Gelombang Hantu Kuning (Bukan Maskot Digi)
Nov 12th, 2007 oleh Qaiyum
Ini Adalah Hanya Pendapat Seorang Rakyat Biasa. Bukan Politikus Mahupun Pemerhati Politik Negara.
Wah! Sungguh Kuat Penangan Fenomena Gelombang Kuning Ini Sehinggakan Para Penulis Blog Menulis Entri Berkenaan Dengan Gelombang Ini. Ada Yang Melenting, Marah, Sadis, Kecewa. Namun Tidak Kurang Yang Menyokong. Antara Penulis² Hebat Yang Memberikan Sedikit Olahan Perkenaan Dengan Gelombang Kuning Ini :
MohdIsmail
FendyZaidan
Sejuk
IcedNyior
Pyrokumprix
Flisterz
Adakah Pilihanraya Itu Benar² Tidak BERSIH? Ataupun Sekadar Tuntutan Daripada Pihak Parti Pembangkang Untuk Memberikan Kelebihan Kepada Mereka Untuk Pilihanraya Akan Datang. Tepuk Dada Tanya SPR.
Apepun Daftarlah Sebagai Pengundi Ye Cik Adik & Cik Abang..
Saya Pun Agak Malas Untuk Merungkaikan Apakah Disebalik Gelombang Kuning Ini. Cuma Apa Yang Saya Ingin Suarakan Adalah Sekiranya Pihak Parti Pembangkang Mendominasi Pilihanraya Kali Ini Sekaligus Menguasai Kerusi Di Parlimen Untuk Sesi Yang Akan Datang, Mampukah Mereka Mewujudkan MALAYSIA Yang Lebih Baik Dari Hari Ini?
Jika Kita Sekadar Bercakap & Berjanji, Menaburkan Kata², Dan Apabila Beroleh Kuasa Kelak, Segalanya Tetap Sama. Atau Yang Lebih Parah Jika Lebih Mendatangkan Keburukan Dari Keadaan Yang Sebelumnya.
Sebagai Contohnya. Parti Pembangkang Melaung²kan Bahawa Ramai Pemimpin Kerajaan Hari Ini Mengamalkan Rasuah. Tetapi Kelak, Mampukah Parti² Pembangkang Menghapuskan Rasuah Di Kalangan Mereka². Adakah Boleh Wujud Keadaan SIFAR RASUAH Apabila Beroleh Kuasa Kelak? Mampukah Mereka Menahan Godaan Hawa Nafsu Jika Berduyun² MATAWANG Mencurah² Di Depan Mata?
Dan Persoalan Yang Paling Utama, Mampukah Mereka MenTABLIGH Pihak Berkuasa Tempatan, Anggota Keselamatan, Penjawat Awam Agar Tidak Menerima Rasuah? Golongan² Yang Disebutkan Itu Bukanlah Golongan Yang BerPARTI. Mereka Adalah Rakyat Biasa. Bolehkah Mereka Mengubah Sikap Golongan Ini Untuk Tidak Menerima Rasuah? Bagaimana Pula Dengan Gejala Birokrasi?
Ataupun Kelak Jika Pihak Pembangkang Menerajui Kerajaan, Mereka Akan Menstrukturkan Semula Agensi, Badan² Kerajaan, Pihak Berkuasa, Dan Segala²nya Yang Dikelolakan Oleh Pemimpin Dari Kerajaan Terdahulu? Dan Menggantikan Orang² Terdahulu Dengan Orang² Mereka Yang Kononnya Bakal Lebih BERSIH? Namun Bukankah Proses Penstrukturan Semula Itu Bakal Menelan Belanja Berbillion Ringgit? Wang Rakyat Tu. Haha..
Ntahla.. Aku Cuma Tak Dapat Bayangkan Bagaimana Situasi MALAYSIA Bila Pihak Dari Parti Pembangkang Menerajui Kelak. Adakah PAS, KeADILan, DAP & Lain² Boleh SeRAPAT & SeMEJA Seperti Sebelumnya Pilihanraya? Jika PAS Maju Wujudkan Kerajaan ISLAM, Adakah Lim Kit Siang Menyokong 100% Gagasan Itu?
Dan Yang Lain² Lagi. Hmm..
Daripada Sasaran 100,000 Rakyat Hadir Ke Perhimpunan Itu, Cuma 5,000 Yang Muncul. Dimanakah Yang Lain? Takut Ataupun Memang Tiada Sokongan?
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Minda Era Baru..
- Maxis Euro Fantasy League
- Perjuangan Lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee #2
- Penghijrahan & Kisah Disebalik Yang Misteri
- Dilema Tun Dr Mahathir
- EKSKLUSIF - LELAKI & NAFSU SEKS
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod II)













penulis hebat? takde lah, itu hanya pandangan peribadi saya.
terima kasih sebab sudi singgah blog aku
malas nak cakap dah.tepuk dada tanya selera sendiri parti apa yang korang nak pangkah.Bagi aku, aku tak mahu memperjudikan nasib negara ditangan parti2 yang belum tentu boleh mentadbir seperti kerajaan sekarang. Kalau boleh biarlah kekal dan kita sebagai rakyat cume perlu menambah dan menolong untuk memakmurkan negara malaysia ini.
