Revolusi Teknologi
Sep 17th, 2007 oleh Qaiyum

Tidak Seperti Yang Dijanjikan. Saya Dalam Bulan Penuh Kemuliaan Ini Belum Lagi Memulakan Sebarang Entri Berkenaan Dengan Modal Insan. Didapati Perut Dan Otak Saya Saling Berinteraksi Antara Satu Sama Lain. Maka Menyebabkan Abiliti Minda Saya Berada Pada Tahap Membimbangkan. Haha. Oleh Itu Izinkan Saya Untuk Bercerita Perihal Gajet Yang Mempunyai Populariti Paling Tinggi Penggunaannya Dikalangan Masyarakat Dunia. Telefon Bimbit.. Revolusinya Terhadap Qaiyum.Net

Ini Adalah Telefon Bimbit Pertama Milikan Total Oleh Saya. Menggunakan Duit Hasil Titik Peluk Beraya Di Rumah² Orang, Rumah Saudara-Mara, & Korekan Tabung² Duit Syiling Yang Ada. Alcatel (Model Pun Dah Lupe) Menjadi Pilihan. Tak Tahu Sebab Apa. Mungkin Sebab Warnanya Biru. Telefon Bimbit Inilah Yang Dicanang²kan Di Merata Tempat Oleh Saya Yang Pada Waktu Itu Berada Di Tingkatan 3. Namun Jangan Anda Tidak Tahu. Untuk Membeli Sim Card Pada Waktu Itu Bukanlah Seperti Sekarang. 012-58163** Adalah Nombor Pertama Yang Saya Beli Dan Juga Masih Digunakan Sehingga Kini. Setia Bukan? Namun Akibat Ketidak-tahanan Telefon Bimbit Ini Terhadap Air. Maka Khidmat Beliau Tamat Apabila Telah Basah Lenjun Terkena Air Hujan. Alcatel Pada Waktu Itu Bukanlah Model Kebanyakan. Spare Part Untuk Digantikan Baru Bernilai Lebih Kurang Sama Dengan Harga Belian Beliau. Maka Berakhirlah Tahap Pertama Revolusi.

Tada! Model Yang Meraih Populariti Paling Tinggi Setakat Ini (Sehingga Kini). Nokia 3310. Siapa Tidak Kenal Dengan Model Klasik Ini. Sangat Fleksible. Tahan Lasak Sehingga Boleh Dibuat Sebagai Bola Takraw (Tak Caya Cubala!). Pengganti Kepada Alcatel Ini Telah Menjalankan Khidmatnya Sehingga Maju Jaya. Tahan Beberapa Tahun Lamanya. Kalau Tak Silap Dari Tingkatan 4 Lagi Ia Memulakan Khidmatnya. Walaupun Ada Beberapa Lagi Siri Revolusi Telefon Bimbit Lain. Namun Ia Tetap Diperlukan Disaat² Kecemasan. Penghargaan Ingin Saya Tujukan Kepada Model Ini Yang Telah Banyak Membantu Saya Menjalani Kehidupan Harian. Tepuk! Tepuk!

Memulakan Perkhidmatan Ketika Saya Di Bangku Kolej Matrikulasi. Dibeli Dengan Kawan Kepada Kawan Yang Tidak Lagi Ingin Bersama Telefon Ini (Dengar Cerita Dia Ada Sampai 6 7 Henfon. Pakai Buang Gitu…). Walaupun Gaya Transaksi Seperti Membeli Telefon Bimbit 2nd Hand, Namun Umur Beliau Ditangan Tuan Lama Hanya Baru Beberapa Minggu. Nampak Ceria Di Tangan Tuan Baru. Telefon Ini Juga Telah Memberikan Khidmatnya Dengan Penuh Bergaya. Walaupun Setahun Selepas Itu Khidmat Beliau Dihentikan Atas Sebab² Tertentu. Tamat Revolusi Ke-3.
Klik Untuk Teruskan.

