Nurin Jazlin Jazimin (1999-2007)
Sep 24th, 2007 oleh Qaiyum

Sewaktu Saya Berada Di Darjah 3, Diceritakan Oleh Seorang Ustaz Mengenai Tanda² Kecil Hampirnya Hari Kiamat. Salah Satunya Adalah Manusia Akan Sentiasa Berada Dalam Ketakutan Sehingga Takut Untuk Menjejakkan Kaki Keluar Rumah. Lalu Berfikir Di Dalam Kepala. Adakah Perkara Sebegini Akan Berlaku Nanti Di Negara Malaysia Tercinta Ini? Pernyataan Yang Satu Ini Menimbulkan Banyak Kemusykilan Didalam Diri Pada Waktu Itu. Mengapakah Sampai Begitu Sekali Jadinya Dunia Ini. Sehingga Untuk Keluar Rumah Pun Penuh Dengan Perasaan Takut. Tiada Logik Yang Melekat Pada Minda Saya. Hinggalah Saya Malas Berfikir Lalu Membuat Kesimpulan Sendiri Iaitu Mungkin Jika Negara Kita Sedang Berada Di Kancah Peperangan, Peristiwa Itu Akan Terjadi.
Tapi Soalan Saya Kepada Anda Hari Ini, Sejauh Mana Anda Peka Terhadap Kadar Jenayah Di Kawasan Anda? Adakah Berada Pada Tahap Membimbangkan? Sejauh Mana Kebimbangan Anda? Adakah Sehingga Anda Merasakan Luar Rumah Bukan Lagi Selamat Untuk Seisi Keluarga Anda? Adakah Kita Sedang Berperang? Itu Sahaja Persoalannya. Jawab Sendiri Ye!
Al-Fatihah Buat Nurin Jazlin.
Kisah Nurin Jazlin Jazimin Mendapat Perhatian Umum. Namun Sejauh Manakah Kesedaran Anda Sekarang? Kisah Nurin Dilihat Akan Menimbulkan ‘Trauma’ Kepada Ibu Bapa Dalam Memberikan ‘Kebebasan’ Untuk Anak² Mereka. Tiada Lagi Ke Taman Permainan Seorang Diri. Tiada Lagi Ke Kedai Runcit Tanpa Abang Mahupun Kakak. Perlu Membuat ‘Kertas Kerja Lengkap’ Untuk Pergerakan Diri Sendiri. Namun Sampai Bilakah Kesedaran Ini Bakal Melubuk Di Hati Ibu Bapa? Mahupun Hati Masyarakat?
Sampai Bilakah Kesedaran Ini Akan Bertahan???
Ingatkah Anda Kepada Nama² Ini ?
- NURUL HANIS
- SITI NADIRAH BUDAH
- NORSYAKILA
- NURUL HUDA GHANI
- HASERAWATI SARIDI
Apa Yang Anda Tahu? Apa Yang Anda Ingat? Atau Apa Yang Anda Buat² Lupa?
…
#Siapa Rajin Tolong Kirakan Berapa Banyak Tanda Soal Dalam Entri Ini?
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Rumpun 2007
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Hingga Akhir Disember Ini…
- Indonesia Raya
- Cubaan Menukar Theme Gagal..
- Masih Ada Harapan
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod II)











berapa banyak soalan daa…
persoalan dapat membuka minda, hanya yang mampu berfikir saja yang aka menjawab soalan dan mencari jawapan.
Al-Fatihah
aku dh jawab soklan dlm hari ekeke. so aku nk bg soklan balik yg paling penting bagaimana kita nak lakukan supaya masyarakat kita lebih prihatin!? dan dpt mengelak dr kes jenayah spt ini berlaku!?
kejam… kejam
Prihatin? Kalau Benda Paling Asas Dalam Masyarakat Iaitu Semangat Kejiranan Tu Dah Tak Diamalkan Langsung. Macammana Nak Prihatin? Anda Kenal Semua Jiran Anda?
sungguh benar kata2 ustad mu itu…
“selamatkah anak-anak kite..??”
suatu persoalan yg perlu dijawab oleh tindakan kita sendiri, bukannya kata-kata..
Berapa banyak soalan daa..
Pokoknya, akhir zaman kini kezaliman akan mengepung keamanan.
Perkara yang paling penting untuk menghalang kejadian seperti initak perlu saya sebutkan disini (ditakuti akan dianggap bersifat politik) ttp pada saya pelbagai pihak perlu berganding bahu. Dari guru2 di sekolah, ibubapa, masyarakat (sudah tentu pihak2 spt rukuntetangga mesti dihidupkan kembali.)
Apapun selain itu, pada saya ekonomi juga menjadi salah satu faktor kenapa kita merasa tidak selamat diluar. Maksud saya tekanan hidup boleh kerana kemiskinan boleh menyebabkan seseorang melakukan perbuatan yg diluar dugaan (nekad)
saya tidak menyebelahi mana-mana pihak,cuma di sini ingin memberikan fakta dan tinjauan saya:di jerman ini saya tinggal di negeri yg diakui paling selamat di negara ini,mmg diakui kadar jenayah di sini amat sikit. salah satu tindakan yang diambil ialah pihak polis selalu melakukan rondaan di sini. kereta polis kerap kelihatan tidak kira waktu sehingga kadang-kadang menyebabkan saya sebagai warga asing berasa takut (walalupun tidak buat salah).
mungkin rukun tetangga (RT) boleh diperkuatkan di kampung-kampung,tetapi di sesetengah tempat susah (saya juga tinggal di perumahan yang dulunya RT amat bagus tetapi disebabkan peredaran zaman,faktor usia,kerja,tiada lagi generasi muda yang ingin menyambung tradisi,etc..semakin tidak semeriah dulu lagi)
just giving my 2 cents..
tidak terkira banyaknya tanda soalnya sehingga bila-bila? apa yang ingin disoal? siapa yang harus bertanggungjawab dan pelbagai persoalan demi persoalan yang belum terjawab dan lain2 jawapan yang belum dipersoalkan…?
banyak mana soalannya? banyak lagi soaljawab yang perlu diselesaikan…?
aku tak pernah dengar atau baca pun pasal tanda ni. Dan jugak tak terdapat dalam
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_kiamat_kecil
Itulah. Apa Yang Diperkatakan Oleh Ustaz Saya Itu Tidak Dapat Dipastikan Sumbernya. Namun Memang Dapat Diingin Dengan Jelas Maksud Yang Cuba Disampaikan Bahawasanya Dunia Ini Akan Dipenuhi Oleh Orang Jahat Sehingga Kita Tidak Lagi Berani Ataupun Berasa Was-Was Untuk Keluar Rumah.
Allahu’alam,,
Jagalah dirimu anak isterimu dari azab neraka, setiap qadar dan qada itu tertolak dengan doa , sebagai muslim asas agama yang kukuh adalah penting,apapun berlaku dengan seizin allah , jadi sebagai insan kerdil, sentiasa berdoa, setiap masa dan ketika, diri, anak dan keturunan sentiasa dibawah rahmat dan peliharaan allah selalu.
saya rasa ada 18 tanda soal dalam post ko kali nih…. hmmm… betul tak? ho ho