Fikir2 lah layakah parti yang dicipta untuk pembebasan seorang yang kononnya difitnah itu layak untuk mentadbir.Nah!!skang dia dah bebas so ape pulak perjuangan parti tersebut!!
fikirlah dengan akal dan fakta bukan hanya dengan pendapat dan nafsu!!
5K je ke yg datang? lol dari 16 juta penduduk.. cuma 5K je yg suke buat onar…
#IcedNyior - Tidak Mengapa. Semua Tulisan Kita Adalah Hebat :D=
#sejuk - Mm.. Perjuangan Parti Itu Sangat Diragui. Dan Juga Latarbelakang Pemimpin Yang Sangat Pro-Amerika. Sangat Bahaya Rasanya. Hmm…
#emptyspace - Yang 5K Tu Je Kot Yang Berani Main Air..
pertama sekali….penulis ini telah menjadi nujum pak belalang “amatur”
keduanya….banyakkan membaca sebelum mengulas apa2 ttg politik
ketiganya….fahami apa itu demokrasi dan untuk apa ia wujud
keempat….jangan hanya membuat rujukan melalui media yang telah dikawal
kelima….aku malu kerana bangsaku telah manjadi sebuta ini…
Banyakkan membaca dan meninjau apa yg berlaku dluar negara..banyakkan membaca buku2 sejarah perjuangan dan peralihan kerajaan dimana2 jua negara dunia….suatu hari anda pasti menjadi penulis yg matang dan tidak memalukan diri sendiri dengan menulis tulisan sebegini..!!
[…] ramai orang tengah kecoh dengan gelombang kuning dari Qaiyum, dari Beck, MohdIsmail, IcedNyior dan lain-lain blog, tak kisahlah samada menyokong atau tidak si […]
#Syahid_Zul - Saya Menulis Atas 2 Sebab. Pertama Untuk Berkongsi Apa Yang Saya Tahu. Dan Keduanya Untuk Mengetahui Apa Yang Saya Kurang Pasti. Jika Diamati Penulisan Kali Ini Penuh Dengan Tanda Soal Kerana Merasakan Sesuatu Yang Tidak Pasti. Saya Juga Bukanlah Gemar Terlibat Dengan Politik. Apa Yang Saya Tahu Bahawa Masih Banyak Platform Untuk Memajukan Bangsa Selain Mengharapkan Transaksi Dalam Kerajaan. Sekurang²nya Aku Boleh Sembahyang Di Negara Ini Dengan Aman. Dan Sekurang²nya Aku Tidak Membenci Bangsa Sendiri.
Ya, itulah mentaliti yang paling aku takut utk ada pada bangsa aku…iaitu
“sekurang-kurangnya aku boleh dot dot dot”
Jika mentaliti ini ada pada Dato Onn, negara kita xmerdeka..
Jika mentaliti ini ada pada Rasulullah, rasulullah akan pilih habsyah sbg destinasi hijrah..
Oleh krn tulisan ni byk tanda soal, dan ko dah akui yg banyak benda ko kompius, biar aku jelaskan sket..
Sbenarnya negara kita ptt bersyukur krn parti pembangkang dlm negara ni masih memilih jalan demokrasi.Tapi lihatlah sejarah filipina,indonesia,iran,thailand,burma,pakistan,bahkan afghanistan..
Akan ada suatu tahap kerajaan yg berkuasa mula menggula-gulakan rakyat dan oleh krn kerajaan menguasai media dan segala ketumbukan kerajaan, maka kerajaan akan bersolek supaya sentiasa dilihat cantik dimata rakyat..Pemerintah Malaysia sedang mengikuti jejak rejim Marcos, Suharto, Shah Iran, dan dimana sahaja negara apabila hanya 1 parti yang berkuasa..
Dalam PRU 2004, di trengganu cthnya, peratusan keluar mengundi hampir 98% dan ini tidak mungkin berlaku dlm negara membangun spt malaysia.Di slgor, hampir 200,000 tidak dpt mengundi krn telah ditukar tmpat mengundi dan ada satu rumah yang mendaftarkan hampir 170 pemilih..Sila rujuk daftar pemilih jika inginkan keberannya…Media tutup segala maklumat daripada rakyat.
Sebaik sahaja menerima keputusan PRU 2004, pembangkang hampir-hampir mengadakan himpunan besar-besaran di KL tetapi dihalang atas nama keamanan krn pembangkang tahu “mood” rakyat ketika itu adalah mood marah dan protes..Jika berhimpun, sudah tentu berlaku perkara buruk..Lalu ditubuhkan bersih dan Himpunan sabtu lalu adalah kesinambungan daridanya.
Bersih hanya menuntut satu P/Raya yg telus, adil dan transparent.Adakah ianya salah?
