Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod III)
Sep 30th, 2007 oleh Qaiyum

.. Sambungan Episod Terakhir.
Maka Sudahlah Sampai Untuk Saya Membuat Rumusan Mengenai Isu Pilihanraya Kampus Ini. Cuma Apa Yang Saya Ingin Sampaikan Pada Entri Kali Ini Adalah Lebih Realiti Dan Lebih Mancanang Minda Anda Semua. Bukan Sahaja Mahasiswa. Tetapi Juga Rakyat Malaysia.
Seperti Yang Telah Diterangkan Dengan Panjang Lebar Pada 2 Episod Lepas, Pilihanraya Kampus Tidak Lari Dengan Situasi Politik Perdana Tanah Air. Wujudnya Pertubuhan² Yang Memperjuangkan Apa Yang Politik Luar Perjuangkan. Masuknya Orang Kuat Politik Luar Ke Dalam Kampus Untuk Memastikan Kader²nya Berjaya Menguasai Kampus Tersebut. Dan Saya Juga Ada Menyatakan Cetusan Ideologi Saya Sendiri Iaitu Pilihanraya Kampus Adalah Hanya Untuk Melantik Pemimpin Yang Bertanggungjawab Kepada Kelompok Mahasiswa Yang Dipimpinnya. Tidak Lebih Dari Itu.
Oleh Yang Demikian, Hari Mengundi Akan Jatuh Pada 2 Oktober Ini. Saya Akan Menceritakan Sedikit Mengapa Orang² Politik Arus Perdana Di Luar Begitu Berminat Terhadap Mahasiswa Dan Pilihanraya Kampus Ini.
Pilihanraya Umum Semakin Hampir. Mungkin Tahun Ini Dan Mungkin Juga Tahun Hadapan. Pilihanraya Kampus Akan Memberikan Implikasi Yang Besar Pada Pilihanraya Umum Nanti. Sebagai Contoh - Apabila Dilihat Jika Pihak Pro-Pembangkang ( Ini Hanyalah Istilah Untuk Melabelkan Gerakan². Seperti Yang Saya Katakan - Mengikut Arus Perdana ), Menguasai @ Memenangi Majoriti Kerusi Pada Pilihanraya Kampus Kali Ini, Seluruh Malaysia Akan Tahu Bahawa Pro-Pembangkang Telah Menguasai Universiti. Maka Ini Akan Dijadikan ‘Senjata’ Untuk Pihak Pro-Pembangkang Ini Melaung²kan Di Ceruk² Kampung Sewaktu Berkempen. Bahawasanya “Mahasiswa Telah Menolak Pihak Pro-Kerajaan Di Universiti². Golongan Yang Dikatakan Cerdik Pandai Ini Sendiri Telah Menolak Kerajaan.” Maka Jika Dilihat Dari Situasi Itu Telah Memberikan Kelebihan Kepada Pihak Pembangkang Di Luar Sana. Sekaligus Memberikan Tekanan Kepada Pihak Pro-Kerajaan. Maka Sebab Itulah Golongan Mahasiswa Adalah Golongan Sasaran Pihak Luar. Kesian Bukan Golongan Mahasiswa Menjadi Bahan Rebutan Pihak² Tertentu.
Maka Anda Sebagai Pengundi Berhati-hatilah Sebagai Mahasiswa Yang Bijak. Tidak Ada Gerakan Yang Betul² Tulus. Tulus Untuk Memperjuangkan Hak & Nasib Mahasiswa Kononnya. Yang Ada Hanyalah Agenda Tersembunyi Demi Kepentingan Individu Atau Badan Di Luar Sana. Sama Ada Ideologi Anda Berpihak Kepada Pembangkang Atau Kerajaan Saya Tidak Kisah. Tapi Jika Anda Rasa Anda Berada Di Universiti Awam Milik Kerajaan, Anda Patut Tahu Apa Tanggungjawab Anda Sebagai Golongan ‘Subsidi’. Iaitu Golongan Mereka Yang Tidak Akan Mampu Untuk Memasuki Institusi Pengajian Tinggi Jika Tanpa Bantuan Kerajaan. Namun Jika Anda Rasa Kerajaan Patut Ditentang, Terpulang. Semoga Kita Sama² Telus Dalam Perjuangan Demi Untuk Kepentingan Agama, Bangsa & Negara. Tidak Cukupkah Apa Yang Ada Sekarang?
Selamat Mengundi!
