Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod I)
Sep 25th, 2007 oleh Qaiyum

Gendang Pilihanraya Kampus Telah Terpalu Dengan Rancaknya. Kehangatan Kembali Terasa Setelah Hampir Setahun Jentera² Pilihanraya Yang Kental Berjuang ‘Berehat’. Isu Kali Ini Agak Kompleks Dan Sensitif Untuk Dikupas. Apabila Ideologi Bertemu Ideologi, Semangat Perjuangan Bertemu Semangat Perjuangan Yang Satu Lagi, Suara Bertemu Suara Dan Risalah Bertebar-Tebaran Di Merata-Rata. Secara Tiba² Terwujud Puak² Yang Dahulu Bergerak Secara Bawah Tanah Dan Sayup-Sayup Sahaja. Hinggalah Puak² Itu Membawa Kepada Perpisahan Golongan Mahasiswa Yang Dahulunya Boleh Bersatu, Bertegur-Sapa, Membuat Tugasan Dari Pensyarah, Mahupun Duduk Bersama Di Meja Makan. Namun Semua Itu Telah Berubah. Agak Janggal Melihat Mereka Yang Berlainan Ideologi Ini Bersama Pada Waktu Gendang Telah Dipalu Ini.
Jika Anda Perasan, Saya Telah Menukar Deskripsi Blog ini Kepada “Anda Berada Di Sebelah Pihak. Anda Berada Di Sebelah Pihak Yang Satu Lagi. Saya Di Tengah-Tengah”. Maka Dengan Ini Anda Boleh Mengagak Di Mana Saya Akan Berdiri Sewaktu Menulis Entri Ini. Bukanlah Bermaksud Saya Tidak Ada Pendirian. Tetapi Saya Lebih Suka Untuk Bersifat Berkecuali Dalam Segala Hal. Terutama Semasa Berorganisasi. Demi Untuk Mengelakkan Otak Saya Terpengaruh Dengan Kata² Orang² Sekeliling. Saya Lebih Suka Mencipta Ideologi & Logik Sendiri. Kata² Adalah Virus. Kecuali Jika Anda Memasang Perisian Anti-Virus Di Dalam Otak Anda Dan Menjernihkan Virus Itu. Dalam Erti Kata Lain Anda Mencerna Segala Dapatan, Berfikir Dengan Lebih Mendalam, Menjadi Kreatif Dalam Mengolah Sesuatu & Seterusnya Membuat Kesimpulan Sendiri Hasil Cernaan Tersebut. Optimis Sambil Menapis.
Apa Itu Pilihanraya Kampus? Pilihanraya Kampus Dilaksanakan Untuk Memilih Pemimpin Dikalangan Mahasiswa Mengikut Kerusi² Fakulti Yang Ditetapkan Bagi Membentuk Gagasan Yang Digelar Majlis Perwakilan Pelajar. Namun Untuk Skop Isu Ini Saya Lebih Fokuskan Kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam Sekaligus Merujuk Kepada Situasi Di Universiti Kebangsaan Malaysia.
REALITI
Sesiapa Yang Telah Bergelar Mahasiswa Mungkin Mengetahui Situasi Politik Kampus Masing². Se’canggih’ Mana Pilihanraya Kampus Diadakan Bergantung Kepada Situasi Kampus. Namun Mengapa Wujud Perkara Yang Dikatakan Politik Di Dalam Kampus? Terus-Terang Dinyatakan Bahawa Budaya Politik Mahasiswa Dipengaruhi Oleh Politik² Diluar Sana. Sesungguh Mana Mereka Menafikan Bahawa Mereka Adalah Mahasiswa Yang Berdiri Sendiri. Namun Realitinya Parti² Politik Di Luar Tetap Berpengaruh Terhadap Kumpulan Gerakan Pelajar Di Dalam Kampus. Tidak Kira Samada Yang Pro-Kerajaan Mahupun Pro-Pembangkang. Mensasarkan Golongan Mahasiswa Sebagai Aset Yang Paling Penting Dalam Gerakan Parti Mereka Kerana Golongan Inilah Yang Bakal Menerajui Masa Depan Negara. Maka Dengan Itu Mahasiswa Tidak Boleh Lari Lagi Dari Diterjah Oleh Golongan Yang Sedang Berpolitik Diluar. Walaupun Universiti Sepatutnya Menjadi ‘Kerajaan Autonomi‘ Sendiri. Namun Realitinya Tidak Begitu.
Ini Bukan Sahaja Berlaku Di Malaysia. Sewaktu Lawatan Saya Ke Universiti Di Hyderabad, India , Terus Terang Pihak Perwakilan Pelajar Di Sana Menyatakan Bahawa Parti-Parti Politik Di Luar Memainkan Peranan Di Dalam Ideologi Mahasiswa Di Dalam Kampus. Ini Sekaligus Mewujudkan Bahawa Mahasiswa Tidak Akan Lari Dari Situasi Semasa Di Dalam Negara. Adakah Akan Wujud Mahasiswa Dengan Ideologinya Sendiri Seperti Ayah Pin? Tak Mungkin. Situasi Luar Tetap Akan Menerjah Masuk Ke Dalam Negara. Tidak Ada Ideologi Yang Datang Dari Langit Tiba² Merasuk Ke Dalam Mahasiswa Lalu Mewujudkan Gerakan Baru. Itu Adalah Realiti.
