Stamina Seorang Bekas Olahragawan
Nov 13th, 2007 oleh Qaiyum

Tahun Ini Dirasakan Tahun Paling Tidak Aktif Bagi Diri Ini. Tak Tahu Apa Puncanya. Tapi Melihatkan Tahap Stamina Dan Tubuh Badan Yang Kurang Responsif Terhadap Trek Lumba Dan Gelanggang Bola Tampar, Kini Mula Merisaukan Diri Ini. Mungkin Tahun Ini Adalah Tahun Saya Menjadi Golongan Pemikir & Terkehadapan. Kerana Tanggungjawab Untuk Menyelesaikan Masalah Kebajikan Orang Lain & Sibuk Dengan Gerakan-Gerakan Mahasiswa, Maka Kehidupan Tahun Ini Tidak Mendapat Gred Yang Tertinggi Dalam Bidang Kesihatan.
Dahulu Saya Adalah Pelari Yang Rajin Berpeluh. Dahulu Saya Kerap Menghiasi Gelanggang Bola Tampar Sambil Melompat-Lompat. Panjat Gunung, Berakit, Berenang, Menyelam, Masuk Hutan & Keluar Hutan. Walaupun Ada Antara Aktiviti Itu Dilakukan Tahun Ini. Tetapi Tetap Banyak Kurangnya. Tahun Ini Saya Lebih Banyak Menggunakan Otak Berbanding Tubuh Badan. Ah!
Teringat Zaman Sekolah Dahulu. Paling Tinggi Pun Saya Hanya Mewakili Rumah Sukan Sebagai Syarat Untuk Diisikan Di Dalam Buku Laporan Ko-Kurikulum. Namun Lama-Kelamaan Minat Itu Datang Sendiri Untuk Lebih Agresif. Ahaks.. Alasan Je Tu. Bersukan & Bermain Waktu Sekolah Kan Memang Dah Habit Pelajar. Sebagai Salah Satu Jalan Untuk Lari Dari Belajar. Tapi Itulah.. Zaman Sekolah Adalah Zaman Paling Aktif. Berbeza Dengan Sekarang. Bukankah Makin Tua Makin Kena Jaga Tubuh Badan? Hmm.. Ntahlah.
Teringat Sewaktu Berada Di Tingkatan 5. Bersekolah Di SMK Derma, Kangar, Perlis. Pengalaman Pertama Dalam Hidup Untuk Mewakili Sekolah Dalam Pertandingan Sekolah² Negeri Perlis. Tidak Pernah Pun Sebelum Ini Memiliki Pengalaman Dalam Pertandingan Sebegitu Prestij (Pada Sayalah. Mungkin Anda Lebih Hebat Kan..). Bayangkan Pada Waktu Peperiksaan SPM Semakin Menyembelih Kita. Tetapi Secara Tiba² Saya Diserapkan Ke Dalam Skuad Atlet Sekolah. Segalanya Bermula Apabila Cikgu Sejarah Yang Memang Agak Rapat Dengan Saya Telah ‘Memaksa’ Saya Untuk Ujian Catatan Masa Lari 100M. Kalau Tak Silap Dalam 5 Kali Ujian Itu. Rasa Nak Muntah Pun Ada Jugak. Walaupun Hati Macam Malas. Tapi Tetap Berusaha Bersungguh-Sungguh Dalam Ujian Itu Sebab Saya Memang Suka Lari. Haha!
Rakan² Atlet Sekolah Lain Yang Diserap Tidak Seperti Saya. Sayalah Antara Yang Atlet Paling Tidak Berpengalaman Walaupun Tingkatan 5. Rakan² Lain Yang Memang Saya Kenal Telah Mula Mewakili Sekolah Seawal Tingkatan 1 Lagi. Tidak Bagi Saya. Namun Komitmen Terhadap Latihan Tetap Saya Berikan. Tidak Pernah Saya Miss Walau 1 Sesi Pun Latihan. Malah Menambahkan Lagi Sesi Latihan Untuk Diri Sendiri. Entah Datang Dari Mana Semangat Itu Pun Tak Tahu. Mungkin Dorongan Daripada Jurulatih Yang Merangkap Cikgu Sejarah (Terima Kasih Cikgu. Saya Dapat 1A Paper Sejarah SPM Tahun Tu. Haha..) Dan Juga Mungkin Untuk Menunjukkan Bahawa Walaupun Diri Ini Tidak Cukup Ilmu Di Dada, Namun Masih Boleh Menyumbangkan Sesuatu Untuk Sekolah.
Jadual Latihan Amatlah Ketat. Selesai Sahaja Kelas Petang, Maka Padanglah Destinasinya. Bagi Mereka Yang Dah Biasa Latihan Itu Seperti Makan Pengat Je (Laparlah!!). Namun Bagi Saya Ianya Sebuah Kehidupan Seperti Di Penjara Abu Gharib. Segala Teori, Strategi, Taktikal, Skill, Penjagaan Pemakanan, Semuanya Diperturunkan Kepada Kami. Sehinggalah Saya Dipilih Oleh Jurulatih Untuk Bertanding Bagi Acara Trek 800M Dan 1500M. Memang Inilah Acara Yang Paling Saya Minat. Semuanya Adalah Soal Stamina & Psikologi Atlet Untuk Memenangi Acara Ini. Maka Tibalah Hari Pertandingan Saya Pun Dah Malas Nak Cakap Banyak, Saya Menjuarai Peringkat Saringan Bagi Acara 800M Dan Tempat Ke-5 Bagi Saringan 1500M. Haha! Hebat Bukan? Walaupun Atlet Baru Lahir, Tapi Masih Mampu Menggegarkan Stadium. Namun Semasa Acara 1500M Saya Telah Mengalami Kecederaan Kaki Akibat Melecet. Ntah! Sebab Tak Biasa Pakai Kasut Spike Kot. Haha! (Ini Bukan Alasan Tau). Lalu Menyebabkan Saya Hanya Mampu Berada Di Tempat Ke-6 Bagi Acara Akhir 800M Dan Tempat Ke-5 Bagi Acara Akhir 1500M. Adeh! Takpelah. Walaupun Tak Memenangi Sebarang Pingat. Namun Itulah Peranan Yang Paling Berharga Untuk Diri Ini. Terasa Rugi Betul Sebab Tak Awal Melibatkan Diri Sebagai Atlet Profesional Di Sekolah. Hmm.. Tapi Kalau Mengikutkan Statistik Itu, Saya Adalah Antara Orang Ke-5 Dan Ke-6 Terlaju Bagi Negeri Perlis Untuk Acara Tersebut. Tak Gitu?
