Sejurus Pulang Semalam Maka Tilam Empuk Adalah Destinasi Terakhir Sebelum Melelapkan Mata. Sebagai Tanda Sekujur Tubuh Ini Memerlukan ‘Banyak’ Masa Untuk Tidak Lagi Bergerak. 4 Jam Masa Diambil Untuk Tidur Siang. Jarang Saya Mensia²kan Waktu Siang Untuk Aktiviti Tidur. Tapi Keadaan Semalam Tidak Mengizinkan. Letih Bangat..
Saya Pernah Menulis Entri Stamina Seorang Bekas Olahragawan Yang Mempersoalkan Tahap Fitness Saya Yang Tidak Seperti Dahulu Sewaktu Zaman Muda². Haha.. Memulakan Langkah Sebagai Seorang Trainer Pada Jumaat Lepas Banyak Menguji ‘Kebolehan’ Sebenar Saya. Samada Bidang Ini Masih Sesuai Atau Tidak Dengan Keadaan Diri Ini. Hmm.. Setelah Selesai Aktiviti Outdoor Seperti Obstacles, High Rope & Jungle Nightwalking, Terasa Tegang Dan Sengal Sendi² Ini. Berhadapan Pula Dengan Keadaan Hujan Lebat Sewaktu Aktiviti Petang Jumaat Itu, Ditambah Pula Dengan Keadaan Trek Hutan Untuk Nightwalking Yang Sejauh 4 Kilometer, Berbukit-Bukau, Trek Licin, Merbahaya Dan Sebagainya. Membuatkan Diri Ini Benar² Insaf. Insaf Apa? Insaf Untuk Kembali Memulakan Sesi Mengembalikan Tahap Fitness Saya Ke Tahap Yang Sepatutnya.
Maka Dengan Ini Saya Bertekad Untuk Turun Ke Trek Mahupun Balapan Sebagai Tanda Protes Terhadap Keadaan Diri Sendiri Yang Tidak Memuaskan. BerJogging Adalah Aktiviti Petangku Selepas Ini. Huhu..
:D=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Genting View Resort Training..
- Hari-Hari Yang Penat Jugak La Rasa..
- Hari-Hari Bersama Warga Emas..
- Sistem Aduan Pelajar dan Informasi PMUKM Mudah Alih (m-PMUKM)
- Gila Menulis
- Hyderabad, India










