Kembalilah Seorang Penyair Dari Bumi Indonesia #1
Dec 6th, 2007 oleh Qaiyum
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Awal Pagi Tadi Saya Telah Tiba Dengan Selamatnya Di Bumi Malaysia Hasil Penghijrahan Sebentar Saya Ke Bumi Indonesia. Banyak Pemerhatian, Pengalaman Dan Pengetahuan Dalam Memahami Budaya, Cara Hidup, Pemikiran, Tekanan & Masalah Sekaligus Politik Mereka. Mohon Maaf Terlebih Dahulu Yang Ingin Melihat Aksi Saya Di Lensa Kamera. Saya Tidak Membawa Sebarang Bentuk Mesin Perakam Waktu. Semuanya Terpaksa Saya Menumpang Mesin Kawan². Jika Saya Telah Mendapat Hasil² Rakaman Tersebut Akan Saya Paparkan Kemudian.
Pemerhatian 1 - Kekuatan Pengaruh Datuk Siti Nurhaliza
Seperti Hanya Datuk Siti Nurhaliza Adalah Satu²nya Kebaikan Malaysia. Itulah Yang Dilihat Oleh Masyarakat Sekitar Jakarta & Bandung. Malaysia Sentiasa Dikaitkan Dengan Siti Nurhaliza. Ikon Itu Telah Menjadi Simbolik Malaysia. Seolah² Tiada Lagi Kebaikan Atau Simbolik Yang Wujud Dalam Melambangkan Malaysia. Dimana² Sahaja Saya Melawat Samada Di Kompleks Membeli-Belah, Pusat² Awam, Kawasan Bersejarah, Tempat Penginapan Hinggalah Ke Universitas², Apabila Mengetahui Sahaja Kami Rombongan Kami Dari Malaysia Ungkapan “Kirimkan Salam Sama Siti Nurhaliza Boleh?”, “Siti Nurhaliza Apa Khabar?”, “Ngak Bawak Siti Nurhaliza Datang Sekali?”, Dan Lain² Ungkapan Yang Diucapkan Mereka Rakyat Indonesia Kepada Kami. Bukan Itu Sahaja, Sehinggakan Perjumpaan Kami Dengan Rektor, Pensyarah Dan Pemimpin² Mahasiswa Di Universitas Pasundan (UNPAS) Di Bandung, Permulaan Bicara Adalah Timbalan Rektor Meluahkan Rasa Kekecewaan Pria² Indonesia Terhadap Siti Nurhaliza Kerana Memilih Seorang Duda. Maka Dengan Ini Menunjukkan Walau Dimana Peringkat Sekalipun Samada Peringkat Masyarakat Hinggalah Kepada Ahli Akademik, Siti Nurhaliza Adalah Ikon Malaysia-Indonesia.
Entahlah. Mungkin Hubungan Diplomatik Antara Siti Nurhaliza Dengan Indonesia Membuatkan Mereka Boleh Menerima & Berbangga Dengan Beliau. Mungkin Juga Hubungan Akrab Antara Beliau Dengan Kris Dayanti & Beberapa Diva Lainnya Memberikan Anggapan Bahawa Siti Nurhaliza Adalah Sebahagian Daripada Indonesia Juga. Hinggalah Malaysia Juga Mengangkat Datuk Siti Nurhaliza Sebagai Diplomat Malaysia Ke Luar Negara. Dalam Usaha Malaysia Untuk Menjernihkan Hubungan Dengan Negara Indonesia.
Namun Adakah Ini Sebenarnya Berita Baik Atau Berita Buruk Terhadap Imej Malaysia? Jika Hanya Seorang Artis Yang Berjaya Menonjolkan Malaysia Dan Bukannya Aspek Lain Seperti Politik, Pembangunan, Teknologi, Ekonomi, Pendidikan Dan Lain² Yang Menjadi Tonjolan Kepada Negara Indonesia.
Entri Ini Akan Saya Sambungkan Kemudian Yang Mana Saya Akan Melihat Pula Ke Kancah Politik Pada Peringkat Mahasiswa & Kerajaan Indonesia.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Kesenian Terulung
- Kembalilah Seorang Penyair Dari Bumi Indonesia #2
- Hingga Akhir Disember Ini…
- Indonesia Raya
- Oh! Jiranku.. Dimana Silapku ??
- Rumahku Syurgaku Lagi..
- BABI : Antara Politik Dan Sensitiviti Masyarakat











bro, saye tukar name blog in order to ’saje-saje’.. hehe.
klo rase rindu nk jenguk my blog, tukar la link nye :
ninadewe –> adwthingy
thx for ur attention ^_^
n,
klo boleh.. bg alamat e-mail..
plan nak buat blog tu private.
tp, tgh menimbang-nimbang lg nie..
lom pasti. just in case.
tengkyuuu.
suka gak la siti nurhaliza..tapi kan,lagu dia byk cinta-cintan sgt..tapi artis msia lain pun sama je..
ada lelaki penjual beg di Alun-Alun, Bandung bertanya saya:
“kok diamnya dekat ga sama rumahnya siti nurhaliza?,”
“nggak! nggak! saya lagi ga fancy dia. ga pernah tau juga,” jwp saya.
“Oh. tapi kalau lagi ketemu, bisa nyampai salam saya buat dia kan?,”
“suka bangat sih kamu sama dia? yach.. iya… insyaallah. Tapi serius neh, saya ga pengen ketemu dia,” kat aku sambil pujuk rayu mintak tawar.