Apapun Setelah Itu, Saya Tidak Pernah Menjalankan Latihan Sepertinya Lagi. Hinggalah Ketika Berada Pada Tahun 1 Di UKM Ini, Saya Sekali Lagi Mewakili Kolej Kediaman Untuk Acara 800M & 1500M. Prestasinya Sungguh Mengecewakan. Lebih Parah Apabila Saya Muntah Selesai Saringan Yang Pertama. Ah! Dimanakah Stamina Yang Dulu? Tiada. Memang Tiada. Kerana Memang Tiada Latihan Ketat Yang Dibuat Olehku. Haha! Maka Inilah Hasilnya. Tiada Sebarang Pingat Juga Lagi Sekali. Uh! Malu Betul.
Hinggalah Hari Ini Saya Merasakan Diri Telah Mengalami Kejatuhan Stamina Yang Tinggi. Walaupun Pernah Menawan Gunung Kinabalu, Tapi Akibat Tiada Latihan Yang Ketat, Tubuh Ini Sentiasa Menunjukkan Ciri² Untuk Menggantikan Sparepart Yang Baru. Sengal Sana-Sini. Huh! Risaunya. Rasanya Sangat Banyak Toksik Dalam Badan Ini Yang Terkumpul Dan Tidak Dikeluarkan. Dengan Ini Saya Berazam Untuk Memulakan Kembali Latihan Sebagai Seorang Atlet Walaupun Bukannya Nak Masuk Apa² Pertandingan. Tetapi Ini Semua Untuk Masa Depan Yang Sihat Lagi Cergas. Jom! Amalkan Gaya Hidup Sihat. Siapa Mahu Ikut Saya Jogging Esok?
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












seronok baca yang paragraph akhir tu…sparepart sana sini…huhu…
gunalah pati halia…menjadi…ramai yang dah cuba…saya jual murah jer untuk Qai…
Jujur saya cakap. Janganlah start terus mendadak. Sloe2. Kalau tak jadi cam saya akhirnya. Sakit sana sini…
#Adila - Pati Halia? Apa Khasiat Die Ye?
#Azhar Ahmad - Mm.. Betul Tuh. Susah Kalau Tak Start Dari Awal. Nak Tunggu Tua Nanti Tak Guna Dah. :D=
Salam sejahtera,
ni frst time saya berjumpa dengan blog saudara..
saya nampk komen saudara pd blog kawan saya (juaini)..
stamina bukan benda yang permanent dalam hidup..
akan datang jika dilatih, akan hilang jika dibiar..
saya pun dulu bekas olahragawan msa sekolah rendah..
tapi sekarang, bila dah masuk ke u, takda masa lagi nak join olahraga..
saya pasti stamina saya dah tak speti dulu..
=(
Memang stamina itu datang dan pergi. Tapi kena kekalkan walaupun seminggu sekali. itu pun dah mencukupi..
ha ha.. aku, time2 exam camni.. mmg beku la segala aktiviti fizikal.. ;p
*jogging jom Qai..
Hohoho terkenang zaman aku bergelar atlet RAGBI, HOKI & Lontar lembing time kat sklh menengah dulu…. dan hasilnya aku berjaya membuang lemak berlebihan seberat 15 kilo….tp kalo skrg timbang blk gerenti dh berjaya mengumpul sedikit sebanyak semula lemak2 yg setengah mati aku bakar dulu =P
erkk..cam ne leh dpt A1 sejarah…
haha..aku xtau plak tu kali petama ko wakil sekolah..gaya mcm penah jadi wakil sek ja kat sek dulu2,petang2 selalu main bola tampar la,badminton la,..ber’dating’ lah..opss..tu bukan sukan ek? hahaha..sori kuyum.
Hahaha.. Kisah Lama Usah Diungkit. Senang Je Dapat A1 Sejarah Jika Cikgu Anda Adalah Antara Penggubal Soalan SPM. Mudah Bukan ?? :D=
jom joging stp pagi… tp ko kena bgn awal la qoqoi… hehe…
[...] Pernah Menulis Entri Stamina Seorang Bekas Olahragawan Yang Mempersoalkan Tahap Fitness Saya Yang Tidak Seperti Dahulu Sewaktu Zaman Muda². Haha.. [...]
erm…cikgu sejarah?
is it a male or female?
i’m an x-dermarian as well..
maybe i know that cikgu;perhaps..
Heh. Name Die Cikgu Solleh. Tapi Die Dah Pindah Labuan. Ader Sorang Lagi Trainer Saya Waktu Tu Nama Dia Cikgu Shaharim Cikgu Fizik. Kenal Tak ?
owh..Cikgu Solleh? never heard before.. But,Cikgu Shahrim yeah.. He taught me as well when i was in form 5.. He’s now Penolong Kanan 1.. Gonna be a principal soon…maybe..
anyway,u r in batch?
you are my hero