Prospek Kerjaya : Mana Satu Idaman Kalbu ??
Nov 22nd, 2007 oleh Qaiyum

Haha.. Rajah Di Atas Menunjukkan Paparan Muka Terakhir Yang Dikemaskinikan Oleh Saya Dalam Proses Pembangunan Tesis Saya. Frasa Yang Ditandakan Dengan Warna Cyan Adalah Frasa Yang Terakhir Saya Canangkan Pada Permukaan Tesis Tersebut Yang Mana Frasa Itu Adalah Metafora Kepada Kemerdekaan Saya. 90 Muka Surat Punya Tesis.. Yahoo! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Pengakhiran Tersebut Adalah Permulaan Kepada Sesuatu Bagi Diri Saya. Entri Kali Ini Ada Tanda Soal ?? Bermaksud Saya Memerlukan Sumber Dari Kalian Semua Dalam Memberikan Inspirasi Dan Pedoman Kepada Saya. Iaitu Dalam Pemilihan Aspek Kerjaya. Aspek Yang Bakal Menentukan Masa Depan Saya. Aspek Yang Akan Mewajahkan Diri Saya Kelak Setelah Saya Meninggalkan Universiti Di Perbukitan Bangi Ini. Tolong! Saya Merayu Dan Meminta Tolong Terutama Kepada Mereka Yang Telah Memiliki Kerjaya Dan Berpengalaman Dalam Dunia Tersebut. Pleasseeeeee!! (Dengan Gaya Manja…)
Setakat Ini Yang Saya Boleh Kategorikan Terdapat 3 Aspek Pokok Dunia Kerjaya.
- Gomen (Perkhidmatan Awam)
- Swasta
- Bekerja Sendiri
Dari Pengamatan Saya Kebanyakan Dari Graduan Segar (Fresh??) Memilih Untuk Memulakan Karier Dalam Sektor Swasta. Dengan Tujuan Untuk Menimba Pengalaman Sebelum Bergerak Ke Sektor² Lain (Jika Berminat La). Walaupun Terpaksa Bertungkus-Lumus Tunggang-Terbalik, Tapi Fulus Yang Diraih Membuatkan Mereka Berpuas Hati Dengan Keadaan Tersebut. Namun Ramai Antara Rakan² Saya Juga Memulakan Karier Dalam Sektor Awam. Mungkin Mereka Merasakan Tidak Akan Sesibuk Mereka Yang Bekerja Dalam Sektor Swasta. Tapi Nampaknya Bukan Seperti Itu. Sama Je Pengamatan Saya Terhadap Bidang Tugas Dalam Kedua-dua Sektor Ini. Mungkin Duit Pencen Adalah Perkara Yang Mereka Pandang Adalah Faktor Mereka Memilih Perkhidmatan Awam.
Namun Keadaan Biasanya Mengelirukan. Ada Yang Bermula Di Sektor Awam Dan Bertukar Ke Swasta. Ada Juga Yang Dari Swasta Bertukar Ke Awam. Ataupun Perlukah Saya Memasukkan Skali Bidang Perniagaan Ditengah² Kancah Politik Hala Itu? Hmm.. Sebelum Meneruskan Lebih Lanjut Saya Akan Menerangkan Sedikit Mengenai Diri Saya Dan Prinsip Hidup Yang Dibawa.
Klik Bawah Untuk Teruskan
1. Saya Adalah Seorang Yang Sangat Aktif Semasa Di Kampus. Saya Adalah Mereka Yang Berminat Untuk Berkhidmat Kepada Masyarakat. Bergelumang Di Dalam Persatuan Pelajar Yang Bermatlamat Untuk Menjaga Kebajikan Mahasiswa Dan Juga Masyarakat Luar. Program Anak Angkat, Program Bantuan Mangsa Banjir, Motivasi Sekolah Adalah Antara Lubuk Yang Sentiasa Dicari Oleh Saya Dalam Membantu Mereka Yang Sentiasa Memerlukan.
