Antara Jurulatih Dan Fasilitator..
Dec 7th, 2007 oleh Qaiyum
Hmm.. Sepatutnya Entri Ini Saya Menceritakan Sambungan Kisah Ke-2 Pengalaman Di Indonesia. Namun Akibat Ke’capek’an Kerana Hari Ini Saya Telah Memulakan Langkah Dalam Arena Pembabitan Saya Dalam Bidang Kerjaya. Maka Siri Kedua Itu Saya Akan Kongsikan Kemudian..
Berbalik Pada Hari Ini, Saya Bersama Seorang Rakan Serumah Saya Bernama BumBum (Bukan Nama Sebenar) Telah ‘Ditempah Khas’ Oleh Konsultan Al-Farabi Untuk Turut Sama Menjayakan Sebuah Program Anjuran Mereka. Saudara BumBum Telah Dihubungi Oleh Puan Sofia (Nama Sebenar) Selaku Setiausaha Agung Syarikat (Mungkinla..) Dan Diminta Hadir Ke Kem Mapretta, Batu 18, Hulu Langat. Dengan Status Dan Situasi Sebenar Yang Samar² Mengenai Tugas & Tanggungjawab Kami Maka Segeralah Kami Bertolak Ke Kem Itu Setelah Usai Solat Jumaat Tepat Jam 3.
Dipendekkan Cerita, Konsultansi Al-Farabi Dalam Penganjuran Program Training Bersama Syarikat Avon Untuk Pekerja²nya Dimotivasikan. Program Ini Akan Dilaksanakan 4 Minggu Berturut² Yang Mana Team² Lain Di Bawah Avon Akan Dibawa Ke Kem Tersebut Untuk Menjalani Sesi Training. Sepatutnya Tugas Kami Boleh Bermula Pada Hari Ini, Tapi Memandangkan Kesuntukan Masa Dan Sesi Perbincangan Yang Tidak Dapat Dijalankan Dengan Sempurna, Maka Pihak Al-Farabi Meminta Kami Untuk Memulakan Sesi Pada Minggu Hadapan.
Apa Tugas Kami? Menjadi Jurulatih Atau Kata Ganti Yang Lebih Popular Digunakan Adalah ‘Trainer‘.. Sebuah Gelaran Yang Memang Menjadi Pujaan Ramai. Namun Saya Tidak Menggemarkan Gelaran Itu Kerana Tanggungjawabnya Sama Berat Seperti Beratnya Tanggungjawab Seorang Pemimpin Negara. Walau Bagaimanapun Gelaran Itu Sudah Tidak Asing Bagi Diriku Yang Telah Lama Bergelumang Dalam Dunianya. Bermula Sebagai Seorang Fasilitator Dengan Ilmu Yang Cetak, Namun Kini Juga Ilmunya Tetap Tak Seberapa. Haha.. :D= Kami Dipilih Untuk Menggantikan Trainer Utama Kem Ini Yang Tidak Dapat Menjalankan Tugasnya Bermula Minggu Hadapan. Jika Disebut Trainer Di Mana² Kem Ataupun Kursus, Tugas Seorang Trainer Lebih Difokuskan Dalam Aktiviti Outdoor Atau Aktiviti Berat Melibatkan Kumpulan Yang Besar. Maka Disitulah Adanya Training. Trainer Bertanggungjawab Untuk Mewujudkan Kejelekitan Antara Kumpulan Yang Dilatih Sekaligus Memiliki Nilai² Yang Dikehendaki Oleh Objektif Kursus Seperti Kepimpinan, Pemikiran Yang Mapan, Keberanian, Kecekalan Dan Lainnya..
Senang Untuk Diceritakan Makanya Saya Akan Menggantikan Trainer Utama Kem Ini Yang Dikenali Sebagai Pak Kadir. Beliau Akan Ke Brunei Minggu Hadapan. Dan Yang Peliknya Tiada Pengganti Yang Dapat Menggantikan Beliau Dalam Masa Yang Dekat. Sungguh Pelik Pengurusan Kem Ini. Walaupun Saya Telah Biasa Bergelumang Dengan Dunia Masuk-Hutan-Keluar-Hutan Ni, Namun Saya Tidak Mempunyai Sijil Asas Berkenaan Pengendalian Aktiviti Outdoor. Yang Diiktiraf Oleh UKM Adela.. Saya Perlu Mengendalikan Aktiviti High Rope, Absailing, Jungle Nightwalking Dan Obstacles Minggu Hadapan Yang Pesertanya Adalah Orang Yang Lebih Lama Berkerjaya Berbanding Saya. Satu Tugas Yang Agak Mencabar. Walau Bagaimanapun Tiada Keputusan Rasmi Samada Kursus Minggu Hadapan Akan Berjalan Atau Tidak. Namun Jika Dilaksanakan, Maka Saya Bakal Memulakan Karier Saya Sebagai Seorang Trainer Yang Kurang Ditauliah. Hahaha.. Tapi Saya Akan Dibantu Oleh Pekerja² Kem Yang Memang Telah Dilatih Oleh Pak Kadir. Namun Mereka Bukan Warganegara Malaysia. Ish Ish Ish..
Secara Peribadi Dalam Pengendalian Kursus, Saya Lebih Suka Memegang Peranan Fasilitator. Di Mana Fokus Pemikiran Banyak Digunakan Sewaktu Penggunaan Modul, Seperti Di Dalam LDK. Tapi Sebagai Seorang Jurulatih Pun Mempunyai Peranan Yang Seakan Serupa. Namun Penuh Lebih Kental Dari Segi Fizikal. Tapi Bila Difikirkan Balik Kedua²nya Pun Saya Suka Kendalikan. :D=
Sungguh Mencabar Permulaanku..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Saya, Happy, Ubuntu & Disember Ini
- 10 Januari
- Klebang Beach Resort
- Memori Langkawi …
- 26 Disember
- Alhamdulillah, Hari Ini Hujan Turun..
- Stamina Seorang Bekas Olahragawan











Apapun, saya lebih sukakan Fasilitator. Kenapa? Ia banyak berkaitan hati. Bagi saya, halangan fizikal kita mudah untuk buat. Tetapi halangan mental, amat susah untuk dicerahkan…..
Hahahha…
Jelekit kena betul2 ya. Kalau kejelekitan tiada, mana mungkin satu kursus motivasi akan berjaya!
[…] Hujung Minggu. Sepatutnya Minggu Ini Juga Saya Perlu Sekali Lagi Ke Mappetra Seperti Dalam Entri Sebelum Ini Untuk Menjadi Outdoor Trainer. Tapi Saya Terpaksa Menolak Tawaran Itu Kerana Saya Perlu Memberikan […]
waaaa…
jadi fasilitator atau jurulatih adalah perkara yang berbeza ke?

hurmm…
tp kedua2nya menyeronokkan…