“kalo gitu, ke kamu aja ah. Ngasi nomor talipon bisa?,”
“kasi tas percuma bisa?,” soal saya.
“Aduh, jangan gitu neng. Kamukan dari Kuala Lumpur. Anak-anak kaya,”
aku pon berambus.
dua bulan lepas saya jumpa Siti. LAngsong tak ingat nak sampaikan salam dia.
ahah.
oh ye, kau mkn apa kat indon?
aku makan McD setiap masa dan ketika.
tak lalu deh makanan dia.
slmt kmbali…
salam..
aku sudah lama ingin hantar komen ini, namun baru berkesempatan..
kiranya tujuanku hanya ingin membetulkan saudara, bahawa kini gelarannya sudah Datin Seri Siti Nurhaliza. Bukan Datuk lagi, sejak bila saya kurang pasti. Namun kira-kiranya dalam bulan November lalu..
Keadaan ini menimbulkan satu persoalan di hati saya, kiranya saudara boleh menjawab..Adakah sebegitu mudah mendapat gelaran seorang Datin Seri, pada usia belum mencecah 30? Adakah fenomena seperti ini yang penjadi penyuntik semangat kepada anak-anak muda untuk menjadi penyanyi? Di manakah kedudukan para cerdik pandai di negara kita? Hmm..maaf kiranya persoalan saya menimbulkan isu yang agak panas. Jujur saya katakan bahawa saya adalah peminat Siti Nurhaliza, cuma perkara ini berputar-putar dalam kepala saya, menanti pendapat saudara/i jika tidak keberatan..
Saudari Cik Siti Rahmah,
Gelaran² Yang Diberikan Adalah Satu Penganugerahan Daripada Sultan² Negeri. Penganugerahan Ini Adalah Ditujukan Buat Mereka² Yang Telah Menabur Bakti Khas Kepada Masyarakat Dan Negeri Naungan Sultan Terbabit.
Sumbangan Datin Seri Siti Nurhaliza Bukanlah Sedikit Rasanya. Usaha Dan Pembabitan Beliau Dalam Bidang Muzik Telah Sedikit Sebanyak Mengharumkan Nama Negara Kerana Telah Melahirkan Anak Seni Tanah Air Yang Agung. Maka Penganugerahan Daripada Institusi Diraja Kepada Beliau Adalah Bersesuai Dengan Usaha Yang Datin Seri Siti Nurhaliza Telah Curahkan Kepada Negara Ini.
Bagi Persoalan Kecenderungan Generasi Kini Terhadap Dunia Hiburan, Tidaklah Kita Hanya Mempersalahkan Golongan Dari Bidang Terbabit Sahaja. Jika Kita Berpendapat Artis Tidak Seharusnya Menjadi Role Model, Maka Sepatutnya Ahli² Cendekiawan Negara Perlu Lebih Menonjol Berbanding Dengan Artis Negara Ini. Ini Membolehkan Mereka Lebih Dikenali Generasi Muda & Seterusnya Mengangkat Mereka Sebagai Role Model Dalam Hidup.
Media Hari Ini Lebih Banyak Hiburan. Maka Media Yang Lebih Kepada Keilmuan Hendaklah Diketengahkan Dalam Usaha Ini. Jika Tidak Para Cendekiawan Perlu Memikirkan Alternatif Lain Untuk Menarik Anak² Muda Kini. Sebagai Contoh Dr. SMS Telah Memberikan Harapan Kepada Pelbagai Lapisan Masyarakat Negara Ini Terhadap Bidang Astronomi. Sekaligus Menjadi Pencetus Kepada Pelajar² Sekolah Untuk Mencontohi Kejayaan Beliau.
Harap Telah Menjawab Sedikit Sebanyak Persoalan Saudari.
Sekian.
okie..mmg telah dijawab..
itu memang sy x nafikan..
malah sy menyokong ttg itu..
telah sy katakan bhw sy adalah peminat Datin Seri..
dan mmg sy tahu sejauh mana sumbgn beliau..
cuma..
sy berpendapat bahawa kita perlu membuat sesuatu dgn
fenomena masyarakat kita skrg.
bagaimana harus kita alihkan tumpuan masyarakat kpd perkara
lain dan bukan hiburan semata-mata..
saya akui saya sedih melihat keadaan masyarakat yg pasti akan memenuhi sesi konsert dan tidak mjls2 ilmu, sehingga rata2 terpaksa diwajibkan penglibatan mereka atau disogok dengan pelbagai barangan percuma..
itu sahaja..
terima kasih atas respon saudara..
Tapi Ader Sikit Pembetulan..
Gelaran Sebenar Beliau Adalah Datuk Siti Nurhaliza. Ini Kerana Gelaran Datuk Ini Adalah Anugerah Pingat (Tak Ingat Nama Dia) Oleh Sultan Pahang Kepada Beliau.
Manakala Gelaran Datin Seri Adalah Kerana Datuk K Telah Mendapat Pingat Yang Membawa Gelaran Datuk Seri Oleh Sultan Pahang.
Jika Mengikut Keutamaan, Gelaran Yang Sebenar Adalah Datuk Siti Nurhaliza Kerana Gelaran Itu Kerana Penganugerahan Pingat Sultan Pahang Kepada Beliau Sendiri. Gelaran Datin Seri Hanyalah Kerana Beliau Isteri Kepada Datuk Seri Datuk K.