2. Kadang² Saya Akan Menjadi Perancang. Dan Kadang² Saya Adalah Yang Mengikut Perancangan Orang Lain Dalam Sesuatu Perkara. Saya Sukar Berfikir Ke Arah Kebaikan Sesuatu Benda. Dan Selalunya Saya Akan Memperbanyakkan Kesan Atau Implikasi Jika Saya Melakukan Sesuatu Perkara. Sebagai Contoh, Jika Saya Memilih Untuk Antara Pergi Bercuti Atau Pergi Berkursus, Saya Akan Mengesan Kalau Boleh Sehingga 100 Perkara Apakah Implikasi Kepada Pemilihan² Yang Akan Saya Buat.
3. Saya Lebih Suka Bekerja Secara Bersendirian Daripada Secara Berkumpulan. Bukanlah Bermaksud Saya Tidak Boleh Bekerja Dalam Kumpulan. Saya Lebih Suka Jika Bekerja Berseorangan. Kerana Kerja Akan Jadi Lebih Mudah. Sebagai Contoh, Jika Saya Ada Assignment/Projek Sesuatu Subjek, Saya Sentiasa Menawarkan Diri Untuk Membuat Sesuatu Kerja Yang Lebih Banyak Dari Orang Lain. :D= Cam Poyo Lak. Tapi Itulah Saya.
4. Latar Belakang Keluarga Yang Tidak Terlalu Mendesak. Saya Lahir Daripada Keluarga Yang Sederhana Sahaja. Walaupun Nampak Kadang² Keluarga Saya Antara Yang Berada, Tapi Saya Bukanlah Kaya Sangat Pun. Dalam Masa Kebergantungan Saya Kepada Family (Sejak Tiada Lagi Loan.. :D=) Saya Biasanya Membelanjakan RM100 Sahaja Seminggu Untuk Semua Perkara. Tapi Yang Pelik Kalau Saya Jimat Saya Akan Jimat Sangat. Tapi Kalau Saya Boros Saya Akan Boros Sangat. Pelik Betul.
5. Saya Suka Mencuba Sesuatu Yang Baru. Lagi Mencabar Perkara Itu Lagi Meningkat Tahap Adrenalin Dan Semangat Juang Saya. Dan Saya Juga Akan Berusaha Untuk Menyelesaikan Perkara Tersebut Hingga Betul² Saya Puas Hati. Seperti Contoh Dalam Saya Menyempurnakan Penulisan Tesis 90 Mukasurat Ini, Selama Seminggu Saya Seperti Seorang Anai² (Eh! Salah Analogi Kot). Saya Hidup Seperti Sampah La Senang Cerita. Makan Hanya 1 Hari Sekali. Tidak Berganjak Dari Komputer Riba Lebih Dari 10 Minit. Hanya Tidur Tidak Lebih Dari 4 Jam Sehari. Dan Tidak Bersosial, Berpolitik Dan Bersukan! Aaahhh.. Merdeka!!
Maka Cukuplah Setakat Itu Sahaja Berkenaan Dengan Diri Saya. Ciri² Yang Ada Pada Seseorang Membuatkan Seseorang Itu Memilih Kerjaya Berdasarkan Apa Yang Ada Pada Diri Mereka. Kadang² Sikap Ini Juga Membawa Pada Apabila Terlalu Sangat Memilih Pekerjaan. Orang Cakap “Cuba Je Dulu Apa² Kerja Pun, Janji Dapat Pengalaman..” Tapi Saya Memang Suka Menentukan Karier Saya. Saya Tidak Sanggup Untuk Hilang ‘Kehidupan’ Yang Saya Biasa Alami. Saya Rasa Ngeri Untuk Tidak Lagi Mempunyai Kehidupan Asal Saya. Mungkin Inilah Transaksi Biasa Dalam Kehidupan. Adakah Saya Perlu Menyesuaikan Diri Saya Dalam Alam Kerjaya Pula? Hmm..
