Permainan ‘Pool’ Dan Kehidupan
Nov 6th, 2007 oleh Qaiyum

Aahh.. Setelah Agak Stress Menulis Tesis. Berhentilah Setakat Itu Buat Hari Ini (Pagi Ini). Jam Menunjukkan Pukul 4.34 am. Menandakan Otak Saya Telah Tepu Untuk Meneruskan Perjuangan Menulis Tesis. Dan Untuk Itu Lahirlah Entri Bertarikh Hari Ini. 6 November.
Dengan Berlatarbelakangkan Lagu Kopratasa - Dondang Mustika, Juga Dari Layar Kaca TV Yang Sedang Memainkan Abu Hassan Penchuri Ingin Saya Memberikan Sedikit Metafora Berkenaan Dengan Permainan ‘Pool’. Dan Akan Saya Kaitkannya Dengan Kehidupan. :D= Saya Memang Suka Bermain Dengan Metafora. Anda Pun Cubalah. Ini Salah Satu Cara Untuk Menggerakkan Minda Anda Agar Lebih Kreatif & Berfikiran Lebih Luas Lagi Jauh. Dan Yang Paling Penting Optimis!
Pool Bukan Snooker. Jangan Terkeliru Kerana Permainan Keduanya Adalah Berlainan. Saya Hanya Akan Memfokuskan Kepada Permainan Pool. Anda Bayangkanlah Anda Seorang Pemain Pool Dalam Cerita Ini. Terdapat 2 Jenis Permainan Pool Yang Popular Iaitu Yang Digelar 8-Ball dan 9-Ball. Bezanya Hanyalah Pada Bilangan Bola Dan Sedikit Perbezaan Peraturan Permainan. Namun Keduanya Tetap Sama. Tujuannya Permainan Ini Hanya Satu Iaitu Memasukkan Bola Satu Demi Satu Mengikut Aturan Nombornya (Contoh 1 Hingga 9 Dalam 9-Ball). Pemain Yang Memasukkan Bola Terakhir Adalah Juara Pada Pusingan Tersebut.
Nah! Metaforanya Disini Adalah Pemain Pool Sebagai Manusia Yang Menjadi Salah Seorang Watak Dalam Dunia Ini. Mempunyai Matlamat Hidup Yang Pelbagai. Terdapat Juga Peraturan Hidup Yang Menyelubungi Watak Itu. Jika Dia Berjaya Menyelesaikan Misi Hidupnya Dengan Jayanya, Dia Adalah Juara. Jika Tidak, Wataknya Akan Diganti Dengan Orang Lain Yang Cuba Untuk Menyelesaikan Misi Hidupnya Pula.
Seorang Pemain Pool Mempunyai Kayu Pemukul Bola. Kayu Ini Pula Mempunyai Pelbagai Jenis Ada Yang Tebal, Yang Lembut, Yang Panjang, Yang Pendek. Ada Pula Kayu Yang Bertindak Sebagai Pengalas Kayu Pemukul Bola. Kayu Ini Berfungsi Untuk Membantu Pemukul Untuk Memukul Bola Cue Yang Berada Jauh Dari Jangkauan Tangan. Metafora Kayu² Ini Adalah Dalam Cubaan Kita Untuk Mencapai Matlamat Hidup, Pelbagai Kaedah Atau Alternatif Yang Boleh Digunapakai. Bukannya Kita Hanya Perlu Bertindak Mengikut Cara Yang Sama Pada Pelbagai Matlamat Hidup. Setiap Matlamat Berlainan Situasi. Pelbagai Cara Boleh Dilaksanakan Asalkan Matlamat Utama Tercapai & Peraturan Tidak Dilanggar. Setiap Kali Sebelum Memukul Bola Dapat Dilihat Pemain Akan Mengasahkan Muncung Kayunya Dengan Kapur Bagi Mengasarkan Permukaan Kayu Agar Tidak Tergelincir Sewaktu Menyentuh Bola. Anggaplah Ia Sebagai Titik Fokus Kita Sebelum Memulakan Langkah. Bukannya Bertindak Dengan Membabi-buta. Fokus Dalam Berfikir Dapat Mengelakkan Kita Tergelincir Dari Landasan Sebenar.
Tapi Apa Yang Cuba Saya Sampaikan Dalam Penceritaan Ini Adalah Berkenaan Dengan Strategi. Apabila Tiba Giliran Si Pemain, Maka Dia Akan Bertindak Untuk Memasukkan Bola Mengikut Aturan Nombor (Jika Bermain 9-Ball). Tapi Bukan Hanya Itu. Pemain Itu Juga Perlu Menentukan Kemana Hala Tuju Bola Tersebut Setelah Berjaya Memasukkan Bola Yang Pertama. Kedudukan Bola Itu Hendaklah Paling Strategik Agar Pemain Dapat Memasukkan Bola Keduanya Dengan Mudah. Oleh Yang Demikian Pukulan Yang Pertama Adalah Segalanya. Pemain Perlu Mencari Sudut Yang Tepat Untuk Memukul, Kekuatan Memukul Bola Yang Sesuai Dan Memastikan Bola Putih (Cue) Sampai Ke Kedudukan Paling Strategik Untuk Matlamat Memasukkan Bola Yang Kedua. Tapi Bukan Itu Sahaja. Pemain Perlu Bijak Untuk Mengaturkan Halatuju Bola Pada Pukulan Yang Pertama Ini Agar Bola Yang Ketiga, Keempat, Kelima Dan Seterusnya Juga Mudah Untuk Dimasukkan. Bagaimana? Rasanya Anda Sudah Boleh Menangkap Metafora Yang Berada Dalam Fikiran Saya.
