Padah Tak Mengikut Sunnah..
Sep 28th, 2007 oleh Qaiyum

Nabi Muhammad S.A.W Berbuka Puasa Hanya Dengan Sekadar Tiga Biji Kurma …
Namun Kisahnya Bermula Dengan Dialog Di Bawah ..
Watak A : Kita Nak Buka Apa Petang Ni?
Watak B : Aku Teringin Nak Makan Bubur Ayam McD La…
Watak C : Sekarang Ni Ade Promosi Bufet Sempena Bulan Puasa Kat McD.
Watak D : Gile Kau Mahal Tu RM23 Satu Kepala…
Setelah Beberapa Bangkangan Serta Provokasi Kedengaran. Namun Akhirnya Terdengar Jua Deruan Kereta Yang Ingin Menuju Ke Restoran Makanan Segera Yang Diperbincangkan. Hingga Akhirnya Menu Yang Disenaraikan Di Bawah Berada Di Atas Meja Tepat Waktu Kami Berbuka Puasa :
- 4 Big Mac
- 4 Double Cheese Burger
- 3 Filet-O-Fish
- 2 McChicken
- 2 Ketul Ayam McD
- 3 Bubur Ayam McD
- 4 Plastik Chicken McNuggets ( 16 Ketul Semuanya )
- 4 Apple Pie
- 4 French Fries
- 4 Air Sirap
Semuanya Untuk 4 Perut Manusia Yang Berlainan Saiz. Namun Ada Pusingan Keduanya Iaitu Tambahan :
- 4 Ketul Ayam McD
- 4 Corn Cup
- 4 Sundae Ice Cream
- 3 Gelas Air Berkabonat
Jangan Risau. Tidak Semua Menu Di Atas Berjaya Dihabiskan Oleh Kami. Masih ‘Banyak’ Sisa Yang Kami Tinggalkan Untuk Bakteria² Yang Lain Menjalankan Tugasnya Untuk Membiodigradasikan Makanan Itu. Faktor Masa Juga Mempengaruhi Kehebatan Kami Untuk Menghabiskannya. Hinggalah Membawa Kepada Dialog Seperti Yang Dibawah Ketika Di Dalam Kereta :
Watak A : Bro.. Ade Eno Tak Bro ? Patut Bawak Eno La Tadi Skali..
Watak B : (Tiada Dialog. Hanya Kedengaran Proses Membuka Tali Pinggang Seluar)
Watak C : Giler… Tolong Jangan Buat Lawak. Senak Dah Perut Aku Ni Haa..
Watak D : Insaf Dah. Tahun Depan Pulak Aku Makan Kat Restoran Nie..
#Nama² Watak Di Atas Terpaksa Dirahsiakan Atas Sebab² Tertentu. Jika Esok Ada Antara Rakan Mahupun Pekerja Anda Tidak Hadir Ke Pejabat, Paham²lah.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- NameWee - Negarakuku & Kawanku
- Warisan
- Kisah Tragik : Kepulangan Dari Melaka
- Permainan ‘Pool’ Dan Kehidupan
- Jangan Rasuah Sana Rasuah Sini..
- Empayar Rangkaian Sosial - Friendster & Myspace
- Sean Ghazi - Semalam









ako menjangkakan salah satu drpd watak2 tuh mesti ade ko kan.. dan yg pastinya ako xde kat ctu.. ako slalu buke masjid jek.. haha…
Bila menganggap puasa itu satu adat ini lah yang terjadi, puasa adalah satu ibadat dan untuk beribadat dengan betus , seseorang itu harus lah berlimu.
aku setuju dengan saharman. nampak cool bkan.
weh, taun lpas baru rm 15. apasal taun ni da rm 2o leby bufet die!!!
membazir itu amalan syaitan…ingtlah saudara kita kt palestin,
Itu baru RM24. di hotel 3 star di KL pun dah cecah RM50. di 5 star bagaimana pula dan brapa banyak sgt boleh makan?
Ada yang makan berpinggankan retak2 kemiskinan..
berlaukkan derita berulamkan sengsara..
Jika aku sedih melihat mereka yg menangis kelaparan,
aku akan lebih menangis melihat mereka yang membazir kekenyangan.
huh ak mcm knl je watak2 dlm citer nih..