek² Polis Itu, Tetapi Ia Tidak Langsung Membezakan Taraf Kami Sebagai Sahabat Karib. Nazri Sering Berkunjung Ke Rumah Saya Untuk Bermain Dan Saya Juga Sering Berkunjung Ke Rumah Beliau Untuk Bermain. Di Sekolah Juga Kami Sentiasa Bersama. Walaupun Berlainan Kelas, Tetapi Waktu Rehat Saya Sentiasa Menemaninya Makan. Bezanya Waktu Rehat Ibunya Datang Untuk Membawa Bekalan Makanan Ke Sekolah. Saya Pula Membeli Makanan Dari Kantin Dan Makan Bersamanya. Polar Persahabatan Ini Walaupun Kemudiannya Berubah², Namun Ia Tetap Utuh.. Dimana Apabila Ada Yang Mengajuk Percakapan Beliau, Saya Sentiasa Akan Membackup & Build-up Beliau Kembali. Untuk Tidak Melemahkan Atau Menghilangkan Mood Beliau Pada Hari Itu. Sungguh Kejam Pembuli² Itu. Huhu.. Sayalah Penyelamat Mangsa Buli.
Klik Untuk Teruskan..
Disamping Itu Juga Saya Ada Seorang Kawan Karib Di Kepulauan Itu. Halim Namanya. Seorang Anak Bomba Yang Duduk Di Kawanan Para Ahli Bomba. Kawanan Itu Agak Berjauhan Dari Kawanan Polis Kami. Namun Kami Adalah Rakan Sedarjah. Mejanya Sentiasa Berdekatan Dengan Saya Dari Darjah 1 Hinggalah Darjah 4. Bukan Sahaja Di Sekolah Kebangsaan, Di Sekolah Agama Juga Kami Kekal Sedarjah. Kiranya Saya Membesar Bersama Beliau Di Kepulauan Labuan Ini. Pada Saya Beliau Seorang Yang Lebih Matang Dari Saya Dalam Segenap Hal. Kelihatan Beliau Lebih Serba Tahu Berbanding Saya Dan Lebih Tinggi Nilai Survival & Pemahaman Beliau Mengenai Kehidupan Pada Usia Seawalnya. Banyak Yang Saya Belajar Daripadanya. Disamping Kami Bermain, Pada Waktu Yang Samalah Kami Belajar Mengenai Kehidupan. Bukan Hanya Menjadi Kanak² Yang Tahu Bermain Benda Yang Bukan². Walaupun Kami Tidak Terelak Dari Melakukan Benda Yang Pelik², Tapi Kami Melakukannya Dengan Penuh Rasa Ingin Tahu Dan Mempelajari Sesuatu.
Beliau Adalah Penggemar Seni Mempertahankan Diri. Seni Silat & Taekwando Adalah Antara Yang Beliau Sentiasa Dalami. Di Sekolah Mahupun Di Kawanan Bombanya Tidak Lari Untuk Beliau Mempelajari Seni² Itu. Oleh Kerana Saya Malas Untuk Memasuki Sebarang Kelas Seni Mempertahankan Diri, Beliau Dengan Rela Hati Telah Menawarkan Diri Untuk Menjadi Jurulatih Sampingan Saya Untuk Mengajar Jurus² Yang Mudah Dipelajari. Hehe.. Namun Sehingga Kini Tiada Tali Pinggang Berwarna Yang Berjaya Saya Perolehi.
Itulah Sedikit Sebanyak Peribadi Yang Saya Masih Ingat Mengenai 2 Orang Sahabat Karib Saya Ini. Banyak Yang Telah Saya Lalui Sepanjang Perjalanan Hidup Saya di Wilayah Persekutuan Labuan Itu. Walaupun Ramai Lagi Kawan Yang Menjadi Memori Hidup Saya, Tetapi Hanya Dengan 2 Orang Sahabat Inilah Yang Banyak Membentuk Saya Menjadi Seorang Manusia. Hanya Dengan 2 Sahabat Inilah Saya Lebih Mesra. Kami Sering Tidur Sekatil. Saya Sering Mengajak Mereka Bertandang Ke Rumah Untuk Tidur Semalaman Dua. Bermain Bersama Sekaligus Belajar Bersama. Susah Senang Bersama. Kena Marah Pun Bersama. Ahh..!! Sungguh Seronok Menjadi Kanak² Yang Riang..