Untuk pengetahuan ko, aku sangat-sangat yakin jika penipuan spt tahun 2004 tu berlaku lagi dlm PRU kali ni, keadaan akan jadi bertambah teruk.Ko lihatla negara spt burma,pakistan, yg xde demokrasi dan p/raya.Akhirnya rakyat bangkit dan negara hancur..
Nak jadi macam 2 ke?Sbb tu perlu ada demokrasi.Kalo ko xpaham lg,sila baca dr pelbagai sumber dan sila rujuk banyak buku2….
#1.Penulis telah menyatakan di awal artikel bahawa ini hanyalah pendapat org biasa yg bukan bergiat aktif dlm politik mahupun pemerhati politik. Jadi pembaca patut sedar fakta2nya mungkin ada kesalahan atau bias. Jika pembaca menerima bulat2 tanpa menilai,itu salah sendiri bukan penulis sepenuhnya.
#2.Setiap org bermula dr peringkat ‘amatur’. Tidak salah belajar,jadi jgnlah menghentam penulis/bangga jika diri seorang yg expert.
#3.Memang terdapat kawalan dlm media,tapi wujudkah media yg benar2 independent? Media luar yg kononya benar selalunya mensensasikan fakta2. Jadi bukankah itu juga ‘dikawal’?..dikawal nafsu?
#4.Jika mahu mengadakan demonstrasi biarlah dengan cara yg dihormati. Jika tidak mendapat permit utk himpunan awam,pasti ada cara lain. Jgnlah melanggar undang2. Kalau benda sekecil ini (tidak mendapat permit) pun malas nk fikir penyelesaiannya,mcm manalah hendak mentadbir negara yg saban hari perlu berfikir penyelesaian masalah.
#5.’Cuma 5,000 Yang Muncul. Dimanakah Yang Lain?’. saya juga meragui angka ini. Mungkin penulis tidak sepatutnya merujuk kepada satu media sahaja (buat research dahulu ke). honestly speaking,saya pun xtau berapa anggarannya..
‘Sila rujuk daftar pemilih jika inginkan keberannya…Media tutup segala maklumat daripada rakyat.’ sekadar ingin bertanya (no critiscm,sarcasm,etc..) dimanakah saudara melihat benda2 ini? Saudara adakah salinan,website,etc bagi kami melihatnya? jika hanya berdasarkan cerita org atau penglaman sendiri tanpa bukti,susahlah kami menerima fakta ini. Amat molek jika dapat bukti kukuh. Saya dapati fakta ini sangat menarik.
walaupun artikel ini penuh dgn tanda soal,kebanyakannya soalan retorik.. :).
i wonder,is there really a true pure independent media out there..what i can do right now is just takes some bits here,bits there and form my own opinion/values.
Oh Ya! Saya Pun Rasa Angka 5000 Itu Pun Merupakan Satu Kesilapan. Tapi Saya Mengambil Angka Itu Dari HarakahDaily.Net Semalam. Tapi Hari Ini Bila Saya Buka Balik Artikel Yang Menyatakan Angka Itu Telah Tiada. Cuma Pagi Ini Saya Melihat Banyak Artikel Yang Menyatakan Jumlah Sebenar 100,000 Demokran Yang Hadir Di Laman Web Berkenaan.
Saya Bukanlah Sangat Buta Seperti Yang Disangka. Sekurang²nya Dalam Sekali Dalam Seminggu Saya Akan Rajin Membaca Artikel² Daripada Kalangan Sumber Bukan Kerajaan Dan Anti-Kerajaan. Maka Dengan Itu Janganlah Cop Saya Sebagai Minda Yang Telah Dikawal Oleh Media Kerana Saya Berusaha Untuk Berfikiran Lebih Luas.
Dalam Entri Ini, Saya Bukanlah Merujuk Kepada Perhimpunan Yang Diadakan. Saya Lebih Memandang Apa Akan Terjadi Pada Masa Hadapan Jika Sesuatu Berlaku. Mampukah Segalanya Lebih Baik Dari Hari Ini. Jika Kerajaan Hari Ini Dikatakn Mengawal Media Untuk Kepentingan Peribadi, Adakah Nanti Transaksi Kerajaan Yang Baru Membuka Media Seluas²nya?
Sekurang²nya Dari Segi Kawalan Media Kita Lebih Baik Dari Singapura.
Tapi Mengapakah Semasa Perhimpunan Perlu Untuk Melaungkan “Allahuakhbar!” Laungan Itu Adalah Laungan Untuk Menentang Musuh Islam Yang Tidak Sealiran Dengan Islam. Adakah Mereka Yang Tidak Sealiran Dengan Kumpulan Bertunjuangkan Pembangkang Musuh Islam? Adakah Mereka Yang Ditentang Itu Tidak Sembahyang & Mengamalkan Ajaran Islam? Ataupun Kepada Siapa Laungan Itu Ditujukan? Adakah Ditujukan Kepada Orang Macam Saya Yang Tidak Sealiran Dengan Pihak Pembangkang? Hmm..