Tapi Kadang² Kalau Fikir Saya Seperti Tidak Suka Untuk Kerja Di Pejabat. Saya Lebih Suka Untuk Bekerja Di Luar. Maka Kalau Kerja Luar Maka Bekerja Sendirilah Jawapannya. Seronok Mendengar Iklan Dari Kementerian Belia dan Sukan “…Takde Penggalaman?? Kursus Kami Ada. Pinjaman Kami Pun Ada. 5,000? 10,000? 50,000 Aa??? Kami Pun Bagi.. Ingat.. Kami Bukan Along. Kami Cuma Nak Tolong..” Haha.. Stylo Abes.. Namun Untuk Memulakan Kerjaya Sendiri Ilmu Di Dada Perlu Mencukupi. Maka Untuk Mengumpul Ilmu Di Dada Saya Perlu Menuntut Dengan Mereka Yang Arif. Kerana Saya Bukan Dari Bidang Pengurusan Perniagaan. Maka Itu Juga Bermaksud Saya Bekerja Dengan Orang Lain Dahulu. Maknanya Makan Gaji Juga. Memang Seronok Kalau Memiliki Perniagaan Sendiri. Saya Juga Ingin Mencuba Bidang Ini. Kalau Saya Ingin Memulakan Perniagaan Maka Bidang Teknologi Maklumat Mungkin Adalah Sasaran Saya. Kerana Ilmu Saya Telah Terkumpul Dalam Bidang Ini. Namun Jika Ada Peluang Lain Apa Salahnya. Pak Lah Cakap Pertanian Adalah Perniagaan. Hmm..
Saya Dah Semakin Buntu. Oleh Yang Demikian Tolonglah Saya Memilih. Tapi Jangan Tolong Saya Memilih Parti Walaupun Pilihanraya Dah Dekat. Haha!
Wassalam..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]











Kalau nak pilih parti, check daftar pemilih dulu..aku dah check smlm..tetiba plak ade…sape ntah yg daftarkan aku…ntah2 aku dilabel jadik pengundi hantu nanti..hahaha…
ape2 pun jalan yg ko nak pilih, 1 je nasihat yg aku leh bagi….jangan jadi manusia biasa,jadikla manusia yg buat impak!!biarla kwujudan/kelahiran kite kt dunia ni bukan utk makan diri sendiri n kaum kerabat jer…huhuhu
Aku Pulak Dah Isi Borang Daftar. Tapi Sampai Skang Tak Didaftarkan Lagi. Hmm..
Tula Gak Yang Aku Pikir.. Kalau Stakat Masuk Pejabat Kul 8 Kuar Pukul 5. Pastu Malam Rest Sebab Esok Nak Keje Lagi. Cam Tak Best Camtuh.. Lebih Molek Jika Kita Dapat Lakukan Sesuatu Sekurang²nya Untuk Kebagikan Orang Lain Atau Generasi Akan Datang..
hm.pendapat aku, dalam kerjaya, yg paling memberi kepuasan ialah bile kite bekerja sendri=bisnes.tp without strong network base, agak susah la.dats why bekerja dulu is a good start.dpt experience and u get 2 know ppl.swasta or kerajaan, tu ikotla, cuz each hv their own postive and negative aspects..paham2 je la.u minat x keje yg u bakal buat tu?selari x ngan yr long term goals?benda2 tu u should pk when considering yr job options. its one of the big choices in life..i wish u the best of luck!
salam Qaiyum…tumpang gembira bila akan lahir lagi seorang graduan. Melihat kepada culture kita, tidak keterlaluan sy katakan kita adalah msykt yg agak takut dan kebiasaannya kita akan ‘play safe’. Mungkin kebaikannya kita mempunyai focus dlm hidup, kita mahu rasa selamat, stabil, punyai harta e.g kete, umah, simpanan, dsbnya. Contohnya jika kita bandingkan dgn org barat, after grad, dia org kerja krn nak kumpul duit to travel all around the world, before betul2 nak settle down. Jadi tidak mustahil, kita tidak punyai kuasa memilih kerjaya yg meluas, tetapi lebih kepada mencari pekerjaan yang tetap, selamat dan berpencen. Alasan kerja gomen tu nak berpencen sy kurang setuju, tak semua opt for pencen pun, ada yg memilih epf, tengok kpd perancangan masa depan. Apa pun, fikirla semasak2 nya with an open mind, jangan limitkan diri tapi lebih kepada bersikap positive.Kekadang apabila dah bekerja beberapa tahun, baru kita tahu apa yg kita nak in our life…tapi by that time berani kah kita untuk quit dan go for something kita suka?
Tahniah, satu kupasan yang bagus especially untuk orang yang bakal grad dan nak cari kerja. Kerja mana2 ok, janji halal dan kita happy dgn keja tu. Lagi bagus kalau kita opt utk kerja sendiri dan boleh bina empayar…wallahua’lam
#amy - Thanks 4 The Advice..Tu Yang Susah Tu. Nak Keje Ikot Kesukaan Ke Atau Ikut Income. Huhu..