#Cukup Ibadat? Jangan Terlalu Perang Mulut Mahupun Caci Mencaci Di Bulan Mulia Ini Sewaktu Berkempen. Semoga Tidak Kurang Pahala Ramadhan Anda. :D=
Salam Ikhlas Dari,
Qaiyum
Pemerhati Politik Kampus
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod II)
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod I)
- Melayu Mudah Lupa
- Destinasi - Ijok (DUN Menteri Besar Baru)
- Memori Setahun
- 5 Perkara Sulit Mengenai Qaiyum
- Qaiyum Di Konti









Woh…Tu Gambar Kat Kolej Lama Aku Dulu Tu…HarHar…Ku Bangga Dengan Budak Teknikal…
PILIHANRAYA KAMPUS
tajuk yang jadi perbualan hangat..bagus kerana ada pemikir2 tentang isu ini…sedikit kupasan yang bleh saya buat disini adalah….mahasiswa/i peru atau dengan kata laen wajib sedar akan peri pentingnya pilihanraya kampus…ini kerana,pilihanraya kampus inilah yang akan mencerminkan barisan kepimpinan negara pada masa akan datang..kalau dulunya,suara mahasiswa dalam isu2 berkaitan kepentingan negara hebat dibahaskan sesama mahasiswa dan akhirnya terbentuk satu resolusi berkenaan sesuatu isu itu yang lebih disifatkan sabagai suatu keadilan yang dijanakan dari pemkiran mahasiswa bagi kepentingan negara didengari di parlimen,tetapi kini keadaan itu tiada lagi…ini adalah kerana suatu sistem atau akta yang telah dibuat khusus untuk menjadikan mahasiswa seperti boneka yang senang diperkotak-katikan..kite hitung dan nilai diri kita,adakah kite sudah bebas…kalau kite mampu laungkan ungkapan keramat ‘MERDEKA’,mengapa kita masih dibelenggu dengan jajahan minda dari mereka yang kita angkat menjadi pemimpin..apa yang boleh saya simpulkan disni,kemerdekaan 50 tahun malaysia tiada nilainya sekiranya pemikiran,cara hidup,sistem pentadbiran kite masih dibelenggu oleh penjajah..kembali lah kepada sistem yang telah dibentuk oleh junjungan besar kita nabi MUHAMMAD SAW yang berlandaskan al-sunnah dan al-quran yang telah berjaya menakluki 2 per 3 dunia…renungkanlah..
Berikut antara calon2 yg pernah mewakili suara mahasiswa sepanjng tempoh 3 tahun sy dan sdr berada di UKM serta jawatan yg pernah mrk sandang ;
Ahmad Firdaus Ismail – YDP PMFPI dan Presiden ISIUKM sesi 04/05
Muhammad Che Saad – YDP PMFPI dan Naib Pres. ISIUKM sesi 03/04
Mohd. Taufek Abd Rahman – YDP PMFPI dan Exco LIP ISIUKM sesi 04/05
Hazwan Syafie – YDP Perundang
Mohd Syakirin – YDP Pendidik
Muhammad Hazwan Hussein – Exco Dakwah & Siasah ISIUKM , Exco PERDANA
Mohd Amierul Fikri Mahmud – YDP PMFST, S/U ISIUKM sesi 04/05
Mohd Farid Hamlud – YDP Pematra
Suzaime Zakaria – Pres ISIUKM sesi 04/05
Aisyah Roslan – NYDP Pertama sesi 03/04
Qurratu Aini Adibah Ahmad Fazil – S/U Pertama sesi 04/05
Saban tahun, mereka yg bertanding atas tiket mahasiswa adalah mereka yg mempunyai pengalaman beroganisasi yg ckp luas dan terselah ciri2 kepimpinannya, ini kerana golongan yg menerajui gerakan mahasiswa Islam sdr bhw platform MPP bukan skdr platform untuk membolehkan seseorang itu menjadi pemimpin atau membawa suara mahasiswa ke telinga pentadbiran, tetapi mempunyai misi dan matlamat yg lebih serius dan lebih besar dari itu.
MPP tidak dilantik hanya untuk menjadi VIP sewaktu prgm2 pmf/fakulti.. bukan juga skdr menjadi jemputan2 khas.. memenuhi ruang hadapan program/majlis2 rasmi kerajaan/universiti, tidak juga skdr sbg kelompok pemerhati.. Politik kampus bukan hanya picisan.