Ribut Petir Semenanjung
Oct 16th, 2007 oleh Qaiyum

Sudah Banyak Kolestrol Dalam Badan Aku. Anda Bagaimana? Walaupun Setiap Inci Badanku Kelihatan Kurang Lemak, Namun Tidak Bermakna Nafsu Makan Tidak Sama Dengan Pesakit Diabetes Lain Mahupun Yang Bakal Menjadi Pesakit Penyakit Tersebut. Agak Pedas Bukan Pernyataan Tersebut. Oleh Itu Marilah Kita Sama² Mengamalkan Gaya Hidup Sihat Selepas Ini. Senaman Sekurang²nya 30 Minit Sehari, 3 Kali Seminggu. Sahutlah Seruan Kementerian Kesihatan.
Misi Raya Telah Saya Kemukakan Pada Entri Yang Lepas. Bagaimana Dengan Hari Raya Anda? Dipengaruhi Oleh Ribut Petir Di Seluruh Semenanjung Malaysia? Hukum Alam Tidak Boleh Kita Lari. Namun Lemang Dan Nasi Impit Tidak Akan Boleh Bersembunyi Lama. Oh! Lontong. Misi Beraya Telah Lengkap Meliputi Seluruh Daerah Raub Dan Juga Bilut ( Felda Pertama Di Bumi Malaysia ) Bagi Negeri Pahang. Telah Kembali Ke Kampung Halaman Di Kajang Kemudiannya Untuk Merayakan Bersama Sanak Saudara Hinggalah Meliputi Seluruh Kawasan Lembah Klang. Diteruskan Pula Hingga Ke Separuh Utara Iaitu Di Taiping & Matang, Perak. Majlis Pertunangan Sepupu Telah Selamat Dijalankan Di Sana. Selamat Bertunang Diucapkan Kepada Beliau. Hantaran + Mas Kahwin RM10,001.00 ? Huhu. Patutlah Ramai Rakyat Tidak Mahu Kahwin.
Rakan² Di Rumah Sewa Telah Kembali Bagi Memulakan Tugas Di Pejabat. Haha. Mujur Saya Bukan Tergolong Lagi Dalam Golongan Mereka Yang Berkarier. Maka Misi Memburu Juadah Hari Raya Tetap Diteruskan. Maka Beberapa Rancangan Rapi Telah Disusun. Jadual Hujung Minggu Ini Akan Diisi Dengan Pelancaran Misi Beraya Ke Banting & Sabak Bernam. Family² Angkat Sedang Menantikan Kunjungan Kami Pelajar & Bekas Pelajar UKM Di Kampung Sungai Haji Dorani. Tahu? Sana Ada Sawah Padi. Ah! Rindu Masakan Ibu Angkat Di Sana.
Maka Masa² Yang Lain Akan Diisi Dengan Berkejar Ke Sana-Sini Mencari Rumah Terbuka. Hubungi Saya Jika Anda Kekurangan Pengunjung. Saya Dan Juga Batalion Saya Sudi Kiranya Untuk Menjadi Tukang Mengelakkan Pembaziran Makanan. InsyaAllah.
Selamat Hari Raya Sekali Lagi & Selamat Berpuasa 6.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Merantau Jauh
- Posto Dari Teratak Nurani Dan Google Adsense
- Secuit Rasa Dari Pantai Port Dickson
- Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
- Kisah 3 Sahabat Karib Di Arena W.P. Labuan
- Hari-Hari Yang Penat Jugak La Rasa..
- Qaiyum Di Majalah Remaja











Semoga kolestrol yang berkumpul dalam badan anda dapat dilupuskan sedikit demi sedikit…
AMIN>.
Amin.. Tapi Kang Kurus Sangat Pulak.
Tips kesihatan : untuk menghapuskan kolestrol yg diperoleh dgn memakan sekeping roti canai, kita perlu berjogging sekurang2 nya 5 kilometer…
haaa… kalo mkn roti canai kt open house.. pepaham je lah…
Owhhh belah Raub…. Jauh nampaknya berjalan beraya. Saya juga yang serabut dengan kajian. Nguahahah
balik dari beraya kene hati-hati nih
berhati-2