#arsaili - Maceh Jugak Bagi Komen.. Play Safe Rasenye Untuk Orang Yang Takde Goal Besar Dalam Hidup. Goal Dia Lebih Kepada Kepentingan Diri Sendiri. Nak Kawin, Pastu Nak Ada Umah, Kete, Dan Lain-Lain. Kurang Memikirkan Orang Lain Yang Sepatutnya Dia Bantu.
#zaki - Ye.. Betultu.. Tapi Perlu Banyak Ilmu Kene Tuntut Nak Bina Empayar Sendiri Tu. :D=
nak keje gak… keje raye… haa.. cmne tuh…
myself:baru nk cari tempat utk praktikal nx sem..haih…
good luck kuyum…
lagi senang ko masuk jer parti mane2 pastu amik calon…
Dewan undangan negeri dlm 3-4 ribu sbulan
parlimen dlm 5 ribu sbulan
xtermasuk elaun lg tuh…
pastu kalau ko kalah next election pun ko still dpt pencen kot…hahaha
hurm….
if me…
i prefer keje swasta…
keje gomen tidak produktif…*matilah kena maki ngan org keje gomen pas nie*
tidak proaktif…
kurang pengalaman baru…
dan memacam menda yang tak best…
keje ngan yahudi best..
leh minum arak free*mampus aku kena panah petir*
blajar banyak mende baru…
hyperproduktif,,,,
gaji banyak walaupun gomen gaji lagiik mahal…
duit pencen leh tetiap bulan…
epf dpt seketui… leh g mekah balik hari…
tp lagik best kalo keje diri…
tp tgk ceciri ko mmg ko kena keje sdiri…
ada baiknya kerja dgn swasta dulu utk pengalaman sebelum memulakan perniagaan sendiri…
kalo trs bisnes sdiri pun leh gaks… blom coba blom tau..
tepuk dada tanya hati soal tentang halatuju diri…
sekian terima kasih…
*p/s:bukan jarang apdet…dah laam tak hapdet blog gua tu… lu slalu masuk buang masa baca entry kat blog gua ke??
panjangnyer aku nyer komen…cam buat entry…
aku nak bagi pendapat, tapi later la.. hahaa. KAt entry dalam blog aku, aku ade bagi ape yg bestnye keje aku skrg.. swasta tentunya. *wink*
Gomen..gomen…
#faiztaufik - Gud Lak Gak Faiz Oi..
#syahid_zul - Ok Gak Tu. Haha.. Tapi Aku Kena Kenal Sumer Orang. Selalu Kena Buat Muka Baik. Uih.. Payah Payah..
#archmal lama tak apdet - Maceh Bagi Komen- Entry Pon Entry La..Tula.. Memang Aku Pon Raser Kena Banyak Keje Sendiri. Raser Kalo Jadi Blogger Sepenuh Masa Dapat Tampong Hidup Tak? Haha
#Hawa - Tanak Sambung Master Ke?
#kid - Dah Keje Ke?
gomen gomen = sorry sorry …in japanese
sbnarnya sume tu bergantung kepada rezeki gak..yg penting jgn terlalu memilih..:) good luck bro!! kat tpt aku tahun dpn baru bukak job kosong,hehe..:) pape aku habaq nnti..
nak keje ek?
1.gomen?
2.swasta?
3.sendiri?
aku?dulu…kini….swasta…. selamanya?hmmm…..errr….insyaALLAH…tak..
well…you know…koje swasta ni banyok bezo ngen kejo gomen….gomen ni kejenyo mace bagi servicelah…maksud kawe perkhidmatang….jadinyo idoklah pikey sangat pasey untung-rugi….produktif letak kat nombo 2..3..atau mgkin last…kalo tak produktif sekalipung…still gaji jalan…tapi bersedialah dpt hadiah penyapu nanti…..
keje swasta ni lain la pulok…kalo tak perform atau rugi manjang…bersedialah utk di berhentikan…samada paksa atau sukarela(VSS)…kadang2 untung pon ada VSS sebab tak meet the target…operation kos tinggi…biasanya company2 beso selalu buat camni…kawe bukan nak takut2kan…ini kenyataan… pengalaman kawe sebagai pekerja swasta….