Masih Berada Di Kolej Matrikulasi. Saya Berjaya Memperolehi Sebuah Telefon Bimbit Yang Agak Canggih Pada Waktu Itu (Dikatakan Telefon Bimbit Berkamera Yang Pertama). Hasil Penukaran Melalui Sistem Barter Dengan Ayahanda. Namun Terdapat Syarat² Ketat Untuk Membolehkan Telefon Itu Berada Lama Pada Tangan Anak Tuan Asalnya Ini. Namun Rupabentuk Beliau Yang Agak Gemuk Membuatkan Beliau Dirasakan Tidak Efisien Untuk Seorang Pengguna Yang Kurus Seperti Saya. Maka Khidmatnya Tidak Diteruskan Dengan Lebih Lanjut Pada Satu² Masa. Sistem Barter Itu Diteruskan Beberapa Kali Bergantung Kepada Situasi. Huhu.

Revolusi Ke-lima.Nokia 6030. Memulakan Khidmat Ketika Saya Di Meja Universiti Semenjak Tahun Pertama Lagi. Gaya Elegan & Kemurahan Henset Ini Telah Membuatkan Saya Tertarik Hati. Walaupun Tidak Seperti Telefon Canggih Yang Mempunyai Kamera & Fungsi Hebat Yang Lain, Ia Juga Memuaskan Hati Tuannya Dari Segi Memberikan Khidmat Seorang Negarawan Yang Setia Kelas Pertama. Cukuplahkan Telefon Bimbit Sebegini. Tidak Memeningkan Kepala. Cukup Hanya Sekadar Menghantar Mesej & Membuat Panggilan. Itu Sahaja.

Namun Konsep Yang Saya Lemparkan Tadi Tidak Bertahan Lama. Iri Hati Keinginan Untuk Memperolehi Telefon Bimbit Canggih Juga Tersemai Di Hati. Maka Legasi Khidmat Nokia Telah Terhenti Ketika Saya Di Tahun 2. Berminat Dengan Keefisienan Jenama Sony Ericsson Dalam Mendahului Bidang Audio Membuatkan Diri Ini Berminat Untuk Mengkaji Sejauh Mana Kebenaran Itu. Maka Model W300i Telah Menjadi Sasaran. Kecil Bergaya Lagi Comel. Telefon Bimbit Lipat Pertama Yang Berada Di Dalam Pangkuan Ini Dilihat Mampu Memberikan Kepuasan Yang Tersendiri. Dengan Memory 512 MB Dirasakan Cukup Untuk Menyimpan Segala Lagu Kegemaran. Model Ini Juga Telah Menghentikan Khidmat Beberapa Gajet MP3 Player Yang Juga Telah Berkhidmat Untuk Saya.

Ini Juga Adalah Hasil Sistem Barter Dengan Teman Sekampus. Semuanya Akibat Keinginan Bersama Rakan² Untuk Menggunakan Perkhidmatan Push2Talk Daripada Hotlink. Dilihat SonyEricsson Belum Lagi Mempunyai Fungsi Itu Di Produk Mereka. Maka Sistem Barter Ini Dilihat Mampu Meralisasikan Impian Saya Untuk Menjadikan Telefon Sebagai Walkie-Talkie Hingga Boleh Berbual Secara Jahanam Total. Namun Penggunaan Push2Talk Dilihat Tidak Terlalu Efisien Kerana Mereka² Yang Menggunakan Push2Talk Ini Adalah Teman Serumah Sendiri. Haha. Maka Sistem Barter Ini Telah Tamat Perjanjiannya 4 Bulan Kemudian.