Apepun Kalau Betul Ingin Demonstrasi Silakan. Tapi Sejarah Dahulu, Reformasi Tahun 1999 Menunjukkan Manusia Mampu Melakukan Apa Sahaja Apabila Dalam Keadaan Penuh Emosi.
Kenapa kuning, kenapa tidak warna lain? Hummmm….. Kan kuning selalu dikaitkan dengan benda yang tak elok, otak kuning, pemikiran kuning, budaya kuning, bla bla bla
http://10nov.himpunan.info/index.php?option=com_content&task=view&id=245&Itemid=1 Baru dapat link ini mengenai angka sebenar..
Qaiyum,
[Quote]
Tapi Mengapakah Semasa Perhimpunan Perlu Untuk Melaungkan “Allahuakhbar!” Laungan Itu Adalah Laungan Untuk Menentang Musuh Islam Yang Tidak Sealiran Dengan Islam. Adakah Mereka Yang Tidak Sealiran Dengan Kumpulan Bertunjuangkan Pembangkang Musuh Islam? Adakah Mereka Yang Ditentang Itu Tidak Sembahyang & Mengamalkan Ajaran Islam? Ataupun Kepada Siapa Laungan Itu Ditujukan? Adakah Ditujukan Kepada Orang Macam Saya Yang Tidak Sealiran Dengan Pihak Pembangkang?
[/Quote]
Mereka tak cakap apa-apa pun pasal tu. mereka hanya minta pilihanraya yang telus dan adil. Pengalaman mengajar. PR kampus pun dah cukup mengajar betapa tak adilnya PR di MAlaysia. Tak salah kan mereka minta semua tu? Kalau mereka benar, mengapa tak bagi je permit? Takut ke? Kalau benar mereka dapat sokongan rakyat, tak perlu takut. Tahun depan mesti menang lagi kan?
KAdang-kadang kita kena menilai dari dua belah pihak. DAri pembangkang dan juga dari kerajaan. SEkali-sekala letakkan empati anda dalam situasi kedua belah pihak. Baru anda faham di mana silapnya dan kenapa semua ni terjadi.
RElax Qai.. only an opinion from your old friend.. *ngeee*
Ingat bahawa orang luar sedang memerhatikan Malaysia kini..Tunggu masa saja mereka nak masuk pecahkan “tembok” perpaduan kaum.. Jangan sesekali lupakan pekara itu..Jika mereka melihat kita sampai riak untuk berpecah..Senang-senang saja mereka campur tangan..Jaga Negara Ini. Jika diambil alih..musnah dan punah selama ini.. Jangan jadikan “pisang bebuah dua kali”
#Hawa - Saya Hanya Bertanya Mengapa Mesti Dilaungkan Kalimah “Allahuakhbar!” Pada Perhimpunan Itu? Ada Dinyatakan Dalam Artikel² Di HarakahDaily. Laungan Daulat “Tuanku!” Dan “Bersih!” Juga Dilaungkan. Pada Hemat Saya Laungan Itu Dilaungkan Oleh Pejuang² Islam Zaman Rasulullah & Para Sahabat Untuk Menentang Musuh Islam.
Tanpa Perhimpunan Pun Bukankah Boleh Menghantar Memorandam Itu Ke Istana Negara?
#mrozaidi - Perpaduan Kaum Juga Satu Soal Besar. Jika Kerajaan Baru Naik Pun Nanti, Adakah Mereka Mampu Menurunkan Harga Barang Serta Merta Tanpa Melentingkan Mana² Pihak? Terutama Yang Bukan Dari Kaum ‘Kita’.
Adakah Kerajaan Baru Mampu Menghalang Kenaikan Harga Petroleum Tanpa Beban Subsidi? Dan Yang Paling Penting Adakah Kerajaan Baru Mampu Menahan Tsunami Globalisasi Yang Turut Mendatangkan Kesan Buruk Pada Negara?
lompat lompat blog jumpa artikel ini.
diskusi di sini lebih aman, lebih berakal dari di blog-blog yang penuh keji mengeji. ini menunjukkan diskusi sihat boleh dicapai walaupun sedang berbahas tentang isu berat. lebih baik begini. xde satu pun org org anonymous yang hanya mahu mengkucar kacirkan keadaan kat blog ni. bagus.
sesungguhnya manusia dilahirkan berbeza antara satu sama lain, inikan pula pendapat dan pegangan. itu yang aku faham. buruk di mata seseorang, tidak semestinya buruk juga di mata orang lain. vice versa.
dan bagi aku, masih ada cara lain utk BERSIH menyampaikan perutusan kepada AGONG, selain menggunakan cara perarakan ramai ramai begini. masih ada cara yang bijak, selamat dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada bystander yang tiada kena mengena dan rakyat lain yang terkena tempias.
lepas aku baca dengan hati yang aman di sini, aku lebih tenang dan rasional.