pilihan last?keje sendiri….hmmm…apa2 keje pon cabaran tetap ada…..kalau nak pilih yg ini…1stly kene ada modal…kalau dah ade modal,kene ada ilmu barulah boleh dpt pulangan hasil dari modal tu….
apa-apa pun terpulang pada mu nak pilih yg mana….kawe cuma nak bagi tau je….
bagi ak la kalu nk rangkumkan semua sifat yg ada pd diri ko dgn prospek kerjaya ssh sket la.. tp bg ak kalu nk cr keje biarlah ikut kepuasan..coz kalu kita suka ngan keje kita wat kita lebih performance n sng sket naik gaji..
tp bg ak org mcm ko sng nk dpt keje..coz spjg ak knl ko, ko nih jenis tekun dalam membuat sesuatu..ak yakin kalu ko bukak bisnes sendiri pn ko leh survive..ak kalu leh mmg nk cadangkn ko bukak bisnes sendiri je..satu ko leh tambah peluang pekerjaan pada org lain n menambah bilangan org melayu yag terlibat dalam bidang perniagaan..
mcm ak skrng ak xla seronok sgt ngan keje ak..tp ye la smpi bila nk harap mak ngan ayah..nk cr keje lain payah sket coz xde masa sgt nk survey keje lain..tp terpulang lah pd ko..kita sume ada impian dan harapan..tp ak mmg sokong la kalu ko nk bukak bisnes sendiri=)
Jujurnya kamu seperti saya….
Saya, memilih profession pendidikan. Saya dapat semuanya apa yang saya idamkan. Mari kita main implikasi yang kamu suka…
1. Saya juga aktif dikampus. Jadi bila saya pilih swasta, banyak perkara akan lebih menjurus kepada penghasilan produk tanpa khidmat komuniti. Percaya atau tidak, kebanyakan syarikat swasta hanya memperuntukkan kurang dari 1% dari aktiviti syarikat. Jika bekerja sendiri, saya boleh tumpukan kepada perniagaan, bekerja sana sini, dan berisiko. Pada masyarakat, kita kena tetapkannya bila kita perlu buat. Jadi ada masanya tak boleh, ada masanya tidak boleh. Bekerja dengan kerajaan, saya ambil senario universiti. Saya masih boleh menjawat jawatan felo, dan masih boleh menyampaikan ilmu yang saya ada pada mereka yang memerlukan…
2. Jika swasta, lihat bidang kamu. Jika dengan fresh graduate, kamu biasanya akan jadi pelaksana, bukan perancang. Jika bekerja sendiri, kamulah perancang dan pelaksana. Jika kerajaan pun sama dengan bekerja sendiri…
3. Swasta, kebanyakannya kerja berkumpulan. Kamu mungkin tidak selesa. Bekerja sendiri, sudah tentu kamu perlukan koloborasi orang lain. Kerja kerajaan, jika kamu buat kajian, sah-sah kamu bekerja sendiri….
4. Ini kena tanya diri sendiri. Keluarga saya di bawah sederhana… Jadi saya pilih kerajaan. Mak dan abah, akan dapat perubatan percuma…
5. Ya sekali lagi, jadilah penyelidik di universiti…
Itu jawapan saya, dan memang ada banyak persamaan saya dan kamu… (kecuali tang simpanan lemak) hahahahha
Azhar, tang simpanan lemak tu bukan saja takde persamaan … tapi … aku rasa Qaiyum tak ada lemak langsung
Qaiyum, sudah tentu kau pernah menjalani praktikal sebelum ni. Gunakan itu sebagai asas dalam membuat keputusan. kalau boleh kerja di bawah orang (sementara tak jadi bos lagi) pilihan gomen atau swasta tak kisah. tak ada byk bezanya kecuali bab pencen. dan jarang dengar layoff dlm gomen.
Kalau tak boleh kerja ngan orang, kerja sendiri. Kau masih muda, cuba, gagal? berjaya? siapa tahu
Terima Kasih Kepada Komen² Kalian.. Saya Akan Jadikan Pandangan Dari Kalian Sebagai Sumber Rujukan Saya..
tahniah sebab mampu buat itu semua…