Bayangkanlah Nombor 1-9 Adalah Jumlah Matlamat Sepanjang Hidup Anda. Nombor 1 Adalah Matlamat Waktu Kecil Anda. Mungkin Cita² Yang Anda Impikan. Hinggalah Matlamat Hidup Bernombor 9. Mungkin Matlamat Untuk Mendapat Kebahagiaan Di Akhirat. Namun Untuk Anda Mencapai Matlamat Bernombor 9, Segala²nya Bermula Pada Matlamat Nombor 1. Jika Sesuatu Yang Tak Diingini Berlaku Pada Matlamat Bernombor 1 Itu, Ia Akan Mempengaruhi Matlamat Bernombor 9. Oleh Yang Demikian, Rancanglah Sebaiknya Segala-gala Yang Anda Ada Untuk Menjayakan Matlamat² Hidup Anda Bermula Pada Matlamat Hidup Nombor 1. Ingatlah, Segala²nya Adalah Pada Langkah Yang Pertama.
Tapi Tak Semua Indah Khabar Dari Rupa. Ada 1 Strategi Sewaktu Bermain Pool Ini Yang Selalunya Berlaku Dalam Dunia Nyata. Iaitu Jika Seseorang Pemain Sudah Menemui Jalan Buntu Untuk Memasukkan Mana² Bola Yang Sepatutnya, Pemain Itu Akan Menggunakan Helahnya Untuk Meletakkan Bola Putih Pada Kedudukan Paling Tidak Strategik Untuk Lawannya. Ini Bertujuan Agar Pihak Lawan Juga Akan Gagal Untuk Memasukkan Bola Pada Gilirannya. Ini Bersamaan Dengan Konsep “Jika Aku Tak Dapat, Kau Pun Tak Boleh Dapat Jugak”. Ini Adalah Konsep PHD (Perasaan Hasad Dengki). Jaga²lah. Anda Akan Menemui Perkara Sedemikian Dalam Hidup. Anda Tak Pernah Tidak Akan Terjumpa Juga Manusia² Yang Mempunyai Hati Yang Busuk, Suka Mendengki Orang Ini.
Teruskanlah Hidup!
Tapi Kalau Boleh Jangan Bermain Pool. Carilah Permainan Yang Lebih Bermanfaat & Lebih Cergas.
:D=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Starcraft II : Permainan Lagenda Kembali
- Futsal Dan Kasut
- Camar Yang Hilang
- Kehidupan Bujang
- Budi Bahasa Budaya Kita
- Klebang Beach Resort
- Memori Langkawi …











Ada yang perl;u ditambah. Permainan pool ni, ada yang dipanggil tricky. Macam-macam cara orang guna, untuk memasukkan bola pool ke dalam tempatnya. Seumpama kehidupan kita, matlamatnya satu, tetapi lain orang lain caranya. Samada kreatif ataupun tidak kita mengatur hidup ini….
yang last sekali tu saya agak kompius sikit. punya bagus metafora terhadap pool, alih-alih ‘kalau boleh, jangan main pool’, he he… dari segi tak metaforanya, permainan pool ni, walaupon tak berpeluh, tapi ia tak kurang juga membakar tenaga dengan banyak; tenaga tumpuan. Fokus, strategi, ketenangan hati, gabungan pengalaman dan tawakkal, semua all in one…..
‘Apa maksud qaiyum cakap (tulis) ‘kalau boleh jangan main pool’ tu? he he
Azhar Ahmad : Ah.. Skill² Yang Ada Dalam Pool Ni Memang Saya Tak Tahu. Oleh Yang Demikian Kenala Berlajar Kalau Nak Tau. Hehe..
Musnaz : Yela.. Maksudnya Cukuplah Kita Sekadar Memahami Metaforanya. Kalau Nak Main Betul² Sebagai Sukan, Rasanya Macam Tak Berbaloi Je. Main La Benda Lain. Equestrian Ke, Explorace Ke, Marathon 100km Ke. Baru Mencabar. :D=
apa khabar usahawan XXXXR???
hai mr Qaiyum??
agaknya boleh lah kot bertukar tukar link??
yang pastinya hang selalu kalah men pool kat ym ngan ako sbb selalu sgt masukkan bola ako… hehee…
Pengajaran : tetapkan matlamat hidup anda dengan jujur, iaitu perkara sebenar yang anda ingin tuju… jika tidak anda akan terpengaruh dengan matlamat hidup org laen lalu mengikut mereka…
lg satu, konsep phd tu bukan ke ko yg ajar ako men camtuh dulu… sbb ko nk tebus balek duit torn city yg ko kalah ngan ako… hehee…