Berakhirnya Syawal..
Nov 10th, 2007 oleh Qaiyum
Assalamualaikum W.B.T
Tiada Entri Selama 3 Hari Nampaknya. Bebarapa Perkara Telah Menyebabkan Saya Kurang Berpotensi Untuk Menulis Di Ruangan Ini. Antaranya Ialah Mengejar Hari² Terakhir Syawal Dengan Rombongan Merusuh Ke Rumah² Sahabat Handai.
Hari Ini Adalah Hari Terakhir Untuk Sesiapa Menunaikan Ibadah Puasanya Di Bulan Syawal. Sungguh Pantas Masa Berlalu. Seperti Angin Yang Menderu Di Tepi Pantai Sambil Membawa Pasir² Ke Sana Kemari. Wah! Namun Kepantasan Masa Yang Berlalu Itu Tidak Bermaksud Pantas Jugalah Proses Menyiapkan Laporan Thesis. Ah!
# Rombongan Ke Melaka
5 Buah Kereta Telah Terlibat Dalam Program Yang Dijalankan Sempena Deepavali Ini. Tetapi Bukan Untuk Merayakan Deepavali. Kemudiannya Sebuah Kereta Lagi Menantikan Kemunculan Kami Di Negeri Melaka Sendiri. Motif Utama Adalah Untuk Menyerbu 5 Buah Rumah Sahabat Handai Kami Yang Berada Di Melaka. Tetapi Saya Telah Kecundang Pada Rumah Yang Ke-4 Menyebabkan Saya Tidak Berkemampuan Untuk ‘Menyelesaikan’ Spaghetti Yang Disediakan Di Rumah Ke-5. Ish Ish Ish..
# Mesyuarat Itu dan Ini
Tepat Pukul 7.00 Kereta Yang Dipandu Saya Terpaksa Meluncur Pantas Dari Melaka Untuk Tiba Di Bandar Baru Bangi Sebelum Pukul 8.30 Malam. Kerana Ada Sebuah Mesyuarat Yang Berstatus Sangat Penting Untuk Dihadiri Oleh Saya Sebagai Pengerusi Persatuan & Mesyuarat. Jarum Meter Kereta Hanya Berada Pada Kedudukan 140 km/j Sepanjang Perjalanan. Sesekali Cuba Mencecah 160 km/j. Tetapi Nyawa Adalah Segala²nya. :D= Malam Ini Tadi Pun Saya Turut Menghadiri Sebuah Mesyuarat Yang Dikendalikan Oleh Junior. Di Mana Saya Yang Bertindak Sebagai Pemantau & Penasihat Ini Perlu Juga Menghadiri Mesyuarat Itu Sebagai Tanda ‘Perjuangan’.
# Menghilangkan Tekanan Dengan Menonton Wayang
Saya Adalah Peminat Wayang. Namun Heart Of Malaya Yang Dicari Tetapi Bee Movie Juga Yang Dijumpai. Analisis Saya Menunjukkan Tayangan Untuk Filem Hati Malaya Ini Hanya Pada Waktu Tertentu Pada Siang Hari. Kecewanya Kerana Tidak Dapat Menonton Filem Epik Melayu Ini. Mungkin Suatu Hari Nanti Saya Masih Sempat Untuk Menontonnya Di Wayang. Jika Tidak Nantikanlah Ia Di Layar Kaca TV Sahaja. Hmmm…











Hummm, bahaya pandu laju laju ni…