Rumahku Syurgaku Lagi..
Nov 26th, 2007 oleh Qaiyum

Terima Kasih Kepada Sahabat Blogger Dan Pengunjung Sekalian Yang Telah Memberikan Pendapat Bernas Dalam Usaha Pengkajian Prospek Kerjaya Pada Entri Saya Yang Lepas..
Dalam Beberapa Hari Ini Saya Sedikit Sibuk Memenuhkan Jadual Waktu Dengan Beberapa Perkara Besar. Banyak Perkara Yang Akan Menganjakkan Kehidupan Saya Sepanjang Hujung Tahun Ini. Antaranya Semalam Saya Dan Rakan Serumah Yang Lain Sibuk Mengemas² Barang Berpindah Ke Rumah Sewa Kami Yang Jauh. Tidaklah Begitu Jauh. Hanya Berbeza Beberapa Seksyen Sahaja Di Daerah Bandar Baru Bangi Ini. Rumah Sewa Kami Yang Lama Ini Diperlukan Kembali Oleh Tuan Rumah Untuk Diserahkan Kepada Adik Beliau. Maka Kembalilah Kami Menjadi Nomad Untuk Kali Yang Ketiga Tahun Ini. :D=
Rumah Kali Ini Boleh Dikategorikan Sebagai Apartment. Berbanding Rumah Sebelum Ini Yang Dikategorikan Sebagai Flat, RumahSekarang Lebih Luas Dan Lebih Kelihatan Seperti Rumah. Haha.. Rumah Sebelum Ini Lebih Kelihatan Seperti Stor Makmal Biologi. Dengan Ruang Yang Lebih Luas, 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Dapur, Koridor, Ruang Tamu Dan Dengan Hanya Empat Seorang Sahaja Penghuni, Rumah Ini Akan Disiap-Siagakan Sebagai Rumah Sebenar Kelak. Melebihi Rumah Orang Yang Dah Kahwin.. Silalah Jemput Datang Jika Anda Sekalian Berkesempatan Singgah Di Perbukitan Bangi Ini. Oh Ya! Saudara Rozaidi (mrozaidi.net) Adalah Rakan Serumah Saya.
Perkara Yang Lain Yang Mendahului Carta Jadual Waktu Saya Adalah Kini Tibanya Kembali Untuk Saya Kembali Sibuk Sebagai Seorang Mahasiswa Yang Akan Mencurahkan Bakti Kepada Masyarakat. Musim Cuti Semester Tidak Akan Disia²kan Seperti Cuti Semester² Yang Dahulu. Tiada Erti Cuti Bagi Saya. Begitu Juga Dengan Junior² Di UPSM (upsm.org). Akan Ada Beberapa Program Seperti Motivasi Sekolah² Melaka, Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Di Felda Titi N9, Kuliah² Untuk Junior Dan Lain² Yang Berkaitan. Yah! Lusa Saya Akan Membentangkan (Biva) Tesis Saya. Doakan Saya Kacak Dalam Transkrip!
Hmm.. Esok Saya Akan Kembali Bertungkus-Lumus Untuk Memindahkan Perabot² Dari Rumah Lama Ke Rumah Baru. Dengan Hanya Berbekalkan Kenderaan Perodua Kembara, Jumlah Ulang-Alik Pasti Melebihi 5 Kali. Apepun Ini Ada Sebuah Cerita Berkenaan Dengan Kawasan Rumah Baru Kami. Jika Anda Prihatin Terhadap Satu Kes Mengenai Pembunuhan Seorang Pelajar Master UKM Pada Tahun 2004. Allahyarhamah Norzi Ayu Telah Dibunuh Oleh Bekas Kekasihnya Di Rumahnya Di Apartment Selang Beberapa Blok Dari Blok Kami. Tapi Blok Mana Tak Pasti Pula. Apapun Kes Ini Menjadi Hangat Ketika Itu Yang Mana Saya Berada Pada Tahun 1. Kes Cemburu Khabarnya. Apepun Semoga Roh Allahyarhamah Norzi Ayu Sentiasa Dicucuri Rahmat.
Wassalam..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Saya, Happy, Ubuntu & Disember Ini
- Klebang Beach Resort
- Ramadhan Al-Mubarak
- Futsal Dan Kasut
- Revolusi Terakhir Untuk Dekad Ini..
- Kisah Misteri Dan Fakta Yang Disembunyikan..
- Empat Hari Di Melaka









pindah lg korg nih rupanye…gud lak biva ko n kalu ak nk join OPKIM leh ke???
Nak Join Bayarla. Haha.. Ntahla CheLem Oi. Ikut Kuota La Nanti..
Kamu tahu, perkara yang saya paling tidak suka adalah pindah barang/rumah. Kenapa? Saya bukan tak larat angkat, cuma nak mengemas tu makan masa 2 3 hari… Kenapa? Banyak jumpa nostalgia lama…
Betul cakap Azhar..Bukan senang nak pindah randah ni..memang memerlukan tenaga lebih untuk mengangkat barang…barang nampak je siket tapi banyak rupanya…heeehaaa
xsuka pindah gak,tapi lepas abis kemas..rasa best sbb leh experiment ubah suai bilik..haha mcm Casa Impian plak..Ikea anyone?
kalo xmo ubah apa2..guna cara aku ni..cari beg plastik byk2,pastuh kemas ikut tempat..mcm laci atas,satu beg plastik,laci tengah..satu lagi..buku kat rak ni,satu beg,file2 kat rak,satu beg..etc..bila pindah tempat baru..tuang je kandungan beg kat tempat baru..hahah
[…] Rumahku Syurgaku Lagi.. Komentator Terajin […]