Melayu, Sejarah & Islam
Nov 3rd, 2007 oleh Qaiyum
Saya Ingin Memenuhkan Ruang Blog Ini Dengan Entri Yang Akan Ditulis Bagi Memberikan Sedikit Respon Daripada Pengunjung Qaiyum.Net . Berdasarkan Entri Sebelum Ini “Melayu Mudah Lupa”, Saya Ingin Memanjangkan Sebuah Komen Yang Ditulis Oleh Saudara Musnaz Yang Berbunyi :
- musnaz Says:
November 2nd, 2007 at 3:11 pm
melayu sekarang kurang ‘islam’…
Dengan Tidak Semena² Saya Telah Teringatkan Sebuah Persoalan Yang Pernah Berlingkar Di Minda Saya Pada Suatu Ketika Dahulu Di Zaman Persekolahan Sehinggakan Saya Telah Berdebat Dengan Sahabat Sebelah Meja Mengenai Persoalan Tersebut. Di Dalam Komen Oleh Saudara Musnaz Menyatakan Bahawa - Melayu Sekarang Kurang ‘Islam’. Pernyataan Sekarang Itu Telah Membangkitkan Memori Silam Saya Dalam Cubaan Untuk Mencari Jawapan Terhadap Persoalan Itu. Namun Sehingga Sekarang Belum Ada Bukti Konkrit Bagi Membuat Teori Yang Sesuai.
Saya Strukturkan Semula Persoalan Itu - Pernahkah Masyarakat Melayu Keseluruhannya Benar² ISLAM. Pada Zaman Bilakah Kegemilangan Islam Di Tanah Melayu Sebenarnya?
Adakah Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka? Atau Pada Zaman Penjajahan Portugis, Belanda, British, Jepun Atau Komunis? Ataupun Pada Pasca Baru Merdeka Iaitu Zaman P.Ramlee, Zaman Mak Kita Pergi Sekolah, Pergi Universiti Pakai Skirt, Zaman Kelab Malam, Zaman Orang Kampung Masih Kuat Berpegang Pada Kepercayaan Tahyul ??? Zaman Kegemilangan Rock Muda Mudi Hinggalah Sekarang. Bila?
Antara Zaman Yang Disebutkan Itu Zaman Mana Keseluruhan Rakyat Melayu Benar² Berpegang Pada Ajaran Islam? Pada Pendapat Saya Hanya Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka Bilamana Islam Mula Tersebar Di Rantau Ini & Para Ulama Dari Tanah Arab Ramai Datang Untuk Menyebarkan Agama Islam. Tapi Itu Hanya Terpusat Di Sekitar Kawasan Istana Dimana Kawasan Tumpuan Itulah Adalah Pusat Kembangan Intelektual & Pusat Menuntut Ilmu. Manakala Kawasan² Yang Berada Di Luar Lingkungan Pengaruh Istana Didapati Masyarakatnya Masih Kuat Berpegang Pada Budaya Animisme Terutama Di Bahagian Pelusuk Pedalaman, Kaki Bukit & Gunung-Ganang. Biasalah Apabila Berlaku Sesuatu Revolusi, Dari Segi Agama Contohnya, Perlu Mengambil Masa Yang Lama Untuk Bertebaran Ke Seluruh Pelusuk Tanah Melayu. Ilmu, Adat, Undang², Politik, Perhubungan, & Sosial Semuanya Disesuaikan Dengan Agama Islam.
Namun Perkembangan Ini Didapati Tersekat Apabila Penjajah Muncul Menghancurkan Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Di Samping Mengaut Hasil Bumi, Tidak Terlepas Sama Sekali Untuk Menyebarkan Agama Kristian & Budaya Masing² Ke Rantau Ini. Maka Bermula Detik Itulah Agama Islam Didapati Tidak Lagi Bersinar Gemilang. Terutama Dari Segi Penyebaran Ilmu Agama. Sehinggalah Merdeka, Kesan Dari Dasar Pecah & Perintah Telah Merubah Struktur Sosiobudaya Masyarakat Melayu. Perbezaan Di Kawasan Bandar & Luar Bandar Begitu Ketara. Mereka Di Kampung Kebanyakannya Didapati Lebih Kuat Pegangan Terhadap Agama Islam Berbanding Mereka Di Bandar. Mm.. Cukuplah Berceloteh.
Namun Kesimpulannya, Apa Yang Saya Dapati Adalah Kehidupan Melayu Hari Ini Adalah Lebih Baik Pegangannya Terhadap Agama Islam Tidak Kira Di Bandar Mahupun Di Kampung. Berbanding Pada Zaman Awal Pasca Merdeka. Dimana Untuk Kita Berevolusi Dari Budaya & Pengaruh Penjajah British Kembali Kepada Ajaran Islam Sepenuhnya.