Yang Ada Kini Adalah Gerakan Yang Tidak Menyatakan Secara Terus-Terang Dari Mana Mereka Mendapat Penajaan. Semuanya Kelihatan Sulit. Tetapi Mahasiswa Rasanya Faham Sendiri. Dari Mana Datangnya Helaian² Kertas Cantik Berwarna Warni Bertebar-Tebaran Diseluruh Kawasan Kampus? Adakah Mahasiswa Sanggup Mengeluarkan Duit Biasiswa Mahupun PTPTN Untuk Menaja Gerakan Perjuangan Mereka? Untuk Fotostat Beribu-ribu Helaian Kertas Tersebut Mahupun Menconteng Kain Rentang. Kaya Sungguh Mahasiswa Jika Begitu. Teori Tepat Mahupun Hampir Tepat Adalah Mereka Ditaja Oleh Badan Berfahaman Tertentu Demi Kepentingan Politik Mereka Di Luar Sana.
Tidak Realitikah Anda Rasa? Entri Ini Akan Bersambung Esok.
Setakat Ini Sahaja Yang Sempat Saya Coretkan Petang Ini. Rakan Serumah Yang Baru Dapat Gaji Ingin Menyumbang Sedikit Sebanyak Untuk Buka Puasa Petang Ni. Ayam Golek Katanya. Terubat Juga Hati Akibat Semalam Gagal Mengikuti Rombongan Ke Rumah Menteri Besar Selangor Akibat Bas Penuh :P=
Sila Baca Juga Tulisan Dari Rakan Seperjuangan Saya, Hamdi Hanapi Dari Blog Akal Muda
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod III)
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod II)
- Melayu Mudah Lupa
- Destinasi - Ijok (DUN Menteri Besar Baru)
- Memori Setahun
- 5 Perkara Sulit Mengenai Qaiyum
- Qaiyum Di Konti









“Tidak Ada Ideologi Yang Datang Dari Langit Tiba² Merasuk Ke Dalam Mahasiswa Lalu Mewujudkan Gerakan Baru. Itu Adalah Realiti.”
Seperti Ayat Yang Penah Ku Dengar Ketika Debat DAlam Kursus BTN di KLIA yang Lalu…HarHar…
Bohong Jika Mereka Berkata, Mereka Tidak Akan Membenarkan Politik Luar Membuat Program Di Dlam Universiti. Jika Mereka Memerintah, Kejadian Yang Disebut Ini Akan Menjadi Agenda Utama Mereka.
Jangan Bagi Peluang Mereka Memerintah Walaupun Mereka Merayu Dan Melutut…Jangan Bagi Peluang. Demi Nama Universiti Dan Atas Nama Perjuangan…Hidup ***I***I
Saya pun dahulu lebih gemar duduk tengah2. Tapi sekarang saya sedar tiada yang tengah2 dlm perjuangan. Di akhirat kelak pun tiada yang tengah2 (yang ada cuma syurga & neraka)
Sbb itu sekarang saya tidak mahu berselindung ttg pendirian saya. Ttp itu x bermakna saya memandang rendah mereka yang berlainan pendirian.
PILIHANRAYA KAMPUS
tajuk yang jadi perbualan hangat..bagus kerana ada pemikir2 tentang isu ini…sedikit kupasan yang bleh saya buat disini adalah….mahasiswa/i peru atau dengan kata laen wajib sedar akan peri pentingnya pilihanraya kampus…ini kerana,pilihanraya kampus inilah yang akan mencerminkan barisan kepimpinan negara pada masa akan datang..kalau dulunya,suara mahasiswa dalam isu2 berkaitan kepentingan negara hebat dibahaskan sesama mahasiswa dan akhirnya terbentuk satu resolusi berkenaan sesuatu isu itu yang lebih disifatkan sabagai suatu keadilan yang dijanakan dari pemkiran mahasiswa bagi kepentingan negara didengari di parlimen,tetapi kini keadaan itu tiada lagi…ini adalah kerana suatu sistem atau akta yang telah dibuat khusus untuk menjadikan mahasiswa seperti boneka yang senang diperkotak-katikan..kite hitung dan nilai diri kita,adakah kite sudah bebas…kalau kite mampu laungkan ungkapan keramat ‘MERDEKA’,mengapa kita masih dibelenggu dengan jajahan minda dari mereka yang kita angkat menjadi pemimpin..apa yang boleh saya simpulkan disni,kemerdekaan 50 tahun malaysia tiada nilainya sekiranya pemikiran,cara hidup,sistem pentadbiran kite masih dibelenggu oleh penjajah..kembali lah kepada sistem yang telah dibentuk oleh junjungan besar kita nabi MUHAMMAD SAW yang berlandaskan al-sunnah dan al-quran yang telah berjaya menakluki 2 per 3 dunia…renungkanlah..
belajar…biar la cara belajar…jangan sampai sia2 kan wang ibubapa…