Majlis Buka Puasa - Destinasi Kedua Kundang Ulu, Pagoh, Johor
Sep 22nd, 2007 oleh Qaiyum
Eh! Lama Tiada Entri? Nah Entri!

Assalamualaikum. Navigasi Diteruskan Dengan Rantaian Misi Menyertai Sebanyak Mungkin Majlis Buka Puasa. Destinasi Seterusnya Adalah Di Kampung Kundang Ulu, Muar, Johor. Diiktiraf Sebagai Kampung Angkat Bagi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil Daripada Hubungan Erat Antara Kedua-dua Entiti Ini Kesan Daripada Semangat Ingin Membantu Antara Satu Sama Lain Sewaktu Bencana Banjir Yang Melanda Johor Suatu Ketika Dahulu. Akibat Daripada Bencana Itu Tertubuhlah Briged Bencana IPT. Maka Dengan Itu Juga UKM Telah Menghantar ‘Bala Tenteranya’ (Student Sebenarnya) Ke Kawasan² Yang Ditenggelami Air Sebanyak 11 Kali Rombongan Ke Sana, Terutama Di Pagoh. Ini Adalah Kerana Banjir Yang Disangka Sudah Surut Kembali Dinaiki Air Pada Fasa Yang Kedua. Menyebabkan Kami Terpaksa Turun Kembali Untuk Membantu. Maka Dengan Itulah 11 Kali Rombongan Ulang-Alik Setiap Hujung Minggu Dilaksanakan.
Saya Waktu Itu Berada Dalam Skuad Memasak. Menyediakan Makanan Untuk Mereka Yang Bergotong-Royong Membersihkan Kawasan Bencana. Dengan Tenaga Skuad Memasak Setiap Kali Rombongan Adalah Berpurata 25 Orang, Kami Perlu Menyediakan Makanan Untuk Rombongan Seramai 6 Bas. Ada Satu Ketika Itu Dengan Tenaga Skuad Memasak Yang Sama, Kami Perlu Menyediakan Makanan Untuk 6 Bas UKM, 4 Bas USIM Dan 2 Bas UPM. Sungguh Briged Bencana. Mengapa Mereka Tidak Membawa Skuad Memasak Sendiri? Entahlah.
Tutup Cerita Setakat Itu. Entri Ini Ditulis Pada Pukul 4 Pagi. 2 Jam Selepas Saya Pulang Dari Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Kampung Kundang Ulu. Rombongan Kami Tiba Seawal Pukul 11 Pagi. Terus Ke Arena Gotong-Royong Terutama Dalam Bidang Rewang. Termasuklah Juga Tertubuhnya Skuad Membersih Kawasan & Susun Atur Logistik (Memandai Je Bagi Name). Aktviti Yang Pertama Dilakukan Oleh Diri Saya Ini Adalah Membasuh Ayam. Memang Semenjak Dari Peristiwa Banjir Dulu Saya Telah Terbiasa Dengan Jawatan Ini. Maka Tidak Menjadi Masalah Kepada Saya Untuk Membasuh Sekuantiti Ayam Yang Akan Disediakan Untuk Tetamu Seramai 100 Orang.
Klik Untuk Teruskan.

Namun Setelah Aktiviti Membasuh Dan Bermain Api Dan Buat-Buat Gaul Lauk, Saya Telah Membuat Sesuatu Perkara Yang Agak Comel. Iaitu Tidur Sejurus Selepas Solat Jumaat Sehinggalah Waktu Asar. Comel Bukan? Tolonglah Maafkan Kerana Saya Tidak Cukup Keperluan Tidur Seharian. Lagipun Masih Ramai Tenaga Mahasiswa Yang Belum Digunakan Secara Total. Hanya Berpolitik Semasa Di Depan Kamera Sahaja. Berpolitik Bermaksud Menunjukkan Diri Terlibat Dalam Aktiviti Yang Sedang Berlangsung. Namun Sebenarnya Hanya Di Depan Kamera. Di Belakang Kamera Lebih Kepada… Hahaha. Apapun Mahasiswa UKM Tetap Mantap.
Petangnya Selesai Rewang, Berlangsunglah Acara Kurang Formal Iaitu Penyampaian Kerusi Roda, Cermin Mata & Sumbangan Ikhlas Kepada Warga Kampung Yang Memerlukan. Disampaikan Oleh Timbalan Naib Canselor HEP Yang Sanggup Turun Padang. Terima Kasih Dato’ ! Maka Pengisian Ramadhan Itu Tidak Disia²kan. Bermula Dengan Bacaan Ayat² Suci Al-Quran Dari Qari & Qariah UKM, Tazkirah & Terawikh Seperti Biasa. Cuma Diri Ini Merasakan Telah Terlebih Menjamah Nasi Sewaktu Berbuka. Sehingga Tersengguk-Sengguk Adanya Sewaktu Terawikh.

Apapun Terima Kasih Diucapkan Kepada Penduduk Kampung Dan Semua Yang Terlibat Dalam Menjayakan Majlis Buka Puasa Ini. InsyaAllah Kami Akan Kembali Lagi Ke Kampung Angkat UKM Ini Pada Bulan 12 Untuk Sambutan Hari Raya Haji Pula.
p/s : Gambar Bermula Waktu Berbuka Tidak Dapat Diinputkan Kerana Khuatir Akan Memberikan Kesan Sampingan Dari Segi Psikologi Dan Emosi Kepada Pembaca Yang Membaca Entri Ini Di Siang Hari. Harap Maklum.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Majlis Buka Puasa - Destinasi Pertama Negeri Sembilan
- Kemaskini - Ramadhan
- Siang Hari Kurus, Malam Hari Gemok..
- Padah Tak Mengikut Sunnah..
- Pesta Ang Pow
- Ramadhan Al-Mubarak
- Keteguhan Iman











ha ha ha.. letak ar weh.. nak tgk ko makan ayam yg ko basuh sendirik…
Haha.. Ada Bran Ke? Tapi Aku Raser Aku Sendiri Tak Sanggup Nak Letak. Kang Kurang Pahala Posa Tengok Gambar Lauk Pauk.. Hehe.
Huhuhuhuh, masa belajar nilah kita berbakti…. Nanti dah kerja rumit pula…
Apapun salam perkenalan dan salam Ramadhan…
waa bestnye… cam pi opkim… rindu la time tuh…
@Azhar Ahmad : Salam Perkenalan Juga.
@Azrin_Basis : Promote Blog Sendiri Dah? Huhu.. Bagus Bagus.
Thank you for sharing!
kisah perjalan aku ke blog ko….
aku tgh buat final thesis tuk projek akhir aku…kirenyer mencari site sendiri…pastu sedang membuka google earth…aku pun saje mencari halaman kampung sendiri…pastu…kundang ulu telah pun terupdate sedikit…tgk2 dalam,terjumpa blog ni…ahaha…camtu la kisah dia…selamat sampai ke kudang ulu…
aku sedang menatapi gambar tu untuk memastikan lokasi sebenar,tetapi agak lost…nak kata kat balai raya,tp kat mane ye..ish…tgk gambar tu,mcm kat masjid kampung melayu…ade balai kat tepi dia…dah 6 tahun aku tak smyg jumaat kat sane….hehe…last mase form3…sebelom pindah ke teknik…yg muskilnyer…ade ke pokok kelape sawit kat sebelah dia..hehehe…lame betul tak pergi sane..nanti aku check balik….