Anda Boleh Paham Tidak Apa Yang Saya Cuba Sampaikan? Biasalah Masa Zaman Sekolah Rendah Saya Dahulu Apabila Melihat Gambar² Ibu Saya Sewaktu Muda² Dahulu Memang Pelik. Dengan Hanya Berskirt Pendek Dan Tidak Bertudung Sewaktu Berada Di Sekolah. Bukan Sahaja Ibu, Tetapi Ramai Wanita Lain Sebegitu. Mengapa Sampai Begitu Sekali Saya Berfikir. Berbanding Dengan Zaman Saya Bersekolah Rendah Semua Pelajar Perempuan Semuanya Bertudung & Berkain Litup. Anda Pernah Mengalami Situasi Seperti Saya?
Maka Akhir Kata Dari Saya Iaitu Sedikit Teori Yang Saya Boleh Keluarkan Adalah, Saudara Musnaz Membezakan Antara Masyarakat Melayu Hari Ini Kurang ‘Islam’ Berbanding Dengan Masyarakat Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kerana Saya Berpendapat, Kita Sedang Pulih Daripada Kesan Penjajah. Lama Betul Da!
Ada Satu Soalan Bonus Dari Saya.. Anda Lebih Suka Hidup Pada Zaman Kesultanan Yang Mana Raja Berkuasa Mutlak Atau Anda Lebih Suka Hidup Pada Zaman Rakyat Bebas Memilih Pemimpin Ini? Kalau Raja Buat Silap Rakyat Tidak Akan Berani Melawan. Tapi Kalau Pemimpin Sekarang Buat Silap, See You In Court! Ataupun Boleh Bagi Tekanan Kat Pemimpin Supaya Letak Jawatan. FAM Contohnya..
Mana Satu? :D=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Melayu Mudah Lupa
- Kita Yang Terlupa Sejarah : Gerakan Islah Di Tanah Melayu
- 1957 Hati Malaya
- Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- Melayu
- BABI : Antara Politik Dan Sensitiviti Masyarakat
- BOOM!! Negaraku Malaysia..









Hummm saya sertuju…
Teringat akhbar utusan malaysia di awal 80an. Gambar biduanita negara memakai baju renang, dan menampakkan peha gebu sebagai gambar untuk tajuk utama… hummm…
Dulu, al-Jawaher, bernasyid tapi kain tudung keluar jambul.
Dulu, perempuan pakai skirt paras atas lutut.
Dulu, masa PJ perempuan pakai t shirt, dengan seluar pendek ragbi…
Kini kan lebih manis…. Walaupun masih ada kelatnya…
Ya.. Dulu Ade Pertandingan Ratu Cantik Yang Orang Melayu Rata² Selambe Bertanding. Kini Sudah Tiada. Hmm..
Qaiyum: Anda Lebih Suka Hidup Pada Zaman Kesultanan Yang Mana Raja Berkuasa Mutlak Atau Anda Lebih Suka Hidup Pada Zaman Rakyat Bebas Memilih Pemimpin Ini?
Mazuwan: Saya lebih suka kita hidup dibawah zaman kesultanan berkuasa mutlak. Sejarah pernah membuktikan bangsa dan negara kita mudah “diurus”!
aku rasa persekitaran laa yg mencorakkan segalanya…
Yang menjadi masalahnya apabila orang menilai tahap ‘keislaman’ pada hal-hal yang zahir (material), misalnya pakaian, jumlah masjid, jumlah perkataan islam pada kata nama, halal-haram, atau kebanyakan yang berkaitan syariat semata-mata.
ehem, ehem…. assalamualaikum en. Qaiyum dan rakan-rakan… he he…. tak sangka sungguh den dongan ayat den yang hanyo ompat patah nun, dapek di kupas dan dikuliti oleh saudara Qaiyum dongan lobih berjuta patah perkataan (tersembunyi dan tersirat)….. respek bro!
Time saya tulis ayat tu, niat dihati adalah lebih kepada ‘memperli’ bukan nak bandingkan dengan melayu di mana-mana era…. dihati, saya memperli sebahagian pemimpin melayu islam yang memelikkan saya di mana, kata pemimpin islam, ada latar belakang macam ustaz, tapi wife nye, tak bertudung pulak, so jadi lah seperti “bapak koncing berdiri, anak koncing berjogging”. Ni lebih kepada aspek kepimpinan melalui tauladan lah ni….
