Siang Hari Kurus, Malam Hari Gemok..
Oct 5th, 2007 oleh Qaiyum

Biarlah Entri Kali Ini Meliurkan Mereka Yang Sedang Berpuasa. Saya Uji Mental Anda, Bagaimana? Gambar Di Atas Adalah Hasil Daripada Majlis Tidak-Formal-Langsung Beberapa Hari Lepas. Rakanku Yang Sudah Berkonvo Maka Sudah Juga Bekerja Maka Hasilnya Adalah Jamuan Kepada Rakan² Lain Yang Belum Boleh Bergaji Lagi. Bukanlah Bermaksud Hendak Menunjuk² Mahupun Meninggi Diri. Tapi Lebih Bermakna Gaji Yang Pertama Itu Diraikan Bersama² Rakan Seperjuangan Ketika Di Kampus. Terutama Belanja Makan Rakan² Daripada Batch Sendiri. Maka Nasihat Saya Selepas Ini Kepada Rakan² Di Luar Sana Yang Sudah Bekerjaya. Janganlah Lupakan Rakan Di Kampus Ini. Huhu..
Terima Kasih Kepada Saudari Herda Suzana Kerana Telah Belanja Sate Dan Santapan Malam Itu. Lepas Ini Pizza Pula.
#Perasankah Anda Lidi Sate Dan Juga Nasi Impit Pada Gambar Di Atas??

Nah! Majlis Yang Agak Tinggi Formalitinya. Sekali Sekala Duduk Di Meja VIP Apa Salahnya. Inilah Keadaan Mantan² MPP Yang Masih Lagi Mahu Gila Kuasa. Walaupun Tempoh Pentadbiran Telah Tamat. Tapi Masih Lagi Berupaya Untuk Menguasai Meja VIP. Tapi Memang Ini Sebenarnya Majlis Terakhir Anjuran Mantan PMUKM. Berbuka Puasa Bersama ‘Rakyat Jelata’. Terima Kasih Kepada Rakan² Seperjuangan Sekalian Di Atas Pengorbanan Anda Semua Sewaktu ‘Di Atas’. Semoga Kita Dapat Kembali ‘Ke Bawah’ Dan Menjadi Pemerhati Mahupun Caretaker Yang Berjaya Pula Selepas Ini :D= . Selamat Meneruskan Perjuangan Dalam Akademik Pula. Dan Kepada Barisan Kepimpinan MPP UKM Yang Telah Menang Besar Pada Sesi Pemilihan Lalu, Selamat Menjalankan Tugas Dengan Saksamanya. Teruskanlah Kesinambungan Perjuangan Kami. Semoga Beroleh Rahmat Dari Allah S.W.T.

Semalam Sempat Pula Bersama Adik² Junior Ke Masjid Shah Alam. Untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor. Ramai. Sungguh Ramai Rakyat Jelata Hadir. Tapi Nampaknya Kami Dari UKM Menguasai 2 Baris Meja Yang Dikhaskan Untuk IPTA/IPTS. Di Mana IPT Lain? Jangan Tanya. Memang Tak Tahu.
Antara Yang Diraikan Pada Majlis Ini Adalah Golongan Kurang Upaya, Anak Yatim, Janda Dan Balu², Golongan Fakir Miskin Dan Mereka² Yang Tergolong Dalam Golongan Kurang Berkemampuan. Sumbangan Telah Diberikan Oleh Sultan Selangor Kepada Mereka. Semoga Sama² Beroleh Pahala Amal Jariah. Ayuh! Golongan Bangsawan Dan Korporat Di Luar Sana. Turun Padang Bantu Mereka. Perbanyakkan Amal Jariah. Jangan Makan Rasuah.
Itu Saja (Haha! Bukan Mencuri Trademark Bro Beck. Jangan Mara)
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












alhamdulillah, moga org yg blanje tu akan dimurahkan rezeki..aku first gaji dulu open table blanje family aku..rase puas ati sangat sampai skrang terasa lagik,huhu…terharu je..
waa.. gambo kek sempena besday ako n lagi 3 kengkawan tuh..
semoga herda @ che lem dimurahkan rezeki sentiasa kerana membelanja kami.. =)
Huhuhu, sempat terawih tak ni? Hummmm banyak tul database error
Yeke Banyak Error? Maybe Masa Load Die Prob Kot.. Uh!
selamat berbuka bro..