Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Oct 10th, 2007 oleh Qaiyum
Maaf Entri Ini Tiada Gambar. Kerana Tidak Perlu Gambar Rasanya Untuk Menceriakan Hari Bahagia Yang Bakal Menjelang Tidak Lama Lagi. Kerana Sudah Tersorot Sendiri Sejauh Mana Hari Ini Bakal Diraikan. Dengan Penuh Warna Warni Baju Baru. Kuih Muih Yang Colourful, Rumah Yang Bercat Baru. Keseronokan Kembali Terasa. Adrenalin Yang Memuncak Untuk Meraikan Hari Itu. Hmmm…
Malam Ini Selepas Waktu Berbuka Saya Akan Pulang Ke Kampung Sebelah Ayahanda Saya. Hanya Dikampung Itulah Nikmat Berhari Raya Dirasakan Sepenuhnya. Dengan Suasana Benar² Kampung. Bunyi Kokokkan Ayam & Kabus Pagi. Itulah Suasana Tenang, Aman & Damai. Namun Pada Hari Raya Yang Pertama Nanti Saya Akan Kembali Ke Kampung Sebelah Mother Merangkap Kampung Kelahiran Saya Juga. Kajang. Suasana Di Sana Tidaklah Senyaman Kampung Di Pahang. Namun Kehadiran Saudara-Mara Yang Ramai Dari Segenap Pelusuk Semenanjung Malaysia Bakal Memeriahkan Suasana. Oh! Family Reunion Namanya Bukan.Hanya Waktu Itulah Kerinduan Terhadap Mereka Boleh Dihilangkan. Bahagia Rasanya Melihat Keluarga Yang Besar Lagi Harmoni. Bergotong-Royong Menyiapkan Juadah Hari Raya. Saya Tolongke??
Hmm.. Teringat Pula Akan Seorang Pakcik Saya. Yang Kini Berada Jauh Di Perantauan. Sedang Menjawat Jawatan Duta Malaysia Ke Venezuela. Ramlan Kimin Nama Diberi. Tidak Dapat Pulang Katanya. Jika Ada Diantara Rakyat Malaysia Yang Senasib Dengan Beliau Di Sana, Selamat Menjalankan Tugas Seadanya. Kepada Uncle & Seluruh Rakyat Malaysia Yang Berada Di Perantauan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Diucapkan Kepada Semua :*=
Bagaimana Anda? Meraikan Hari Kejayaan Umat Islam Ini? Sudah Membeli-belah Dan Ganti Setiap Isi Rumah Dan Isi Almari Pakaian? Pelik Buat Saya. Tahun Ini Tidak Ada Satupun Pakaian Yang Digelar Baju Raya Atau Kasut Raya. Hahaha! Saya Tidak Perlu Semua Itu. Kerana Yang Penting Adalah Pengisian Hari Raya Itu Diisi Dengan Nilai² Kemanusiaan Yang Tinggi. Merapatkan Silaturrahim Dan Sebagainya. Bukankah Begitu?
Pelik Juga. Apabila Muhasabah Kembali Kenapa Kita Perlu Ada Istilah Pakaian Raya, Sofa Raya, Langsir Raya & Sebagainya. Mungkin Konsep Meraikan Dengan Meriah Telah Bersemadi Di Kalangan Kita Rakyat Malaysia. Apabila Ada Kunjung-Mengunjung, Maka Perlulah Memperlihatkan Perabot² Dan Permaidani Yang Indah². Demi Untuk Melayan Tetamu. Hanya Sebab Itu Bukan? Yang Lain Itu Pada Saya Hanya Lebih Pada Nafsu Sendiri & Bermegah² Semata². Ingatlah Mereka Yang ‘Setahun (Bukan Sebulan) Berpuasa’ Di Daerah Tinggi Statistik Kebuluran Sana, Di Komuniti² Islam Di Luar Sana Yang Tidak Berkemampuan. Tidaklah Mereka Meraikan Aidilfitri Ini Dengan Bermegah². Cukup Dengan Apa Yang Ada.
Oleh Itu Wahai Saudara Mara Saya Sekalian. Saya Tiada Baju Raya Tahun Ni. Hahaha… Lepas Raya Saya Baru Akan Beli. Comel Tak Saya?
Akhir Kata,
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. MOHON MAAF ZAHIR & BATIN ATAS SEGALA KESILAPAN DAN KEKURANGAN DIRI INI.
Wassalam.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]











Selamat Hari Raya Aidlfitri..
Maaf Zahir & Batin… =)
Huh kat Pahang? Area mana?
Pose 6, Pose 6, Pose 6, Pose 6
Cuba Lah
Lau Bran La
Raya…Raya Jugak..Tesis Kena Siap…Cepat Siap Kan..Pas Siapo ,,,, Kita Tgk Wayang Puas-Puas…….Anda Bran?
tak terlambat nk wish selamat hari raye…