Durian Runtuh Duit Raya Hanya Di Qaiyum.Net
Oct 3rd, 2007 oleh Qaiyum

Assalamualaikum & Selamat Berpuasa Kepada Rakan Sekalian.
Buat Julung² Kalinya Ingin Saya Menyatakan Setinggi² Penghargaan Saya Kepada Sekalian Manusia Yang Telah Memberikan Sokongan Secara Langsung Mahupun Tidak Langsung Kepada Blog Kecil Saya Ini. Tanpa Anda Siapalah Qaiyum. Maka Dengan Ini Ingin Saya Memberikan Sedikit Bonus @ Duit Raya Kepada Mereka Yang Bertuah.
Caranya Mudah. Sempena Dengan Bulan Puasa, Rata² Kita Hanya Duduk Menghadap Komputer Sambil Menunggu Waktu Berbuka. Sudilah Kiranya Anda Merekabentuk Kad Raya Beserta Ucapan² Aidilfitri Di Dalam Bentuk Digital. Buatlah Sekreatif Mungkin Agar Dapat Menarik Hati Ahli Panel Pemilihan Yang Saya Lantik Yang Terdiri Daripada Pakar Forensik, Juruhias Dalaman, Makcik Salamah Selaku Tauke Kuih Raya Sungai Ramal Luar, Kajang & Juga Pengunjung Blog Ini Yang Memberikan Komen Bernas Yang Boleh Mempengaruhi Ahli Panel Dalam Membuat Keputusan.
Syaratnya Sangatlah Mudah :
Terbuka Kepada Seluruh Rakyat Malaysia Yang Bakal Meraikan Aidilfitri.
Design Kad Raya (Aidilfitri. Bukan Deepavali) Mestilah Bersaiz Tidak Lebih 400 x 400 piksel.
Boleh Guna Apa² Perisian Samada Microsoft Paint Mahupun Maya 3D.
Boleh Masukkan Nama Anda @ URL Blog/Web Sendiri Pada Hasil Karya.
Namun Pastikan Hanya Format Gambar Yang Standard Sahaja Dihantar (.jpg @ .gif @ .bmp)
Hantarkan Hasil Kerja Anda Ke Alamat E-mel [ mail@qaiyum.net ] Atau Submit Link URL Karya Anda Ke Ruangan Komen. Penggunaan Perkhidmatan Pos Laju Tidak Akan Dilayan.
Jangan Lupa Bagitahu Nama, URL Anda Jika Ada, E-mel & Apa²lah Yang Berkaitan Dengan Anda.
Hanya 2 Karya Sahaja Dibenarkan Dari Setiap Individu Untuk Penyertaan. Jangan Hantar Lebih Tau.
Tarikh Tutup Penyertaan Adalah Menjelangnya Hari Raya. Hantarlah Cepat² Ye.
Ini Contohnye :
Ganjarannya Adalah ?
Sekeping CD Original Lagu² Hari Raya Aidilfitri & Duit Raya Bernilai RMXX (Rahsia!) Buat Pemenang Utama.
10 Pemenang Yang Lain Akan Menerima Hadiah Saguhati Spesel Dari Saya.
Yang Lain Yang Tak Menang Akan Menerima Publisiti Spesel Dari Saya. (Hehe..)
Berminat? Laju²kanlah Gerak Kerja Anda Bermula Sekarang. Perkembangan & Penyertaan Terkini Akan Dimuatkan Di Ruangan Page *Duit Raya Spesel*. Ajak Sekali Adik Beradik, Mak Ayah, Sedara-Mara Lagi Sahabat-Handai Untuk Turut Serta. Maksudnya Kalau Sudi, Promotelah Pertandingan Ini Di Blog/Web Anda Ye. :D=
Maka Sesiapa Yang Rasa Dirinya Telah Lama Tidak Dapat Duit Raya Inilah Peluangnya. Saya Di Qaiyum.Net Ini Mengucapkan Sekali Lagi Jutaan Terima Kasih Kepada Anda Semua Yang Sudi Memberikan Sokongan Pada Blog Ini. Hanya Inilah Sahaja Yang Mampu Saya Lakukan Untuk Menyatakan Penghargaan Saya Kepada Anda. Hingga Ketemu Lagi Dalam Proses Mencari Juara Kad Raya Di Qaiyum.net Ini.
Selamat Menyambung Puasa & Mengejar Malam Lailatul Qadar.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Salam Aidilfitri 2008
- Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Qaiyum.Net Ranap Sebentar..
- Ribut Petir Semenanjung
- Penormalan
- Kelantan Maju 2008












nak anta kad jemputan kenduri kawen.. hehe…
wow! mcm best je..
Hantar. Jangan Tak Hantar! Huhu..