Maka Sampailah Ke Revolusi Terakhir. Tada! Ini Adalah Model Sony Ericsson P908 Yang Boleh Bertindak Sebagai PDA Kerana Fungsi Touchscreen Nya. Diperolehi Sekali Lagi Hasil Sistem Barter Dengan Abang Sendiri. Baru Berada Dalam Genggaman 3 Hari. Dilihat Sebagai Gajet Yang Tercanggih Setakat Ini Oleh Saya Walaupun Sebenarnya Ini Adalah Model Lama Dalam Sirinya. Silalah Ke Blog Tech Saya Yang Masih Lagi Dalam Proses Pembangunan Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Model Ini - http://qaiyum.net/in-tech . Saiznya Dilihat Agak Besar. Namun Fungsi Yang Pelbagai Membuatkan Ianya Dilihat Mampu Memberikan Perkhidmatan Yang Lebih Menyeluruh Kepada Saya Sebagai Seorang Yang Kuat Bergerak. Seronok Rasanya Mencucuk² Skrin. :D=
Akhir Kata, Apa Pula Selepas Ini? Bila Boleh Berevolusi Kepada iPhone? Namun Yang Misterinya Apakah Gajet Yang MohdIsmail Guna Sekarang??
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]












patut le laju2 jek suh ako bukak blog dier… yg sebenornye nk bgtaw dier da tuka henpon baru… PDA plak tuh… siot.. hahaa…
Hek’ele. Jeles Ke? Bukan Tepon Ko Dah Lame Lagi Canggeh Dari Aku. Sesekali Nak Gak Aku Mendahului Zaman Kecanggihan Ko. Haha…
Aku jeles. Noktah.
Manyaknye tukar handphone nih qaiyum…. (buat gaya dan intonasi macam iklan nasik tuh, “manyak nye nasik ni raja….”
Apa handphone idaman qaiyum sebenarnya? hu hu
@Hawa - Itu Henset Pinjam Sahaja. Jangan Jeles. Hehe.
@musnazdotnet - Banyak Sebenarnye Gadget Idaman. Tapi iPhone Tetap Menjadi Pujaan Hatiku.
Aku masih tetap setia dengan Cokia 6100 Kui3.
hai semua..
lama tak datang sini..saja nak info
saya dah bersalin. terawal hampir 3 minggu lebih.
datang la ke blog nak tengok baby baru saya.
ape barang gune henpon. pablik fon la wei
bang bang…bOleh kita pinjam enpon tu.. wah canggih manggih enpon… nak pinjam…bleh ar.. thehehe
@affuan - Kool La Tu Pakai Enset Sabun. Tak Cokia Eh..
@adila - Dah Bersalin? Wuuu.. Bestnye Dapat Baby.
@adamjuni - Cara Gak Tuh. Cmane Ko Bawak?
@sodep - Nak Mane Satu? Boley Je Mincam. Tapi Ada Cagaran La.
sape2 nak tambah ilmu blehlaaa masuk http://www.doctor-phone.com. bli buku kemudian register kat web tu siap ade video nak repair handphone tau…Rm25 jer buku tu
ha ha ha.. xde misteri’nya Qai oi… gadget biasak2 saja… haha
*aku bajet lepas keluar matriks, mesti ko pakai henset lagi power… dan paling aku tak sangka, no talipon ko still sama.. ha ha.. misterius!
aku dlm perancangan gak, doa-doakan lah yer eheh
Tak lama lagi, dalam 10-15 tahun, ada can la robot jadi kita nyer maid. tak pon android..macam C3PO dalam star wars tu…fuh..kentang-kentang…
hanpon revolusi terakhir yg ko pakai tu, cam enpon girang girang ar dia nye design.. cam enpon mainan… tapi dont judge a book by it cover.. fungsi power upernye ek… hehehe….
aku mau tanya berapa harga hp nokia 7650 edisi sekarang?
Tak Pasti La Cik Dita. Tapi Raser Dalam RM500-600 Kot. Dah Murah Dah Henset Nie. Tapi Tak Pasti La Ader Edisi Baru Pulak.
larr…cte hal hp…sejarah la tu konon…
[...] Ini adalah sambungan mini bagi artikel Revolusi Teknologi. Lihatlah betapa bongkaknya gambarajah di atas. Agak susah sebenarnya untuk membuat ekspresi muka [...]