Minda Era Baru..
Jan 3rd, 2008 oleh Qaiyum
Baru Sahaja Mengisi Borang SPA Online Yang Mana Merupakan Borang Pertama Saya Isi Sebagai Percubaan Untuk Mendapatkan Jawatan Di Jabatan Kerajaan. Seperti Biasa, Penantian Proses Yang Masih Mengamalkan Birokrasi Ini Pastinya Sebuah Penantian Yang Menyeksakan. Maka Tidak Lain Dan Tidak Bukan Pengisian Borang Untuk Mendapatkan Pekerjaan Dalam Bidang Swasta Perlu Menjadi Fokus Utama Saya Selepas Ini.
Tahun Baru Adalah Azam Baru. Namun Api Perjuangan Saya Dalam Memanusiakan Diri Sendiri Agar Dapat Menjadi Manusia Yang Mampu Memanusiakan Manusia Lain Sentiasa Berkobar-kobar. Tidak Sekali² Saya Akan Membiarkan Api Yang Masih Marak Menyala Ini Terpadam Begitu Sahaja. Walaupun Selepas Ini Saya Tidak Lagi Berada Bersama Rakan² Seperjuangan Yang Lain Untuk Melaksanakan Program Motivasi Sekolah² Atau Melatih Mahasiswa² Dalam Kursus², Saya Akan Sentiasa Cuba Untuk Mencari Platform Untuk Saya Melampiaskan Semangat Perjuangan Ini. Tidak Sekali² Saya Akan Jadi Seperti Harimau Yang Hilang Taringnya, Ahli Sihir Yang Hilang Tongkat Saktinya Mahupun Seperti Hang Tuah Yang Hilang Keris Taming Sarinya. Saya Tetap Akan Berusaha Hingga Titisan Darah Yang Terakhir.
Minda Melayu & Cara Pemikiran Melayu Adalah Salah Satu Yang Berminat Untuk Menguji & ‘Suntik’kan Dengan Anasir² Positif & Jatidiri Yang Kental. Minda Melayu Yang Masih Primitif Dan Tidak Sedar Akan Cabaran Masa Depannya Perlu Diubah Untuk Mengelakkan Melayu Terus Layu Di Hanyut Zaman Dan Gelombang Tsunami Globalisasi. Makanya, BLOG INI Adalah Salah Sebuah Platform Yang Sesuai. Atau Mungkinkah Saya Akan Membina Sebuah Blog Yang Lebih Cenderung Untuk Mencapai Misi Ini? Sama²lah Kita Nantikannya Kelak..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Belum Merdeka Minda
- Mari Berfantasi Menjadi Seorang Superhero
- Memori Setahun
- Update Empayar Qaiyum.Net
- Sembuhkan Dunia ?
- Saya, Happy, Ubuntu & Disember Ini
- Nurin Jazlin Jazimin (1999-2007)









Tahniah2, semoga berjaya…
Isi borang SPA? Nak keje gomen juge ye.. Mintak la PTD, cam leh dapat je. Hehe
Hehe.. Besar Cita²..