HINDRAF & Malaysia
Dec 11th, 2007 oleh Qaiyum
Malaysia Masih Lagi Berada Pada Tahap Aman. Tapi Kini Mungkin Tidak Setenteram Dahulu. Jika Dahulu Akibat Trauma Rakyat Malaysia Terhadap Peristiwa 13 Mei, Kita Dilihat Lebih Berhati² Antara Sesama Kaum. Bukannya Tidak Percaya Antara Satu Sama Lain. Tapi Perasaan Sangsi Tetap Wujud Dalam Hati Sanubari Kaum Masing² Terhadap Kaum Yang Lain. Namun Kini Kesangsian Itu Dilihat Di’bangkit’kan Semula. Dengan Kadar Lebih Drastik.
Kuala Lumpur Menjadi Medan Rakyat Turun Ke Jalanan Bagi Menyuarakan Hasrat & Tuntutan Yang Terbuku Di Hati Setelah Sekian Lama. Petisyen Dikemukakan, Namun Tidak Lari Daripada Sikap Azali Manusia, Memberontak & Radikal. Sesiapa Juga Mempunyai Sifat Ini. Tidak Kira Warna Kulit, Ideologi Mahupun Pegangan Agama. Sifat Ini Penting Bagi Mempertahankan Maruah Masing². Namun Jika Ianya Diluahkan Pada Masa Dan Keadaan Yang Tak Sepatutnya. Luka Lama Bakal Berdarah Kembali.
Kini Kuala Lumpur Mungkin Destinasi Hujung Minggu Yang Kita Perlu Difikirkan Banyak Kali Samada Yakin Atau Tidak Yakin. Apatah Lagi Stesen² Komuter Dan Premis² Di Sekitar Kuala Lumpur Juga Terpaksa Ditutup Apabila Tersebarnya Berita Perhimpunan Di Kawasan Mereka. Ekonomi Sedikit Tergendala. Anggota Polis Mengeluh Akibat Cuti Dibekukan Dan Terpaksa Bekerja Lebih Masa. Namun Keselamatan Negara Tetap Pegangan Dan Prinsip Utama Mereka Dalam Menjalankan Tugas.
HINDRAF Menuntut Sebanyak RM14,000,000,000,000 Daripada Kerajaan British Untuk Kaum India Di Malaysia. Banyaknya Kosong. Bolehkah Tuntutan Itu Diberikan Pihak British. Jika Tak Dapat Apakah Pula Reaksi & Tindakan Pemimpin Dari Kaum Ke-3 Teramai Di Malaysia Ini? Protes? Tunjuk Perasaan? Atau Jatuhkan Kerajaan Sedia Ada Menggunakan Kekerasan
Namun Kini Tetap Semakin Sangsi. Keharmonian & Perpaduan Yang Cuba Dikecapi Selepas 50 Tahun Kemerdekaan Kini Terlihat Semakin Tercalar. Ramai Kenalan Saya Sudah Tidak Berani Untuk Ke Restoran Mamak. Sangsi Katanya. Itu Satu. Tapi Mungkin Bagi Anda Yang Terserempak Dengan Kaum Ini Apakah Perspektif Anda? Memandang Mereka Dengan Kesian Atau Takutkan Mereka? Takut Terhadap Kebangkitan Akibat ‘Kedesakan’ Mereka. Sebelum Ini Pun Ada Beberapa Kes Melibatkan Perkauman Ini Yang Berlaku. Tapi Tidak Disebarkan. Bahaya!
Tapi Tolonglah Wahai Sahabat². Sudah Acap Kali Saya Memperjuangkan Betapa Pentingnya Perpaduan Kaum Di Negara Ini. Sikap Pesimis Dan Negatif Terhadap Kaum Yang Berlainan Perlu Dihakis. Berkawan Dengan Mereka Dan Mengetahui Masalah Mereka. Kita Tolong Sebagai Seorang Manusia Jika Betul Kerajaan Ada Terlepas Pandang Beberapa Komuniti Kecil Di Pelusuk Pedalaman Sana. Isu Perobohan Kuil Itu Tidak Perlu Menjadi Penyebab Keretakan Hubungan Antara Kaum. Perkara Itu Boleh Diselesaikan Dengan Pihak Kerajaan. Sensitiviti Kita Perlu Dikawal Dalam Keadaan Paling Rasional Dan Bernas. Melempiaskan Sifat Radikal Dan Memberontak Akan Merugikan Kedua-dua Pihak.
Walau Bagaimanapun Kita Tetap Malaysia. Isu Yang Timbul Boleh Diselesaikan Secara Aman Dan Diplomasi. Kalau Nak Turun Ke Jalanraya Pun Turunlah. Tapi Tolong Jangan Membawa Parang, Pisau, Gergaji Rantai, Mahupun C4 Sekalipon. Begitu Juga Elakkan Dari Mabuk!!! Rasional Sewaktu Demonstrasi Itu Penting. Sedikit Darah Yang Tertumpah Waktu Itu Bakal Meninggalkan Kesan Yang Mendalam Bagi Kaum Masing².
