Kembalilah Seorang Penyair Dari Bumi Indonesia #2
Dec 9th, 2007 oleh Qaiyum
Pemerhatian 2 - Kerajaan & Politik
Mungkin Saya Tidak Akan Menceritakan Keseluruhan Skop Pemerhatian Saya Berkenaan Dengan Kerajaan & Politik Indonesia Ini Secara Luas Kerana Ini Bukannya Blog Wikipedia. Saya Cuma Hanya Akan Menceritakan Pemerhatian Yang Menarik Sewaktu Lawatan Saya Ke Negara Yang Mempunyai Jumlah Pulau Yang Banyak Di Dunia Ini.
Demokrasi & Gerakan Mahasiwa
Soekarno & Suharto. Kedua² Bekas Pemimpin Tertinggi Indonesia Ini Digulingkan Oleh Gerakan Mahasiswa Indonesia. Betapa ‘Gagahnya’ Mahasiswa Ini Sehingga Mampu Menumbangkan @ Menurunkan Pemimpin Negara Yang Mana Mereka Lihat Telah Memimpin Indonesia Secara Diktator, Autokratik Mahupun Gagal Menjalankan Tanggungjawab Dengan Adil Dan Saksama. Peristiwa ‘Berdarah’ Revolusi Indonesia 1998 Telah Meninggalkan Kesan Yang Mendalam Dalam Diri Rakyat Indonesia Apabila Rusuhan & Tunjuk-Perasaan Besar²an Akibat Kemarahan Terhadap Kejatuhan Ekonomi Indonesia.
Pada Zaman Soekarno Rakyat Dikawal Oleh Kekuasaan Beliau. Tiada Gerakan² Yang Berani Muncul Untuk Menentangnya. Namun Selepas Zaman Soekarno, Tuntutan Demokrasi Telah Dibolehkan Oleh Suharto Dalam Memberikan Kebebasan Kepada Rakyatnya Bersuara. Tunjuk² Perasaan & Demonstrasi Jalanan Bebas Dilakukan Oleh Mana² Komuniti Yang Kebiasaannya Didominasi Oleh Gerakan Mahasiswa. Sehinggalah Kedatangan Saya Ke Jakarta, Setiap Hari Dalam Berita Televisyen Dipaparkan Dengan Tunjuk² Perasaan. Ia Telah Menjadi Kebiasaan Rakyat Indonesia Dalam Menyatakan Ketidakpuashatian. Ada Yang Berjalan Dengan Aman Namun Masih Ada Yang Bertukar Menjadi Tunjuk Perasaan Yang Ganas.
Sebagai Contoh Saya Melihat Tunjuk Perasaan Oleh Mahasiswa Di Salah Satu Universiti Di Makasar Yang Berarak Ke Pejabat Rektor. Mungkin Untuk Membantah Atau Mendapatkan Penerangan Daripada Rektor Mereka Berkenaan Dengan Sesuatu Dasar. Tidak Dapat Saya Pastikan Kerana Tidak Begitu Familiar Dengan Bahasa Indonesia Lagi. Haha.. Namun Sedikit ‘Kekerasan’ Berlaku Apabila Pengawal Keselamatan Menghalang Mereka Menerjah Ke Bangunan Pejabat Rektor. Namun Apabila Rektor Mereka Turun Dan Memberikan Penjelasan Berkenaan Dengan Isu Terbabit, Mereka Telah Bersurai Dengan Amannya. Hmm..
Saya Juga Telah Berdiskusi Dengan Salah Seorang Pemimpin Mahasiswa Di Universiti Pasundan. Beliau Menyatakan Pendapat Dan Penerimaan Mahasiswa Terhadap Demonstrasi Yang Dilakukan Mahasiswa. Bukannya Mereka Tidak Ingin Memilih Jalan Berdiskusi Dengan Pemimpin. Tetapi Kebiasaannya Jalan Secara Berdiskusi Tidak Dapat Menarik Perhatian Pemimpin Mereka. Apatah Lagi Ingin Menyelesaikan Masalah. Maka Turun Ke Jalan² Raya Menjadi Pilihan Tetap Mereka Dalam Menyebarkan Agenda Dan Suara Mahasiswa Ini.
Namun Situasi Yang Berlaku Hari Ini Agak Sama Dengan Malaysia. Dimana Gerakan Mahasiswa Dilihat Tidak Lagi Menyinar Selepas Zaman Kebangkitan Mereka Dahulu. Gerakan Mahasiswa Dilihat Semakin Tidak Efektif. Isu² Yang Dimainkan Juga Tidak Semuanya Diterima Oleh Masyarakat Luar. Mungkin ‘Keselesaan’ Kini Mengurangkan Semangat Mereka Untuk Berjuang Seperti Zamana Dahulu. Tuntutan Akademik Lebih Dikejar Dalam Usaha Untuk Memajukan Diri.
Di Malaysia Saya Percaya Jalan Berdiskusi Bersama Pemimpin Adalah Jalan Terbaik Dalam Memainkan Isu Dan Masalah Mahasiswa & Masyarakat. Pemimpin Hari Ini Tidak Kira Perdana Menteri, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri² Lainnya Mahupun Pemimpin² Kerajaan Lain Sedia Untuk Bersemuka Dan Duduk Semeja Dengan Pemimpin Mahasiswa Negara Ini Untuk Mencari Resolusi Terbaik Dalam Menangani Sesuatu Isu.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Kembalilah Seorang Penyair Dari Bumi Indonesia #1
- Kesenian Terulung
- Hingga Akhir Disember Ini…
- Indonesia Raya
- Oh! Jiranku.. Dimana Silapku ??
- Rumahku Syurgaku Lagi..
- BABI : Antara Politik Dan Sensitiviti Masyarakat










