Malaysian Idol-Ku
Oct 28th, 2007 oleh Qaiyum

Untuk Edisi Hujung Minggu Ini Akan Saya Sentuh Sedikit Berkenaan Dengan Hal Keluarga. Hmm.. Jarang Sekali Rupanya Saya Mengenengahkan Soal Keluarga Di Dalam Blog Ini. Hanya Pada Entri Inilah Kategori Keluarga Baru Diwujudkan.
Pada Entri Hari Raya Lepas Ada Saya Memberikan Sedikit Ucapan Hari Raya Kepada Salah Seorang Bapa Saudaraku. Yang Kini Berada Nun Jauh Di Perantauan. Bukan Sebagai Askar Yang Menjaga Sempadan. Tetapi Boleh Dikatakan Sebagai Salah Seorang Pemimpin Negara Yang Kini Menjawat Sebagai Duta Besar Malaysia Ke Venezuela. Gambar Di Atas Menunjukkan Beliau Bersama Dengan Presiden Republik Venezuela, Hugo Chavez Setelah Selesai Majlis Angkat Sumpah Bagi Memulakan Tugas Sebagai Duta Di Sana.
Ramlan Kimin Nama Diberi. Walaupun Nampak Sangat Bunyi Jawa, Namun Inilah Kemampuan Seorang Anak Berdarah Jawa. Kini Mampu Berdiri Sama Gah Dengan Presiden Venezuela. Eh! Terlebih Bangga Diri Pulak.. Setelah Beberapa Hari Entri Hari Raya Itu Berada Di Pasaran, Saya Didatangi Sebuah E-mel Datangnya Daripada Malaysian Idol-Ku Itu Yang Berbunyi :
Ramlan Kimin wrote:
Nice Blog. Keep it up. Your uncle in Venezuela is doing just fine and enjoying himself there as an Ambassador. He always hopes that he would inspire you to study hard and to be a good son to your parents and a good nephew to him, so as you too would be just like him one day - an Ambassador of Malaysia to foreign countries. Always remember, life is a journey and not a package tour. Life is also too short to be wasted. So why not make full use of it with good and beneficial things.From Ramlan Kimin, Caracas, Venezuela.
Eh! Persoalan Pun Hadir Dalam Kepala. Bagaimana Uncle Saya Seorang Ini Tiba² Boleh Mengetahui Pasal Blog Qaiyum.Net Ini. Jangankan Kata Pakcik. Mak, Ayah, Abang Pun Tak Pernah Tahu. Hanya Ada Satu Kebarangkalian Yang Pasti. Malaysian Idol-Ku Ini Telah Menaipkan Nama Beliau Sendiri, “Ramlan Kimin” Pada Enjin Carian Samada Google Mahupun Yahoo!. Saya Telah Menjalankan Ujikaji Pada Enjin Carian Google. Maka Hasilnya Apabila Kata Kunci “Ramlan Kimin” Ditaipkan, Muncullah Blog Qaiyum.Net Ini Pada Page Yang Ke-3. [ I Love Google. Muahhxx!! ]
Apepun Terima Kasih Kepada Beliau Kerana Sudi Melawat Blog Yang Tidak Seberapa Ini. Nasihat & Dorongan Dari E-mel Itu Sangat²lah Bererti Bagi Diri Ini Yang Sedang Cuba Untuk Melangkah Mendaki Bukit Nan Tinggi. Kejayaan Uncle Adalah Sumber Inspirasiku Dalam Menempuh Cabaran Hidup Serba ‘Ganas’ Ini. Kata² Dari Uncle Sangat Bermakna.
Izinkan Saya Menceritakan Serba Sedikit Mengenai Malaysian Idol-Ku Ini. Boleh Ya Uncle? :D=
Klik Untuk Teruskan Bacaan >>>
Bermula Sebagai Seorang Anak Kampung. Tidak Perlu Diceritakan. Paham² Anda Sahajalah Bagaimana Seorang Anak Kampung Di Daerah Kajang Membesar Bersama² 9 Orang Adik Beradik Lain. Hinggalah Beliau Melanjutkan Pelajaran Ke USM. Dengar Cerita Masa Kat USM Uncle Ada 1 Motor Honda Cup Agaknya. Motor Tu Unik Dia Sampai Dah Off Pun Tapi Enjin Tak Mati² Lagi. Pandai²la Dia Berhenti Sendiri Sok Pagi. IshIsh.. Sampai Camtu Sekali. Berbeza Dengan Mahasiswa Sekarang Ni. Eh! Cam Terase Lak Den..
Maka Tamat Belajar Beliau Telah Ditugaskan Sebagai Guru Di Sabah Nun Di Pedalaman Sabah Sana. Nah! Tidak Tahan Dengan ‘Dugaan’. Seminggu Bertugas Beliau Cabut Lari Dan Kemudian Memulakan Kerjaya Di Wisma Putra. Dengan Bermula Dari Bawah Beliau Kemudiannya Telah Menjelajah Ke Negara² Sana. Pernah Bertugas Di Kedutaan Malaysia Di Perancis, Turki, Jepun Dan Kini Venezuela. Wah! Seronoknya Menjelajah. Walaupun Saya Telah Meringkaskan Jalan Cerita Kisah Perjalanan Hidup Beliau. Ini Tidak Bermakna Ia Berlalu Sepantas Dan Semudah Itu. Betul Tak Uncle? :D= Hanya Ilmu Di Dada & Usaha Mendaki Ke Puncak Penentu Kejayaan Kita.
Semoga Entri Kali Ini Dapat Menyuntik Sedikit Motivasi Ke Dalam Diri Pengunjung. Dan Kepada Uncle Selaku Malaysian Idol-Ku, Teruskan Membawa Nama Malaysia Ke Mana² Sahaja Pelusuk Negara. InsyaAllah, Pewaris² Di Bawah Uncle Ini Akan Berusaha Mendaki Untuk Mencapai Gunung Yang Sama Yang Uncle Dah Tawan…











wahh… hebat sebenarnye uncle ko nih… ako pon cam rase bangga gak… =)
ellop bro… aku dah link blog ko… sorry lmbat skit…
Hohoohohoho, hebat sehhhh… Namun, daku tidaklah mahu berada dekat dengan politik. Biarlah, mendidik anak bangsa menjadi insan berguna…
bangsa yang tidak terkenal bukan bermakna tidak ada peluang untuk menonjol
setakat time nie, carian “Ramlan Kimin” berada pade no 1 page 2 dlm carian Google.
tahniah uncle koyum.
Ya.. Memang Tepat Skali. Cuma Pada Page Yang Ke-3 Baru Ada Keputusan Carian Yang Link Ke Blog Ini.
wah, wong jowo wes tekan mareng vanenzuela? syabas! he he… syok lah, uncle bagi komen kat blog kita… lain macam la pulak perasaannya, hu hu….
Ni uncle ko yang mana..yang penah jadi duta kat jepun tu ke..
musnaz : Hehe.. Takpe. Leh Buat Sumber Inspirasi. Walaupun Rase Laen Macam
mrozaidi : Yela. Dia La.
Ooo..dio ka..hehe..
oo..dasyat..bangga nyer aku..hehehe…oit musnaz, kejadahnya ko ckp apa tu..tak fhm aku??