Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod II)
Sep 26th, 2007 oleh Qaiyum

.. Sambungan
Tadi Baru Sahaja Selesai Proses Penamaan Calon Menandakan Permulaan Pilihanraya Di Seluruh IPT Seluruh Negara. Jentera² Pilihanraya Setiap Pasukan Kelihatan Begitu Berkobar² Melempiaskan Semangat Perjuangan Masing². Namun Kali Ini Dilihat Tumbuhnya Calon Dikalangan Individu² Yang Mengatakan Diri Mereka Bebas (Dari Sebarang Anasir). Hingga Kelihatan Di Satu² Kerusi Itu Mempunyai Pertandingan 5 Penjuru. Hebat!
Bercerita Kembali Mengenai Pilihanraya Kampus. Seperti Yang Telah Dikonsepkan Semalam, Pilihanraya Kampus Adalah Platform Untuk Memilih Pemimpin Di Kalangan Mahasiswa. Apakah Fungsi Pemimpin Ini? Yang Jelas Adalah Untuk Menjaga Kebajikan Mahasiswa Sekaligus Membawa Suara Mahasiswa Ke Telinga Pentadbiran. Disamping Mereka Juga Membentuk Gagasan Dikalangan Majlis Perwakilan Pelajar Untuk Menjalankan Portfolio Yang Dipertanggungjawabkan Oleh Yang Di Pertua Mahupun Presiden Masing².
Sudah Cukup Bukan Dengan Penjelasan Fungsi Seorang MPP Itu? Kalau Ada Yang Tertinggal Anggaplah Itu Hanya Fungsi Sampingan Yang Bukan Diletakkan Pada Tahap Terpenting. Sebagai Contoh Bermain Isu Semasa & Global. Nampak Tidak Seberapa. Sesiapa Juga Yang Bergelar Mahasiswa Boleh Melakukan Perkara Sedemikian. Namun Kenapa Pilihanraya Kampus Dilihatkan Sebagai Sesuatu Yang Sangat Penting Kepada Perjuangan Mahasiswa? Seperti Perjuangan Untuk Memiliki Sebuah Negara. Agar Boleh Memerintah Negara Itu Dengan Pasukan Masing². Ini Adalah Hanya Untuk Memilih Pemimpin. Tidak Lebih Dari Itu.
Adakah Dengan Memilih Pemimpin Mahasiswa Boleh Pergi Lebih Jauh? Bukankah Itu Hanya Untuk Menambahkan Lagi Sijil ‘Khidmat’ Seseorang Mahasiswa Itu Sewaktu Di Kampus. Maka Lebihlah Kredit Beliau Untuk Pasaran Kerja Nanti. Manakala Mereka Yang Di Jentera Dan Mereka Yang Mengundi Tidak Ada Kelebihan Itu. Ini Hanyalah Memilih Pemimpin. Politik Kampus Tidak Akan Membawa Kita Jauh. Hanya Picisan.
Saya Sebagai Orang Yang Berdiri Ditengah-Tengah Dan Berjuang Atas Landasan Melatih Manusia Agar Manusia Itu Dapat Memanusiakan Manusia Yang Lain. Atau Atas Nama Lain Berharap Semua Mahasiswa Di Kampus Ini Mempunyai Kebolehan Seorang Pemimpin. Bukan Hanya Platform MPP Sahaja Membolehkan Seseorang Itu Menjadi Pemimpin. Banyak Lagi Platform Yang Lain. Untuk Melahirkan Pemimpin Itu. Jika Dirasakan Kekurangan Pada Pemimpin Yang Ada Kini. Kita Yang Menyedari Kekurangan Itu Hendaklah Menambahbaik Apa Yang Terkurang. Membantu Apa Yang Boleh. Menjadi Pemimpin Yang Boleh Berkhidmat Walaupun Tidak Diiktiraf. Mulia Bukan?
Sepatutnya Institusi Ini Dapat Melahirkan Lebih Ramai Pemimpin Dari Yang Sepatutnya. Agar Malaysia Menjadi Lebih Produktif. Bukan Melahirkan Pejuang Yang Berjuang Di Jalan Yang Sia-Sia Semata². Tanpa Sesekali Belajar Untuk Melatih Diri Sendiri Menjadi Lebih Baik Dari Yang Sebelumnya. Jangan Hanya Tahu Untuk Mengikut.
Bersambung….
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod III)
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod I)
- Melayu Mudah Lupa
- Destinasi - Ijok (DUN Menteri Besar Baru)
- Memori Setahun
- 5 Perkara Sulit Mengenai Qaiyum
- Permatang Pauh











ape hukumnya mengundi?
Wajib Bagi Seorang Rakyat Malaysia Yang Cintakan Negaranya.
