Joost - Tonton TV Online Percuma
Oct 9th, 2007 oleh Qaiyum

Pernah Dengar Joost ? Jika Belum Sila Baca Ulasan Percuma Saya Ini. Terjumpa Paparan Iklan Jemputan Joost Beta Tester Di Lowyat.Net Lalu Kesannya Terhasilah Review Ini. Maka Teringat Juga Saya Mengenai Kekecewaan Rakan Saya MohdIsmail Dalam Percubaan Beliau Untuk Menguji Teknologi Yang Berkemampuan Untuk Memecat YouTube.
Saya Sungguh Suka Hati Pagi Ini Kerana Tidak Seperti MohdIsmail Yang Terpaksa Menunggu Hampir Setengah Jam Di Cybercafe, Saya Hanya Mengambil Masa 3 Minit Untuk Muat Turun Perisian Joost Yang Bersaiz 10.1 MB. Terima Kasih Kepada Maxis Wireless Broadband Kerana Berjaya Menunjukkan Prestasi Mulia Ini Pada Waktu Pagi Sahaja. Kenapa Tidak Petang & Malam?
Namun Apakah Itu Joost? Sebuah Perisian Yang Membolehkan Anda Menonton Ribuan Koleksi TV & Ratusan Channel Yang Bertambah Setiap Hari. Apa Yang Anda Perlukan Hanyalah Koneksi Internet Broadband dan Semestinya Komputer Yang Membolehkan Anda Melakukan Multitasking.

Seperti Yang Dipaparkan, Anda Boleh Memilih Siaran Apa Yang Ingin Ditonton. Pilihlah Samada Komedi, Animasi, Siaran Berita, Drama, Dokumentari, Muzik, Sukan & Lain². Seperti Astro? Tidak Sepopular Itu & Semenarik Itu. Namun Yang Membezakan Mereka Adalah Censorship. Huhu. Pastikan Adik² Anda Yang Di Bawah Umur Itu Tidak Mudah Mengakses Komputer Anda.

Maka Untuk Cubaan Pertama, Saya Telah Mengketik Ke Siaran Kartun Animasi - Happy Tree Friends. Kartun Dengan Watak Comel Dan Kiut Telah Dieksploitasi Menjadi Jalan Cerita Ganas Lagi Kejam. Popular Sewaktu Saya Berada Di Bangku Kolej Matrikulasi. Mereka² Yang Terjebak Menonton Klip Video Ini Waktu Itu Sanggup Menggunakan Komputer Milik Perpustakaan Dan Blok Kediaman Demi Untuk Mendapat Kepuasan Ketawa Beramai². Namun Ini Adalah Hanya 1 Siri Yang Terdapat Dalam Koleksi TV Joost Ini. Pandai² Andalah Untuk Menentukan Siaran Apa Yang Ingin Ditonton.

Sambil Nonton (Bunyi Indon Sket..) Juga Anda Boleh Membaca RSS Feeds, Chatting Bersama Komuniti, Buat Blog & Lain²nya. Yah! Apalagi. Jika Bosan² Dirumah, Maka Rajinkanlah Jari Jemari Dan Pergelangan Tangan Anda Untuk Muat Turun Perisian Ini, Install, Daftar Akaun ( Tak Lama Pun ), Dan Nikmatilah Siaran² Televisyen Sehingga Mata Lebam.
p/s : 5 Bintang Diberikan Untuk Teknologi Ini
:D=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Download Drama Bersiri English Popular
- Minda Era Baru..
- Qaiyum Di Konti
- Cubaan Menukar Theme Gagal..
- Penghijrahan & Kisah Disebalik Yang Misteri
- Masih Ada Harapan
- Memori Langkawi …











Nak Tgk Jugak..Aku Pun Nak Pakai Wireless Broadband Jugak…
best gak si joost ni kan? tapi yang lagi menarik perhatian saya ialah ko pakai wifi broadband tuh! giler jeles!
citer sket, apa pekej broadband tuh! leh tak? tq
Hoho.. Aku Ader Tulis Dah Dulu Pasal Pakej Tu. Tapi Kat Blog Lain. Takpela. Nanti Aku Masukkan Entri Lain Pasal Broadband Nih.. Sabo.. Huhu..