Melayu Mudah Lupa
Nov 1st, 2007 oleh Qaiyum
Selalu Kita Mendengar Malah Melaung²kan Ungkapan Ini. Semuanya Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad Mendeklamasikan Sajak Beliau Itu Pada Tahun 2001. Namun Apakah Sebenarnya Yang Kita Lupa? Benarkan Kita Lupa? Ataupun Sebenarnya Kita Buat² Tak Tahu. Atau Sememangnya Tak Tahu Menahu. Apakah Yang Cuba Disampaikan Oleh Tun? Apakah Yang Dikecewakan Beliau? Jawapannya Ada Di Tangan Anda. Samada Anda Lupa Atau Tidak. Atau Kita Hanya Tahu Melaungkan “Melayu Mudah Lupa!”. Dan Selepas Itu Ketawa Berdekah-dekah Tanda Seronok Merendahkan Martabat Bangsa Sendiri. Tanpa Menilai Apa Sebenarnya Yang Kita Mudah Lupakan.
Melayu Mudah Lupa
Oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada Bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai…
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Melayu, Sejarah & Islam
- Ladang..
- Dasar Ekonomi Baru (DEB)
- Peruncit Melayu
- Resolusi Kongres Permuafakatan Melayu
- Minda Era Baru..
- Melayu









kadang2 melayu bukannya mudah lupa, tp sengaja buat2 lupa…
Pantun ini menyatakan bahawa Orang Melayu sebenarnya terlalu leka terhadap kemajuan dan kesenangan yang mereka dapati tanpa melihat disebalik kesenangan itu akan menjadikan Orang Melayu itu lupa akan perjuangan Bangsanya dan sejarahnya Orang Melayu….
Saya setuju dengan mrozaidi. Bila dah mula meniti ke puncak, mulalah yang dibawah tidak dipandang lagi. Yang pedih tidak dihiraukan lagi. Jadi, dalam keadaan yang selesa itu, kita akan hilang motivasi untuk ke puncak. Nak dapatkan motivasi? Ingatkan sejrah dulu, hakikat kita dulu, dan jangan mudah lupa lagi…
Hmm.. Memang Begitulah Manusia. Petapa Perit Getirnya Orang² Dahulu Berjuang Dan Berkorban, Demi Melihat Generasi Akan Datang Mendapat Kehidupan Yang Lebih Baik Berbanding Kehidupan Terdahulu. Tapi Apabila Semuanya Dikecapi, Melayu Lalai. Lalai Bakal Menyebabkan Kita Akan Kembali Kepada Sedia Kala. Akibat Tidak Menghargai Pengorbanan Generasi Terdahulu..
bila lalai..maka generasi akan dtg pula baru terasa keperitannya..dan mereka kembali berjuang menuntut hak..lepas tu generasi sterusnya lalai..dan berjuang dan lalai berjuang dan lalai berjuang..eh smpai bila daaaa
melayu sekarang kurang ‘islam’…
[…] Terkini musnaz on Melayu Mudah Lupacatzer on Malaysian Idol-KuQaiyum on 1957 Hati MalayaMazuwanMurad on 1957 Hati MalayaAnonymous on […]
Oleh itu, kita yang sedar perlulah bersama-sama menyemai kembali semangat melayu dalam diri bangsa kita, khususnya bahasa melayu itu sendiri. Tidakkah Bahasa Melayu itu merupakan maruah dan lambang kita di bumi? Jika hilang martabat bahasa tersebut di bumi ini, di mana martabat dan maruah kita? Sekarang, pelbagai isu timbul berkaitan dengan bahasa termasuklah bahasa rojak, bahasa sistem pesanan ringkas dan penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi dalam hampir semua mesyuarat-mesyuarat rasmi,media masa dan sebagainya. Marilah kita bangunkan semula Semangat Melayu dalam diri. Sekian.
melayu ni kalau rajin berusaha, pasti akan bersekedudukan dengan bangsa lain di M’sia…cuba tengak bangsa cina, mereka tak dapat bantuan drpd kerajaan dalam DEB,tapi mereka berjaya juga atas usaha mereka sendiri….orang melayu dah biasa dapat apa2 jenis bantuan drpd kerajaan,itu sebab hari makin hari dah jadi malas berusaha,makin hari makin mundur….itu la…boleh jalan baik2, tapi masih nak guna “tongkat” yg disediakan oleh kerajaan….di sini bukannya nak sengaja sindir kan melayu, tapi ini reality…kalau tak berusaha mulai saat ini, entah akan jadi apa pula masa depan..waktu itu, jangan salah kan kerajaan dan juga jangan salah kan bangsa lain yg mengatakan yg mereka itu la yg merampas hak2 melayu…..berusaha la……sekian TK