Lepas tu pergi pulak kepada betapa ‘Islam’nya sesebuah institusi keluarga… iaitu, asas kepada masyarakat lalu tunjang kepada negara. Kalau keluarga kurang amal cara hidup islam, bermakna, sesebuah keluarga itu akan lebih amal cara hidup kapir! Same goes with pepatah melayu yang ‘koncing’ tuh… Kebanyakannya, dari segi zahir, anak akan lebih baik dari parents dari aspek kerjaya, tetapi dari segi batin (kekuatan iman dan input agama), anak lebih hampeh dari parents. Mana taknya, Parents belajar agama dari A sampai M, pastu ajar anak hanya dari A sampai K, pastu yang masuk kepala anak, hanya dari A sampai C jek…. adeh!
tu je lah, apa yang saya rasa melalui pemerhatian saya yang kurang ilmu dan tak berapa global nih…. rasa-rasa jek,.. hu hu
tapi say apun setuju gak dengan
* musnaz Says:
November 2nd, 2007 at 3:11 pm
melayu sekarang kurang ‘islam’…
kalau kita tengok, dari segi keilmuan pun, siapa yang menguasai ilmu yang pernah dipegang teguh dan erat oleh sarjana islam? kalau dulu, atas seorang insan yang berpegang teguh dengan Islam, segala ilmu dia ada, dari perubatan, astronomi sampaila ke matematik. Melayu sekarang, kita lebih senang menerima ilmu dan menerima segala ciptaan yang rata-rata dari orang berkult putih. Pada hal asalnya semua ilmu tu milik orang Islam. Islam itu agama, bila agama kita kuat, islam akan kuat dan melayu akan kuat. Bila orang melayu yang beragama islam kuat, kuat denga ilmu, penyelidikan dan penciptaan, maka kita akan gah di mata dunia. Masa tu la Melayu sekarang memang melayu islam sejati…
-hanya sekadar pendapat-saya kaitkan dengan melayu, ilmu dan islam
Terima Kasih Kepada Komen² Kalian Yang Bernas² Itu. Amatlah Saya Menghargainya. Cuma Apa Yang Boleh Saya Simpulkan Adalah Kita Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini Juga Jalankanlah Kewajipan Bagi Meneruskan Agenda Perjuangan Islam. Bukan Hanya Pemimpin Khalifah. Rakyatnya Juga Haruslah Bertindak Sebagai Khalifah. Jika Ada Kemungkaran Yang Berlaku Dijalanan Perbetulkanlah, Jika Tampak Ada Kelompongan Dalam Masyarakat Terhadap Ilmu Agama, Tampalkanlah. Jika Ada Blog Yang Sosial, Kita Tulislah Blog Berunsurkan Keilmuan. :D=
Tapi Masalahnya Beranikah Anda Memberi Tazkirah Kepada Mereka Yang Sedang Berpeluk²an Di Pusat Beli Belah Yang Memang Dipastikan Bukan Muhrim? Sanggupkah Anda Melempang Anda Muda Belasan Tahun Yang Sedang Membuka Laman Web Lucah Di Cyber Cafe Awam? Apepun Jika Pihak Berkuasa Tempatan Tak Buat. Biarlah Kita Yang Buat.
Jadi kita nak salahkan sapa? Adakah perlu salahkan Agama. Bangsa, Ilmu, atau sebagainya..Adakah ini kelemahan orang yang beragama? Adakah Ilmu yang diterima itu perlu disalahkan? Kenapa orang yang beragama islam yang berstatus Melayu itu dikatakan lemah? Adakah pemakaian dahulu salah atau memang betul dan adakah pemakaian sekarang ini betul atau salah?…
Setiap perubahan itu berlaku dalam setiap zaman. Setiap zaman akan berlaku perubahan..Itu telah dinyatakan..”didiklah anak kamu mengikut zamannya”..Setiap generasi ada zamannya…
Pada zaman dahulu memang rakyat bergantung sepenuhnya kepada Kesultanan untuk menjaga keamanan dan juga setiap pekara yang berlaku malah termasuklah agama. Penduduk dahulu memang mengikuti setiap pergerakan dan penghormatan yang tinggi kepada Sultan. Bagi mereka sultan adalah pengaruh yang paling besar dalam hidup mereka. Mereka beranggapan bahawa setiap perubahan yang dibawa oleh sultan akan menjadikan mereka lebih baik. Malah penerimaan terhadap agama pun begitu jugak. Tetapi masa kemasukkan agama Islam ke Tanah Melayu tidak berlaku revolusi secara besar-besaran malahan berlaku secara perlahan-lahan tetapi masih laju..Itu pun berlaku pada sesuatu kesultanan..Agama mula bertapak dari Melaka dan berkembang keseluruh Tanah Melayu…Itulah dikatakan pola perkembangan agama Islam..