Wajib Juga Bagi Umat Islam Mengundi Jika Dengan Cara Itu Sahaja Kuasa Islam Dapat Dikekalkan Di Negara Itu.
boleh wujud komunis di IPTA tempatan. Kalau boleh 2012 saya akan bertanding atas tiket MFFRM.
bile ngundi weyh??
2 Oktober Mengundi. Marilah Mari. Mari Mengundi. Tunaikan Kewajipan. Pada Negara.
“Wajib Bagi Seorang Rakyat Malaysia Yang Cintakan Negaranya.”
kalo dok kat tgh2 dlm p/raya kampus, adakah maknenye seseorang itu 50-50 menyayangi kampusnye..??
oleh itu sokong la MAMPU utk undi anda kli ini..
membangun bersama islam..takbirrrr
PILIHANRAYA KAMPUS
tajuk yang jadi perbualan hangat..bagus kerana ada pemikir2 tentang isu ini…sedikit kupasan yang bleh saya buat disini adalah….mahasiswa/i peru atau dengan kata laen wajib sedar akan peri pentingnya pilihanraya kampus…ini kerana,pilihanraya kampus inilah yang akan mencerminkan barisan kepimpinan negara pada masa akan datang..kalau dulunya,suara mahasiswa dalam isu2 berkaitan kepentingan negara hebat dibahaskan sesama mahasiswa dan akhirnya terbentuk satu resolusi berkenaan sesuatu isu itu yang lebih disifatkan sabagai suatu keadilan yang dijanakan dari pemkiran mahasiswa bagi kepentingan negara didengari di parlimen,tetapi kini keadaan itu tiada lagi…ini adalah kerana suatu sistem atau akta yang telah dibuat khusus untuk menjadikan mahasiswa seperti boneka yang senang diperkotak-katikan..kite hitung dan nilai diri kita,adakah kite sudah bebas…kalau kite mampu laungkan ungkapan keramat ‘MERDEKA’,mengapa kita masih dibelenggu dengan jajahan minda dari mereka yang kita angkat menjadi pemimpin..apa yang boleh saya simpulkan disni,kemerdekaan 50 tahun malaysia tiada nilainya sekiranya pemikiran,cara hidup,sistem pentadbiran kite masih dibelenggu oleh penjajah..kembali lah kepada sistem yang telah dibentuk oleh junjungan besar kita nabi MUHAMMAD SAW yang berlandaskan al-sunnah dan al-quran yang telah berjaya menakluki 2 per 3 dunia…renungkanlah..
selamat mengundi!! selamat hali laya!!
Berikut antara calon2 yg pernah mewakili suara mahasiswa sepanjng tempoh 3 tahun sy dan sdr berada di UKM serta jawatan yg pernah mrk sandang ;
Ahmad Firdaus Ismail – YDP PMFPI dan Presiden ISIUKM sesi 04/05
Muhammad Che Saad – YDP PMFPI dan Naib Pres. ISIUKM sesi 03/04
Mohd. Taufek Abd Rahman – YDP PMFPI dan Exco LIP ISIUKM sesi 04/05
Hazwan Syafie – YDP Perundang
Mohd Syakirin – YDP Pendidik
Muhammad Hazwan Hussein – Exco Dakwah & Siasah ISIUKM , Exco PERDANA
Mohd Amierul Fikri Mahmud – YDP PMFST, S/U ISIUKM sesi 04/05
Mohd Farid Hamlud – YDP Pematra
Suzaime Zakaria – Pres ISIUKM sesi 04/05
Aisyah Roslan – NYDP Pertama sesi 03/04
Qurratu Aini Adibah Ahmad Fazil – S/U Pertama sesi 04/05
Saban tahun, mereka yg bertanding atas tiket mahasiswa adalah mereka yg mempunyai pengalaman beroganisasi yg ckp luas dan terselah ciri2 kepimpinannya, ini kerana golongan yg menerajui gerakan mahasiswa Islam sdr bhw platform MPP bukan skdr platform untuk membolehkan seseorang itu menjadi pemimpin atau membawa suara mahasiswa ke telinga pentadbiran, tetapi mempunyai misi dan matlamat yg lebih serius dan lebih besar dari itu.
MPP tidak dilantik hanya untuk menjadi VIP sewaktu prgm2 pmf/fakulti.. bukan juga skdr menjadi jemputan2 khas.. memenuhi ruang hadapan program/majlis2 rasmi kerajaan/universiti, tidak juga skdr sbg kelompok pemerhati.. Politik kampus bukan hanya picisan.
Kena Bagi Plak Bagi Orang Yang Tak Berpengalaman Lak..Asyik Bagi Orang Pengalaman Je..Bila Orang Tak Pengalaman Nak Maju…Tu La Takok Lama Tak Gerak2 Pakai Orang Yang Berpengalaman..Bagi Orang Baru Ada La Jugak Geraknye…Ishk3…Bagi La Mereka Buktikan Kemampuan Mereka Lak……
panjangkan pandangan dan komen kepada KPT di http://www.adusiswa.mypenggerak.org