aku doakan MATLAMAT tersurat/utama BERSIH ni tercapai, supaya tidak ada lagi rasa sangsi terhadap SPR dan PRU akan datang. moga selepas ini, perubahan yang dibuat oleh SPR, BERSIH akan puas hati. memandangkan agenda BERSIH yang dikatakan suara/wakil rakyat bukanlah agenda menggulingkan kerajaan, tetapi agenda telus, jadi tidak elok untuk pengikut BERSIH memperkatakan tentang tuduhan atau kes-kes lain(yang merujuk seperti mahu menggulingkan kerajaan) melainkan tentang SPR dan PRU. ini akan menampakkan agenda BERSIH lari dari tujuan asal dan lebih beragendakan politik parti dan perkara-perkara yang selalu dibangkitkan parti politik naungan BERSIH, dan kuranglah kepercayaan pemerhati pemerhati atas pagar macam aku yang lebih mementingkan diri sendiri dan keluarga, seperti mana yang berlaku di blog blog lain.
dan moga, bila sebarang keputusan PRU akan datang, tidak lagi dijangkiti dengan pandangan serong manusia tidak berpuas hati, tetapi lebih kepada percaya bahawa DEMOKRASI telah berjaya dijalankan. insyaAllah…
betul?
tetapi, manusia dilahirkan dengan nafsu dan kemahuan.
tetap akan ada yang tidak kena.
tetap ada yang tidak puas hati.
bagaimana?
betul?
tapi baguslah disini Qaiyum. ko berjaya mewujudkan suasana ilmiah dan aman.
perlu dicontohi ni. sekali lagi, aku tenang membaca pikiran kamu semua di sini. terima kasih untuk ilmu yang dikongsi.
Terima Kasih Kepada Saudara Beck Kerana Sudi Komen Di Ruang Ini. Sememangnya Isu Ini Merupakan Isu Panas Untuk Didiskusikan. Yang Menyokong Perhimpunan Ini Bukanlah Saya Mengatakan Salah. Tapi Ramai Di Luar Sana Sangsi Terhadap Perjalanan Perhimpunan Sebegini. Sangsi Jika Akan Ada Kekacauan, Provokasi Terlampau, Sehingga Mungkin Wujud Keadaan Kacau Bilau, Keganasan, Bahkan Pertumpahan Darah.
Mael Dah Bagi Contoh Yang Mak Beliau Fobia Untuk Turun KL Kerana Takut Sesuatu Yang Buruk Berlaku. Marah Betul Dia. Heh. Apepun Sama²lah Kita Berdoa Agar Tuntutan Demokrasi Di Malaysia Tidak Seperti Di Negara² Lain Yang Akhirnya Memburukkan Rakyat.
sdkt komentar dr Saifulislam.Com mengenai politik dan BERSIH :
http://saifulislam.com/?p=1000#more-1000
http://saifulislam.com/?p=987#more-987
“#4.Jika mahu mengadakan demonstrasi biarlah dengan cara yg dihormati. Jika tidak mendapat permit utk himpunan awam,pasti ada cara lain. Jgnlah melanggar undang2. Kalau benda sekecil ini (tidak mendapat permit) pun malas nk fikir penyelesaiannya,mcm manalah hendak mentadbir negara yg saban hari perlu berfikir penyelesaian masalah.”
bile ye agaknya perhimpunan /demonstasi anjuran ngo mahpun parti pembangkang akan dpt prmit dr kerajaan ye?
insyaAllah, akan kmbali bersama link2 ke youtube, interview al-jazeera dgn ZAM, kandungan memorendum BERSIH, sdkt penjelasan mengapa Islam membenarkan demonstrasi dan gambr2 serta link2 mrk yg hadir berdemo hr berkenaan untuk gambaran sebenar.
roh dan semangat Islam mengajak kami untuk bertakbir!
sekadar lontaran..
BERSIH = x ada permit = haram
arak, judi dan kelab malam = diberi permit = ?? (adakah ia menjadikannya halal?)
hopefully anda akan layari link ke blog Saifulislam.Com di atas.. tntg politik dan Islam. sama2 ikhlaskan niat, insyaAllah.. bg mrk yg mencari.
haram yg dimaksudkan ialah tidak mendapat kebenaran..but i understand the sarcasm,syuhada :).
saya sendiri juga kurang senang tentang isu arak,judi,kelab malam. tetapi saya yakin kerajaan sedang melakukan sesuatu. kita tidak boleh secara mengejut memberhentikan sesuatu.contohnya org yg ketagih merokok tidak boleh tiba2 berhenti,perlu sedikit demi sedikit. cukai arak,rokok yg naik tiap2 tahun,had waktu kelab malam beroperasi,etc..mungkin ialah contoh langkah yg diambil utk memberhenti atau sekurang2nya meminimumkan gejala ini.
i’m not really against the opposition party,kerana mereka juga penting utk menegur kesilapan yg kita tidak sedar. jika hanya satu saja party,kita akan leka.
