Majlis Buka Puasa - Destinasi Pertama Negeri Sembilan
Sep 19th, 2007 oleh Qaiyum

Salah Satu Sebab Mengapa Saya Ingin Meneruskan Kehidupan Sebagai Seorang Mahasiswa Dengan Hanya Mengambil Thesis Untuk Semester Ini Adalah Kerana Ini. Majlis-Majlis. Dengan Masa Yang Agak Terluang, Tidak Sukar Untuk Saya Menghadiri Majlis Seumpamanya Jemputan Dari Pelbagai Organisasi Dalam Dan Luar Kampus. Sementara Masih Ada. Ini Juga Dilihat Salah Satu Cara Mengeratkan Lagi Hubungan Kita Dengan Pihak Luar. Sebagai Persediaan Sebelum Melangkah Ke Alam Kerjaya. Anda Tau Kronisme Bukan? Apa Salahnya Berusaha Sikit Untuk Mewujudkan Kroni. Pada Saya Bukan Sesuatu Yang Buruk. Tetapi Ia Lebih Kepada Untuk Menonjolkan Diri Dan Dikenali Majikan. Bukan?
Klik Untuk Teruskan.

Maka Hadirlah Saya Untuk Majlis Buka Puasa Pertama. Bukan Calang² Majlis Kerana Saya Telah Dijemput Oleh Orang Kuat Dari BiroTatanegara Negeri Sembilan Untuk Hadir Ke Majlis Buka Puasa Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan. 5 Kerusi Diberikan Untuk Wakil² Dari UKM. Sebagai Makluman BTN Negeri Sembilan Bertanggungjawab Untuk Memberikan Latihan @ Fokus Kepada UKM, USIM & UNITAR Dalam Membentuk Sahabat Mahasiswa BTN. Apa Kaitan Saya Dengan Pihak BTN? Mungkin Di Lain Masa Akan Diceritakan Di Dalam Ruang Kecil Ini.

Namun Apa Yang Boleh Dikongsi Adalah Hubungan Saya Dengan Pihak BTN Agak Rapat. Perjuangan Mereka Dalam Membentuk Generasi Yang Patriotik Dan Cintakan Negaranya Adalah Sama Dengan Perjuangan Saya Di Kampus. Mungkin Jodoh Saya Adalah Dengan Golongan Pejuang Seperti Mereka Sejurus Selepas Melangkah Keluar Daripada Kampus. Melatih Rakyat Untuk Menyediakan Manusia Yang Beretika & Mampu Bertindak Produktif Walau Di Mana Mereka Berada. Semangat Untuk Menguruskan Kursus Masih Tetap Berkobar².
Sepatut Semalam Ada Jemputan Majlis Buka Puasa Anjuran BTN Pusat Di KL. Namun Tak Sempat Nak Turut Serta Kerana Ada Acara Lain. Huhu.. Apapun Tangan Ini Masih Menanti Surat Jemputan Dari Pelbagai Pihak Lagi.
:D=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Majlis Buka Puasa - Destinasi Kedua Kundang Ulu, Pagoh, Johor
- Siang Hari Kurus, Malam Hari Gemok..
- Padah Tak Mengikut Sunnah..
- Pemilu Malaysia - Barisan Nasional Gagal Menang Mutlak
- Memori Setahun
- Ramadhan Al-Mubarak
- Keteguhan Iman













betul tu,
saya sokong aktiviti pengkronian,
cara kamu :
makan untuk menjadi kroni
tapi, kenapa kamu tidak mahu makan dengan aku?
adakah aku mempunyai nilai etestika insani yang sangat rendah berbanding denga manusia lain?
jika tidak,
telefon aku,
ajak aku makan domino’s pizza,
malam ini
Ohoiks.. Pizza? Bulan² Poser Ni Elokla Kiter Hanya Makan Kurma. Pizza Tak Baik Untuk Kerendut Usus..
he he… ini namanya membentuk hubungan yang akan membawa kebaikan & projek di’masa hadapan…
*gambar last, kurung pink, duduk… sudah kahwin?
ha ha
ohh.. kronisma… ketawa besar bila dpt projek. lps tuh garu kepala bila kroni ada masalah
@Mohdismail - Ahaks. Tidak Pasti Status. Tapi Ada Seseorang Yang Sedondon Dengan Gadis Itu. Cubalah Teka Statusnya Sendiri. :D=
@Shuterspeaks - Btul Btul. Tapi Kita Cuba Membentuk Kroni Atau Dalam Kata Lain Networking Yang Berkesan Sahaja.