Hingga Akhir Disember Ini…
Dec 31st, 2007 oleh Qaiyum
Assalamualaikum W.B.T
Entri Terakhir Saya Mengatakan Saya Hanya Bercuti Untuk 3 Hari. Namun Telah Terlajak Hingga Hari Ke-5. Maafkan Saya Ke Atas Segala Kesulitan Yang Dihadapi Pengunjung Qaiyum.Net :D=
Maka Untuk Entri Akhir Tahun Ini Kebiasaannya Akan Dipenuhkan Untuk Kita Hayati Kembali Apakah Yang Berlaku Sepanjang Tahun 2007 Ke Atas Kehidupan Kita. Dan Adakah Azam Kita Awal Tahun Lepas Telah Tercapai Dengan Cemerlang? Saya Mungkin Tidak Dapat Mengungkap Segala²nya Secara Terperinci. Namun Terdapat Banyak Perkara Yang Berlaku Pada Tahun 2007 Ini Yang Memberikan Impak Yang Besar Dalam Kehidupan Saya.
Bergelar Pemimpin Mahasiswa
Mendapat Tanggungjawab Yang Sangat Besar Menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UKM Adalah Satu Cabaran Hebat Buat Saya. Disamping Menjadi Pengerusi Sebuah Badan Di Bawah HEP UKM - UPSM Yang Sememangnya Sentiasa Sibuk Dengan Aktiviti² HEP, Membuatkan Saya Perlu Membahagikan Masa Dengan Sebaik²nya. Bahagikan Antara Aktiviti Pelajar & Akademik. Kedua Agenda Ini Memang Tidak Boleh Dipisahkan Langsung Kerana Kedua²nya Pada Saya Amat Menyumbang Ke Arah Pembentukkan Personaliti Diri Saya. Tahun 2007 Adalah Kemuncak ‘Karier’ Saya Di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Perluasan Perimeter Pemikiran
Yang Bagusnya Menjadi Orang Yang Memimpin Dan Juga Masih Lagi Dipimpin Ini Adalah Kita Boleh Belajar Benda² Yang Baru. Disamping Perlu Berhempas Pulas Memperjuangkan Nasib Dan Kebajikan Mahasiswa/i, Namun Sekurang²nya Kita Dapat Memperolehi Apa Yang Tidak Dapat Diperolehi Oleh Mereka. Pengalaman Adalah Satu Perkara Yang Sangat Berharga Buat Saya. Antara Salah Satu Pengalaman Menarik Saya Tahun 2007 Ini Adalah Berpeluang Melihat Negara Orang Di Hyderabad, India Dan Indonesia. Merantau Ke Negara Orang Membuka Minda Kita Betapa Bertuahnya Kita Mempunyai Kerakyatan Di Bumi Malaysia. Keadaan Di India Dan Indonesia Yang Boleh Dikatakan Agak Sama Dari Segi Populasi Penduduk Dan Juga Taraf Kemiskinan Mereka, Membuatkan Kita Sentiasa Bersyukur Kerana Keadaan Negara Kita Tidak Dizahirkan Sebegitu Rupa. Apa Jua Pengalaman Yang Saya Perolehi Di Sana, Cara Mereka Berfikir, Sedikit Kebaikan Yang Boleh Dijadikan Contoh Di Negara Sendiri, Kesilapan Yang Pernah Negara Ini Lakukan Termasuklah Sistem Pentadbiran, Penggubalan Dasar Kerajaan, Dan Lainnya Telah Saya Sematkan Didalam Hati. Sebagai Pedoman Saya Dan Rakan² Serombongan Yang Lain Agar Kita Tidak Akan Mengulanginya Dalam Hidup Kelak.
Kelahiran Qaiyum.Net
Harapan Untuk Memiliki Hosting & Domain Sendiri Tercapai Apabila Berjaya Melancarkan Qaiyum.Net Pada Bulan Ogos Tahun Ini. Sebelum Ini Platform Blogdrive Digunakan Oleh Saya Untuk Menghasilkan Karya. Dengan Kelahiran Qaiyum.Net Ini Saya Lebih Bersemangat Untuk Menulis Dan Sentiasa Cuba Untuk Menulis Dengan Lebih Kerap Dengan Isi² Yang Kadang² Serius Dan Kadang² Santai. Semoga Kelansungan Kelahiran Blog Ini Dapat Memberikan Manfaat Kepada Semua Pihak Sekaligus Menjadi Sebahagian Daripada Komuniti Blogger Yang Memenuhkan Ruang Maya Ini. Power To The Blogger!
Penghijrahan
Untuk Tahun 2007 Ini Saya Telah 2 Kali Berpindah Rumah Rumah Sewa. Namun Rumah Yang Ke-2 Ini Tetap Berstatus Rumah Bujang. Hidup Bersama Rakan² Yang Lain Yang Telah Berkarier. Saya Agak Terlewat Sebenarnya Untuk Memulakan Langkah Karier Ini. Telah Melihat Rakan² Satu Batch Yang Lain Telah Selamat Berkonvokesyen. Namun Saya Masih Lagi Bersemangat Waja Untuk Meneruskan Perjuangan Di Arena Kampus. Dan InsyaAllah Tahun 2008 Adalah Permulaan Karier Saya. :D=
Masih Banyak Lagi Sebenarnya Perkara Yang Berlaku Pada Tahun Ini. Cuma Saya Rasa Ia Tidak Perlu Dikongsikan Kepada Anda Dan Mungkin Juga Saya Sebenarnya Tidak Mengingati Antara Perkara² Yang Telah Saya Lalui. :D= Apapun Tahun 2007 Adalah Tahun Saya Belajar Dan Mengumpul Seberapa Banyak Pengalaman Yang Boleh Untuk Menjadi Panduan Dan Sebagai Rujukan Masa Hadapan Saya Kelak.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- 26 Disember
- Saya, Happy, Ubuntu & Disember Ini
- Cuti-Cuti Keluarga, IT & Kerjaya Lagi
- Damai Bersama
- Keteguhan Iman
- Qaiyum Di Majalah Remaja
- Hujan









Semoga tahun hadapan lebih banyak perkara dapat dilakukan….