Namun..
Segala Persahabatan Itu Berakhir Apabila Saya Dan Keluarga Terpaksa Keluar Dari Pulau Itu Untuk Berhijrah Ke Selatan Semenanjung Atas Urusan Kerja Ayahanda Saya. Kenaikan Pangkat Mahupun Perlantikan Baru Memang Sentiasa Dinantikan Oleh Ayahanda Saya. Namun Tidak Bagi Anak². Perpindahan Adalah Satu Perkara Yang Paling Tidak Seronok Untuk Mereka Alami. Terpaksa Meninggalkan Sekolah. Terpaksa Meninggalkan Sahabat Handai. Terpaksa Meninggalkan Suasana Yang Telah Mereka Kenali. Terpaksa Meninggalkan Memori Indah. Hinggakan Terpaksa Meninggalkan Binatang Peliharaan Yang Paling Saya Sayangi Pun Pernah Saya Alami. Takkan Nak Bawak Naik Flight Kan? Hmm..
Itu Juga Menandakan Tamatlah Persahabatan Saya Dengan Nazri Dan Halim Sepanjang Lebih Kurang 4 Tahun Perkenalan. Walaupun Selepas Itu Masih Lagi Berhubungi Melalui Telefon. Tetapi Lama Kelamaan Hubungan Itu Terus Terputus. Hanya Keluarga Nazri Saya Tahu Selepas Beberapa Tahun Kami Berpindah, Keluarga Beliau Pula Berpindah Ke Tawau. Manakala Halim Pula Pernah Ke Semenanjung Untuk Menghadiri Perlawanan Bola Sepak. Saya Juga Sempat Berjumpanya Sebentar. Namun Selepas Itu Kami Sekali Lagi Telah Terputus Hubungan. Hinggalah Sekarang. Kedua² Sahabat Saya Ini Tidak Lagi Dapat Saya Kesan. Oleh Itu Kepada Kalian Berdua Yang Terbaca Entri Ini Dan Agak Familiar Dengan Suasana Yang Saya Ceritakan Di Atas. Jangan Segan Silu Untuk Menghubungi Saya Melalui Sebarang Cara. InsyaAllah Jika Ada Jodoh Kita Akan Dapat Berjumpa Lagi. Memori Bersama Kalian Berdua Tetap Terpahat Di Hati Ini Sehingga Akhir Hayat Saya.
Semoga Kalian Sentiasa Berbahagia Bersama Orang Yang Tersayang Dan Kalian Juga Tidak Melupakan Diri Saya Yang Pernah Menjadi Sebahagian Kisah Hidup Diri Kalian Suatu Ketika Dahulu. Semoga Allah Sentiasa Merahmati Kalian. Amin.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Memori Sahabat
- Mari Aktif
- Kisah Misteri Dan Fakta Yang Disembunyikan..
- Cuti-Cuti Keluarga, IT & Kerjaya Lagi
- Kahwin & Hutang PTPTN
- Apa Yang Kita Mampu Lakukan Sebagai Seorang Rakyat Biasa
- Majlis Buka Puasa - Destinasi Pertama Negeri Sembilan











Owhhhh… indahnya nukilan ni….
Tu la..Hebat betul..Pandai Qai bercerita..
terharunya ak bc ko nye nukilan..tp asal masa kat UKm ko xpernah back up ak pn masa ak kena kutuk..ko join skali adalah..hehe
Sebab Manusia Berubah.. Hahaha..