Erti Pengorbanan Mereka Yang Berkorban
Dec 23rd, 2007 oleh Qaiyum

” Jadilah Seperti Lilin Yang Membakar Diri Untuk Menerangi Orang Lain “
Masih Ingat Dengan Ungkapan Tersebut? Yang Kebiasaannya Sering Terukir Di Dinding² Sekolah. Mahupun Diungkapkan Oleh Guru² Anda Sendiri Suatu Ketika Dahulu. Sempena Sambutan Memperingati Pengorbanan Nabi Ibrahim Ini, Saya Ingin Berkongsi Sedikit Sebanyak Perihal Pengorbanan Yang Saya Fahami Melalui Pengalaman Sepanjang Hidup Saya Di Dunia Ini. Izin Laluan…
Pengorbanan Adalah Sangat Kontra Dan Berlawanan Dengan Sifat Mementingkan Diri Sendiri. Jika Anda Seorang Yang Suka Berkorban Maka Anda Tidak Akan Berkira Mengenai Sesuatu Perkara. Manakala Jika Anda Adalah Seorang Yang Sering Mementingkan Diri Sendiri, Anda Akan Sentiasa Tidak Selesa Dalam Usaha Atau Cubaan Untuk Berkorban Demi Kepentingan Orang Lain.
Memperkatakan Mengenai Pengorbanan Sangat Mudah. Anda Sendiri Sentiasa Didampingi Mereka² Yang Sering Berkorban. Ibu Bapa Anda, Guru² Anda, Adik Beradik Anda, Pejuang² Di Perbatasan, Pejuang Menuntut Kemerdekaan. Mereka Sering Dikaitkan Dengan Nilai Pengorbanan Yang Sangat Tinggi Dan Mulia. Tapi Mudahkah Untuk Kita Mencontohi Pengorbanan Mereka? Jawapannya Tidak Mudah. Sifat Mementingkan Diri Sendiri Sentiasa Akan Hadir Sekaligus Menghalang Niat Kita Untuk Berkorban Demi Orang Lain.
Kita Berkorban Wang Ringgit, Berkorban Masa, Berkorban Tenaga, Berkorban Cinta & Kasih, Berkorban Segala-galanya Yang Kita Perolehi Demi Kebahagiaan Orang Yang Tersayang. Melihat Kebahagiaan Orang Lain Juga Adalah Kepuasan Kepada Diri Sendiri Walaupun Diri Sendiri Tidak Bahagia. Melihat Kejayaan Anak² Setelah Mereka Dewasa Adalah Satu Kelegaan Seorang IbuBapa Terhadap Bebanan Yang Dialas Semenjak Anak Itu Masih Kecil. Guru² Berkorban Masa Dan Tenaga Semata² Untuk Melihat Anak Didik Mereka Sentiasa Mendapat Ilmu Yang Terbaik Dalam Meneruskan Perjuangan Di Dunia Ini. Menjadi Ibu Bapa Kedua Bagi Anak² Yang Ramai Bukanlah Suatu Tugas Yang Mudah. Bebanan Yang Digalas Tidak Terkira. Masih Ingatkan Anda Kepada Guru² Anda? Ingatkah Anda Nama² Mereka? Tahukah Di Mana Mereka Kini?
Bagi Saya Pula, Saya Sangat Mengenali Erti Pengorbanan Ini Sewaktu Melangkah Ke Dunia Universiti Kebangsaan Malaysia. Dahulunya Saya Seorang Yang Agak Mementingkan Diri Sendiri Berbanding Orang Lain. Apa Jua Keputusan Saya Mesti Akan Lebihkan Diri Sendiri. Memilih Keputusan Yang Tidak Akan Membebankan Dan Menyusahkan Diri Sendiri Sering Dilakukan. Namun Setelah 3 Tahun Setengah Bergelar Mahasiswa, Hidup Sebagai Sukarelawan, Pemimpin Mahasiswa, Agen Masyarakat, & Lain² Banyak Membawa Perubahan Kepada Diri Saya. Kini Saya Tidak Kisah Lagi Untuk Membakar Diri Sendiri Bagi Menerangi Mereka Yang Lain.. Mahasiswa Yang Lain Terutama Yang Junior, Masyarakat Di Luar Sana, Sesiapa Sahaja Yang Memerlukan Bantuan Sering Saya Hulurkan. Yang Mana Yang Boleh Saya Bimbing Akan Saya Bimbing Sehingga Mereka Mampu Untuk Berdikari Sendiri.