but i really quite comfortable and have high confidence with the gov now..(despite some bits of flaw here and there)
saya copy paste la, supaya isu arak ni semua, dah basi, dan cuma digunakan nak menunding jari. setahu saya, di negeri si nun pun, ada menjual arak, lagi secara haram, bila diambil tindakan, hanya kena kompaun. kemudian berjalan semula.
jadi apa yang saya faham, permit tu adalah sebagai salah satu cara kawalan. dari menjual secara tidak berpermit, yang rata mendatangkan untung kepada mereka yang meneguk di air yang keruh, baik diberikan permit dan dipantau. sudah ada alamat, sudah ada tuan. senang mahu ambil tindakan. benda haram, perlu dikawal, sama la seperti penternakan babi. yang mana tidak ada permit, ditutup.
tidak ada isu menghalalkan yang haram. arak, kasino tetap haram. dan orang Islam yang meminum arak, dan berjudi tetap didakwa bila ditangkap. semua atas diri sendiri.
‘Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah menyuruh pengutip-pengutip cukai mengutip cukai arak dari orang bukan Islam pada zamannya sebagai cukai al-Kharaj. Lihat tulisan al-Qurasyi dalam kitabnya al-Kharaj.’
terima kasih,saya penah terbaca pasal khalifah kutip cukai arak ni (ruangan astora jabat kat utusan kot..), cuma xigt,sbb tu xtulis takut silap.
Perbezaan Ideologi Politik Bukanlah Semata² Untuk Mencari Yang Mana Betul & Yang Mana Salah. Semuanya Hendaklah Berteraskan Hak Rakyat Dari Segi Ekonomi, Keselamatan, Agama, Semuanya Dapat Disediakan Oleh Kerajaan Yang Memerintah. Ideologi ( Isu² & Permainan Politik) Boleh & Perlu Dilaksanakan. Namun Apa Yang Penting Adalah Kesannya Kepada Rakyat Samada Baik Atau Buruk.
Cumanya Di Malaysia Ini Kita Terdiri Daripada Pelbagai Kaum. Sebarang Keputusan Yang Dibuat Hendaklah Seimbang Antara Sesama Manusia. Tapi Keutuhan Agama Islam Di Bumi Malaysia Dilihat Masih Utuh. Masalah Utamanya Adalah Membuat Keputusan. Itulah…
salam…
contoh dah ade….dulu BN perintah Kelantan dan sejak 90 sampai sekarang..PAS pulak perintah….dulu org Kelantan pun pernah bayang yg bukan2 apa akan jadi kalau pembangkang memerintah…
nah! tengok sekarang, kelantan tetap maju, rakyat hidup sederhana, segalanya murah kat sana….rakyat suka ngan kerajaan PAS…kerajaan BN skang iri hati…cuma, kalau tak diBERSIHkan pilihanraya silap hari bulan kelantan jatuh semula kat kerajaan BN….walau hakikatnya rakyat kelantan tak rela…
kita ni jadi rakyat di suruh berfikir, baik-buruk kerajaan sekarang, bukannya bayangkan yg bukan-bukan kalau pembangkang perintah….tu cara org negatif berfikir…..kitakan ada ALLAH…solat istiharah, cari kebenaran kalau tak yakin….manusia boleh merancang namun ALLAH jua yg tentukan nasib kita….
wassalam…
Nabi Muhammad SAW Bersabda. Nasib Sesuatu Kaum Itu Tidak Akan Berubah Sehingga Kaum Itu Berusaha Mengubah Nasibnya Sendiri.
Namun Berdasarkan Statistik & Perkongsian Bersama Rakan² Dari Kelantan, Kebanyakan Anak² Muda Kelantan Lebih Gemar Bekerja Di Luar Kelantan Berbanding Di Dalam Negeri Itu Sendiri. Kenapa Perkara Itu Boleh Terjadi?
nah! tengok sekarang, kelantan tetap maju
ops.. nk tulis ni sebenarnya:
‘nah! tengok sekarang, kelantan tetap maju’….hmmmm i doubt that
salam..
quote..
Nabi Muhammad SAW Bersabda. Nasib Sesuatu Kaum Itu Tidak Akan Berubah Sehingga Kaum Itu Berusaha Mengubah Nasibnya Sendiri.
ya! saya setuju dengan hadis tu….tapi ia sepatutnya dirujuk dengan ayat quran ni…
“Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami lah khazanahnya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran tertentu…”
“Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentunan (qadar) bagi tiap-tiap sesuatu…”
“Sesungguhnya kami menciptakan segala sesuatu menurut qadar (ukuran)..”
“Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki….”
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan orang yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Engkaulah segala kebajikan, sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.”
