Indonesia Raya
Dec 1st, 2007 oleh Qaiyum
Esok Saya Akan Ke INDONESIA !! Negara Kedua Yang Saya Lawati Selepas Hyderabad,India Bagi Tahun Ini. Saya Akan Mengikuti Sebuah Program Anjuran Unit Pengantarabangsaan UKM Bersama² Dengan Mantan MPP UKM Yang Lepas. Rangka Lawatan Kami Meliputi Destinasi Jakarta Dan Bandung. Antara Fokus Utama Adalah Perjumpaan Bersama Pemimpin Pelajar Dan Pelajar² Malaysia Yang Sedang Menuntut Di Universiti² Di Sana.
Tapi Sebenarnya Berat Rasanya Hati Untuk Mengikuti Rombongan Ini. Disamping Mempunyai Program Motivasi Anjuran Persatuan Sendiri Di Ayer Keroh, Melaka, Masih Terdapat Beberapa Perkara Yang Mengganggu Saya. Antaranya Adalah Hubungan Malaysia-Indonesia Kini. Semenjak Konfrontasi Yang Dilancarkan Oleh Pihak Indonesia Ke Atas Malaysia Bagi Menentang Pertubuhan Malaysia, Hingga Ke Pakatan “Ganyang Malaysia Selamatkan Siti Nurhaliza” Dan Yang Terkini Adalah Konflik Isu Lagu Rasa Sayang. Seperti Yang Diketahui Umum Malaysia Telah Menjadikan Lagu Rasa Sayang Ini Sebagai Lagu Rasmi Bagi Tahun Malawat Malaysia 2007. Namun Tindakan Ini Mengundang Konflik Apabila Pihak Indonesia Mendakwa Lagu Itu Adalah Lagu Asal Dari Negara Mereka. Namun Saya Pun Pasti Bahawa Asal Usul Lagu Itu Mempunyai Kebarangkalian Yang Tinggi Berasal Dari Maluku Seperti Yang Didakwa.
Namun Persoalan Utamanya Adalah Mengapa Sentiasa Ada Konflik Antara Dua Negara Ini. Tidakkah Erti SERUMPUN Itu Membawa Kedua-dua Negara Ini Seiring Ke Arah Kemajuan Negara Dan Rakyatnya? Namun Rasanya Malaysia Sentiasa Mengamalkan Tindakan Play Safe Atau Sentiasa Cuba Untuk Tidak Berkonflik Dengan Mana² Negara Terhadap Isu² Kecil. Namun Tidak Bagi Indonesia. Apa Jua Tindakan Pihak Malaysia Yang Ada Kaitan Dengan Pihak Mereka, Isu Tersebut Sentiasa Dibesar²kan. Seperti Penghantaran Semula PATI, Tindakan Polis Malaysia Memukul Jurulatih Karate Mereka, Dan Lain² Hal Sehinggalah Konfrontasi Lagu Rasa Sayang. Namun Apa Yang Menghairankan Adalah Tindakan Pihak Mereka Yang Terus Bertindak KASAR Tanpa Cuba Untuk Mengambil Jalan Penyelesaian Secara Diplomatik. Ahh..
Dalam Blog SUARAKAN Kelolaan Saya Dan Beberapa Orang Rakan (Kurang Diselenggarakan Kini.. :P=), Di Dalam Entri Rasa Sayang - Kempen Pelancongan Tulisan Rakan Saya, Didapati Komen² Yang Diberikan Oleh Sahabat² Kita Dari Indonesia Keseluruhannya Menunjukkan Ketidakpuashatian Terhadap Tindakan Kerajaan Malaysia Menggunakan Lagu Tersebut Untuk Tujuan Promosi Malaysia. Namun Apa Yang Menggusarkan Saya Adalah Antara Komen Yang Dihantarkan Oleh Pihak Sana Berbau Hasutan Seperti Berikut :
Terdapat Lagi Komen² Yang Anda Sendiri Boleh Lihat Di Blog Saya Berkenaan. Ada Yang Beremosi, Ada Yang Memberikan Teori Asal-Usul Lagu Rasa Sayange, Dan Bermacam Lagi. Namun Bahasanya Yang Agak PEDAS Tidak Menyedapkan Badanku. Huhu..
Apepun Esok (Hari Ini) Saya Tetap Akan Berlepas Ke Jakarta Selama 6 Hari. Mungkin Blog Ini Akan Sepi Seketika. Tapi Jika Ada Kelapangan (Teknologi) Saya Akan Menjenguk. Semoga Hubungan Serumpun Dua Hala Antara Kedua Negara Ini Tidak Terlalu Diprovokasikan Seperti Yang Digembar-Gemburkan. Harapnya Masih Ada Harapan Untuk Kita Kembali Bergabung Sebagai Sebuah Kontingen Asia Tenggara Yang Bergerak Seiring Dan Mantap. Walaupun Cara Kita Merdeka Berlainan, Namun Tidak Semestinya Cara Pertumpahan Darah Itu Adalah Cara Yang Terbaik Untuk Negara Berdekatan Ini Melempiaskan Kekuasaan Mahupun TARINGnya.
Mari Ucapkan Selamat Datang Kepadaku Wahai Indonesia. Peace!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Kembalilah Seorang Penyair Dari Bumi Indonesia #2
- Kembalilah Seorang Penyair Dari Bumi Indonesia #1
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
- Durian Runtuh Duit Raya Hanya Di Qaiyum.Net
- Ribut Petir Semenanjung
- Salam Aidilfitri 2008











October 15th, 2007 at 10:30 am Daripada ribut2 terus, lebih baik diselesaikan secara jantan!!! Seluruh pasukan anak2 SMP dan SMA yang kerjanya tawuran tiap hari harap mempersiapkan diri… karena kalian akan dikirim untuk menyerang Malaysia… Serbuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!