Entri Ini Bukanlah Untuk ‘Mengangkat’ Diri Sendiri. Heh! Tetapi Ramai Antara Kenalan Saya Di Luar Sana Sering Mengambil Enteng Mengenai Erti Pengorbanan. Sedangkan Pengorbanan Terhadap Anak Bangsa Sendiri Adalah Pengorbanan Yang Sangat Dituntut Dalam Memperjuangkan Nasib Mereka Yang Tidak Senasib Dengan Kita. Janganlah Terlalu Sayangkan Harta Anda, Janganlah Terlalu Sayangkan Kalori Anda, Janganlah Terlalu Sayangkan Masa Berharga Anda. Sedangkan Ramai Di Luar Sana Lebih Memerlukan Harta Anda, Lebih Memerlukan Tenaga Anda, Lebih Memerlukan Masa Anda. Apatah Lagi Kasih Sayang Sesama Manusia Sentiasa Di Dambakan Setiap Insan. Terutama Mereka Yang Tidak Bernasib Baik. Kenalkah Anda Kepada Mereka Yang Tidak Bernasib Baik? Cariklah.. Cariklah Seramai Mana Yang Boleh. Sangat Ramai Di Luar Sana Mendambakan Pengorbanan Anda. Ayuh! Bakarlah Diri Sendiri..
Cinta
Ah! Saya Juga Pernah Berkorban Atas Nama Cinta. Cinta Kepada Seorang Wanita. Akibat Situasi & Keadaan Yang Tidak Mengizinkan. Saya Perlu Mengambil Keputusan Untuk Mengorbankan Cinta Ini Agar Kebahagian Si Dia Wujud Kelak. Keputusan Yang Diambil Sangatlah Sukar. Sangat Banyak Faktor² Yang Menjurus Ke Arah Pengorbanan Cinta Ini. Namun Mungkin Si Dia Tidak Memahami Pengorbanan Ini. Malah Ia Tidak Dilabel Sebagai Pengorbanan Pun Oleh Si Dia. Biarlah. Semoga Di Dia Mengecapi Kebahagiaan Hari² Yang Mendatang Bersama Insan Lain. Hanya Allah S.W.T Yang Lebih Mengetahui…
Akhir Kata Dimanakah Pengorbanan Anda Sekalian ??
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Penyampaian Watikah MPP & Berehatnya Seorang Mantan
- Family Day UPSM Ke-22
- 1957 Hati Malaya
- Damai Bersama
- Siang Hari Kurus, Malam Hari Gemok..
- Cita-cita
- Sejenak Mengenal Malam Lailatul Qadar













yup…
dalam islam pun kita diajar untuk berkorban demi agamaNYA..
kan ??
berkorban duit untuk bersedekah.. zakat dll..mencari ilmu
berkorban tenaga untuk bersolat, beribadah padanya
berkorban nafsu untuk menghindar maksiat dsb,…
sungguh besar pahala kalau berkorban dengan niat keranaNYA..
insyaallah jika kita sanggup berkorban tanpa mementingkan diri sendiri, insyaallah kita (umat islam)akan maju dan tidak mundur..
dan tidak mudah diperkotakkatikkan…
Ahahahhaha, suka dengan konsep korban kamu… Hummm, pengalaman mendewasakan bukan?
Entri yang menginsafkan..huhu..Pengorbanan aku? Entahlah..huhu..
#Arrabe - Contohilah Pengorbanan Para Anbiya..
#Azhar - Sudah Lama Tidak Kelihatan Disini? Terima Kasih Kerana Masih Sudi Melawat. Hehe..
#Bat - Bat. Menjadi Seorang Ahli Pendidik Sangat Tinggi Nilainya. Pada Saya Anda Telah Memilih Profesion Yang Sangat Mulia Untuk Mendidik Anak Bangsa.