Contoh ayat-ayat yang menunjukkan manusia memiliki kebebasan dalam perbuatannya, mampu mempengaruhi masa depan dan nasibnya dan dapat pula mengubahnya adalah sebagai berikut :
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…”
Allah telah membuat suatu perumpamaan di sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka tidak tenteram dan ketakutan disebabkan apa yang selalu mereka perbuat….(contoh: kejadian rompak,pecah rumah, rogol, bunuh, kes adik nurin…)
Allah tidak sekali-kali hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri…berdasarkan ayat ini…
“Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hamba-Nya…”
“Sesungguhnya Kami telah menunjuk jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir(ingkar)…”
Katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, maka barangsiapa yang ingin beriman, hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin kafir biarlah ia kafir…”
“Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat, akan Kami tambah keuntungan itu baginya; dan barangsiapa mengehendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia…”
“Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki, bagi orang yang Kami kehendaki, dan Kami tentukan baginya neraka jahanam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan kebaikan. Kepada masing-masing golongan, baik golongan ini maupun golongan itu, Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu; dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi…”
Namun Berdasarkan Statistik & Perkongsian Bersama Rakan² Dari Kelantan, Kebanyakan Anak² Muda Kelantan Lebih Gemar Bekerja Di Luar Kelantan Berbanding Di Dalam Negeri Itu Sendiri. Kenapa Perkara Itu Boleh Terjadi?
anak2 Kelantan saja ke gemar kerja kat luar? bagaimana pula dengan anak Johor, Terengganu, Pahang, Kedah dll…yang penting kat sini anak2 kelantan gemar kerja kat luar sebab nak bawak balik kekayaan ke negeri kelantan..cari pengalaman dan kemudian bangunkan negeri sendiri..sebab tu kat kelantan banyak orang melayu yang kaya, punya bangunan sendiri, punye bisnes sendiri.. kat KL ni? bangunan tinggi2,kedai2 sape punya?org melayu punya atau bangsa lain punya?
saya kata kelantan maju bukanlah maksud maju tu macam KL dan yg sewaktu dgnnya…maksud saya kelantan maju kerana orang melayu kat sana maju…maju dari segi pemikiran, rohani bukan maju fizikal semata….maju secara fizikal tu semua plastik…hanya utk megah-megah. apa guna ada bangunan tinggi2, insfrastruktur canggih2,pegi angkasa, tapi bangsa sendiri ramai yg mundur,bangsa paling ramai hisap dadah,buang anak,jadi mat rempit,bohsia,bohjan,poya-poya….apa kita buat? tengok saje?fikirlah untuk generasi masa depan…
Inilah seperti yang dimaksudkan Rasulullah saw……Nasib Sesuatu Kaum Itu Tidak Akan Berubah Sehingga Kaum Itu Berusaha Mengubah Nasibnya Sendiri…
Sekarang pilihan kita….nak berubah ke lebih baik atau sebaliknya…
wassalam…
Wah! Ni Dah Jadi Entri Dalam Komen. Terima Kasih Kerana Sudi Berkongsi Idea & Pendapat Di Qaiyum.Net. Segala Komentar Anda Sangat² Diperlukan Sebagai Proses Perkembangan Intelek Di Dalam Blog Ini..
Jika Ini Telah Menjadi Entri (Bukan Blog Tau) Berbau Politik, Seperti Saya Menyatakan Pada Tag Line Blog Ini “Anda Berada Di Sebelah Pihak. Anda Berada Di Sebelah Pihak Yang Satu Lagi. Saya Di Tengah-Tengah”. Bukanlah Bermaksud Saya Tidak Mempunyai Pendirian Tetap. Namun Saya Lebih Suka Bersikap Bebas. Bebas Berfikir & Sekaligus Menjengah Pro & Kontra Dari Sudut Paling Profesional. Tidak Terlalu Terikut Kepada Pandangan Sebelah Pihak & Bukan Juga Untuk Menjadi Pak Turut.
Secara Peribadi Saya Di Sini Mengaku Bahawa Perjuangan Parti PAS Adalah Murni Dan Suci Dalam Menegakkan Agama Islam. Kalau Sekarang Ini Malaysia Masih Dikenali Sebagai Tanah Melayu, Sudah Semestinya Parti Politik Ini Menjadi Pilihan Kerana Pembabitan Ramai Para Ulama Islam Di Dalamnya.
Namun Mungkin Akibat Desakan Daripada Barisan Nasional & Parti Komponennya Memaksa Parti PAS Bersatu Bersama Keadilan & DAP Untuk Membentuk Pakatan Pembangkang Dikenali Sebagai Barisan Alternatif (BA). Pakatan Inilah Yang Menimbulkan Persoalan Terhadap Perjuangan Antara Parti² . Parti Keadalan Sangatlah Dipersoalkan Perjuangan Sebenarnya Kini. Yang Mana Setahu Kita Dahulu Ianya Ditubuhkan Demi Menuntut Keadilan Seorang Bekas Pemimpin Negara. Parti Itu Yang Berbilang Kaum Ini Juga Tidak Dapat Dipastikan Samada Agenda Islam Turut Dipelihara Dalam Perjuangan Parti. Dan DAP Seperti Yang Kita Ketahui Demi Untuk Kepentingan Kaum Cina Sahaja.