Semoga Optimis!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Tiada Lagi Youtube ??
- Sketsa Pilihanraya
- Kembalilah Seorang Penyair Dari Bumi Indonesia #1
- 1957 Hati Malaya
- Ipoh & Tambun
- Indonesia Raya
- Masih Ada Harapan














bukti bahawa negara memerlukan pembaharuan..
carilah sebuah negara didunia ini yang hanya diperintah oleh satu parti untuk selama-lamanya maka kita akan gagal. Mengapa? Apabila satu parti memerintah terlalu lama, ia akan semakin lemah dan melakukan banyak kesilapan.Antara kesilapan yang biasa dilakukan kerajaan yang lama memerintah ialah rasuah, salah guna kuasa, nepotisme, kronisme, ahli politik yang mengumpul kekayaan peribadi
Ada teori di sebalik 13 Mei.. Korek2 sendiri.. Anda akan terkejut nanti. Tapi.. sekadar teori lah.. Tak tau betul ke tak..
#melayubuntu - Adakah Dengan Ini Jika Kerajaan Baru Memerintah, Tuntutan HINDRAF Untuk Mendapatkan RM3.4 Juta Seorang Mampu Direalisasikan Oleh Kerajaan Baru?
#Hawa - Sepertinya Teori 11 September?
#Qaiyum - sebab itulah sblm kita menulis, kite perlu hadamkan dahulu isu yg sedang berlaku.Hindraf memohon apa yg sdr faham sbg RM3.4 juta seorang bukannya drp kerajaan malaysia ttp kerajaan britain..Jika kita membaca sejarah, kaum cina di negara ini pernah menuntut dengan cara yang sama dizaman Tungku AR dan mendapat kerjasama kerajaan tampa sekatan..
Kalau kita faham dan kaji kes2 berkaitan saman kita akan mendapati jikapun Hindraf menang dlm saman mereka thdap britain, penafsiran nilai tidak semestinya sebanyak itu..
aku setuju ngan melayubuntu.apa yang berlaku hari ini hasil dari pemerintahan sejak 50 tahun dulu.dan tolong jangan samakan Hindraf dengan Bersih.demontrasi same tapi tujuan lain.
isu Hindraf ialah tuntutan kepada kerajaan british. persoalan kenapa sekarang, mungkin ada yang tidak kena dalam perlaksanaan sistem hari ini tentang
pengagihan kekayaan dan ketidakpuashatian pada pihak2 tertentu. mungkin juga ada dalang disebaliknya.
sentimen mengapi-apikan isu perkauman ni datangnya dari media sendiri yang aku kira cuba mengalihkan ingatan rakyat pada isu-isu tertentu.sebenarnya keadaan tegang ni hanya berlaku di KL saje,tidak di tempat lain sebab ramai sudah masak dengan permainan sentimen begini.
masih ingat lagi dengan rusuhan yang dirancang di pasir gudang ogos lalu. juga libatkan kaum india.walhal isunya pasal perebutan kerusi adun yg sekarang ni dipegang oleh MIC. yang api-apikan pun orang UMNO sendiri. drama je lebih!
jangan main api………..
KEBEBASAN BERSUARA TIADA ERTINYA JIKA TIDAK DIGUNAPAKAI DENGAN BERTANGGUNGJAWAB. KITA SENDIRI TELAH MENYAKSIKAN PELBAGAI MUSIBAH DAN BENCANA YANG MENIMPA NEGARA-NEGARA LAIN AKIBAT DARIPADA AMALAN KEBEBASAN BERSUARA YANG TIADA HAD, YANG KONONNYA DIANGGAP MUTLAK. SETIAP DARI KITA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMELIHARA NEGARA INI DARI TERJEBAK KE KANCAH HURU-HARA AKIBAT DARI APA YANG DIMOMOKKAN SEBAGAI KEBEBASAN BERSUARA YANG TIDAK MEMPEDULIKAN PERASAAN ATAU SENSITIVITI ORANG LAIN. KITA TIDAK HARUS MEMBERI SEDIKITPUN RUANG ATAU PELUANG KEPADA GOLONGAN PELAMPAU UNTUK MEMPENGARUHI, JAUH SEKALI MENENTUKAN, AGENDA NEGARA. SEGALA USAHA YANG DILAKUKAN MESTILAH DENGAN MATLAMAT UNTUK MEMBAWA MANFAAT DAN FAEDAH KEPADA SEMUA RAKYAT DAN BUKAN KERANA MENYAHUT DESAKAN DARIPADA PEMIKIRAN SEMPIT GOLONGAN INI.
Kerajaan yang ada pada hari ini adalah yang terbaik untuk memerintah.
kalu dpt 3.4 juta sorang wa pun mau sama boleh ka ada betul ka