Maka Dengan Pembentukkan Ini Jugalah Dilihat Saya Bahawa BA Ini Tidak Ubah Seperti BN. Kini Atau Kelak. Jika Sekiranya Parti PAS Mampu Bergerak Sebagai Sebuah Parti Yang Tidak Terikat Kepada Mana² Komponen Lain, Sudah Pasti Kita Akan Dapat Melihat Malaysia Dapat Mengembalikan Keislaman Yang Mana Ramai Melihat Ianya Telah Semakin Hilang Dalam Diri Rakyatnya Khasnya Golongan Melayu.
Saya Juga Ingin Melihat Sebagaimana KITA Semua Melihat. Tapi Ada Beberapa Sebab Yang Menyulitkan Keadaan Untuk Kita Membuat Keputusan..Hmm..
salam.. mgkn ada salah faham disini.
Quote kembali :
“BERSIH = x ada permit = haram
arak, judi dan kelab malam = diberi permit = ?? (adakah ia menjadikannya halal?)
hopefully anda akan layari link ke blog Saifulislam.Com di atas.. tntg politik dan Islam. sama2 ikhlaskan niat, insyaAllah.. bg mrk yg mencari.”
sy x mggunakan ini sbg hujah, sblknya lontaran untk org yg berhujjah bersih itu haram krn tidak diberi permit..
“Parti Itu Yang Berbilang Kaum Ini Juga Tidak Dapat Dipastikan Samada Agenda Islam Turut Dipelihara Dalam Perjuangan Parti. Dan DAP Seperti Yang Kita Ketahui Demi Untuk Kepentingan Kaum Cina Sahaja.”
untk komen ini, mgkn sdr blh cari tntg tahlul siasi dlm Islam.
“masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan jgnlh kamu turuti langkah-langkah syaitan. sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yg nyata.” (antara maksd ayat Al’Quran)
ambil lah Islam secara keseluruhan.. bukan pd mana/masa yg kita rasa sesuai/pd tempat yg kita rasa perlu.. yakinlah Islam mampu mentadbir kita semua, mampu mentadbir negara kita yg berbilang kaum.. kenapa kita harus gusar, Islam tu dtgnya dr Tuhan. Dia tlh lengkapkan agama Islam beribu tahun yg lalu.. itu janji Dia.. sepatutnya mnjadi tanggungjwb kita untk meyakinkn org bukan Islam untuk menerima Islam n undg2 Islam. sdrlh hakikatnya, kita x diberi pilihan.. tapi merupakan tuntutan yg akan dipersoalkn kelak..
sy mengajak dri sndri n anda semua untk mencr tntg Islam liberal dn bahayanya.. sbb dr yg sy amati, tntg komen2 serta beberapa laman yg di linkkn, terdapat sesetengah yg mempunya fahaman ke arah fahaman tersebut.. mgkn tanpa diniatkn/disedari.. nauzubillah.. mga dihindarkan.
~bagi mrk yg mencari
Salam..
saya hormati pendirian saudara yg tidak cepat melatah. itu pilihan saudara yg tak mahu berpihak mana-mana. di negara ini kita ada tanggungjawab. tanggungjawab memakmurkan bumi Allah demi untuk masa kini dan generasi akan datang.
bagi saya perselisihan pendapat adalah perkara biasa selagi kita ni manusia. Allah beri kita akal untuk berfikir baik,buruk. yg baik jadikan tauladan dan tidak baik jadikan sempadan. bila kita berselisih faham dan tiada jalan penyelesaian kembalilah pada Quran dan Hadis kerana itulah rujukan utama kita sebagai umat Islam.
Cuma….walaupun saudara kata tidak berpihak mana-mana, bila tiba masa untuk memilih pemimpin nanti, nak tak nak saudara akan memilih juga.(tiada paksaan). dan, sekiranya saudara ambil keputusan utk memilih, berfikirlah dengan waras dan pilih dengan bijak. sesungguhnya pilihan saudara itulah penentu siapa yg bakal memerintah bumi malaysia ini…
Wassalam….
Jika kita melihat perhimpunan ini, mereka telah memakai buju kuning untuk mengadap Agung. Tapi kita lihat pula bahawa baju kuning sudah menjadi adat kita bagi orang Melayu bahasanya baju kuning adalah baju rasmi Agung. Jadi adakah pemakaian mereka ini untuk mengkeji atau mengherdik Agung? Sedangkan mahu membuat permintaan. Adakah patut..hmmmm.
Selain itu, apa yang saya tahu dan diberitahu bahawa jika kita mengharamkan judi, arak, rokok dan sebagainya akan memberi kesan yang amat besar kepada ekonomi negara. Tak silap saya, Tun Mahathir pernah berkata jika haramkan rokok dan cukainya, Malaysia akan bankgrap. Itu pemimpin yang kata..Kita yang bawah ni tau ke ekonomi negara keseluruhannya?..Emmm..boleh je haramkan..tapi apa yg boleh menjana duit negara?..sedangkan kita masih lagi import dari luar negara contoh makanan = beras, gandum dll
[…] Gelombang Hantu Kuning (Bukan Maskot Digi) Komentator Terajin […]