Kegilaan Manchester United
Sep 15th, 2007 oleh Qaiyum

Semalam Entah Macammana Tergerak Hati Untuk Mencari Kembali Laman² Web Yang Pernah Aku Bangunkan Dahulu. Sewaktu Zaman Muda Remaja. Maka Terjumpalah Semula 2 Buah Laman Web Yang Masih Utuh Di Alam Maya Ini. Belum Ghaib Lagi.
Ini Adalah Blog Yang Saya Bangunkan Hanya Berplatformkan HTML. Tercipta Semenjak Di Bangku Sekolah Lagi. Seperti Yang Dapat Anda Lihat Diatas, Itu Adalah Versi Terakhir Sebelum Saya Bertukar Kepada Weblog Yang Lebih Mudah Diuruskan - Blogdrive & Blogspot. Tiada CSS & Tiada Wordpress. Hanya Macromedia Dreamweaver Sebagai Teman. Dengan Hanya Berbekalkan Ilmu Web Yang Dipelajari Sendiri. Maka Lahirlah Web Yang Pada Saya Agak Canggih Pada Masa Itu. Berbanding Dengan Laman² Web Yang Sudah Saya Bangunkan Sebelumnya. Jika Tidak Silap, Semua Content Yang Terakhir Dikemaskini Adalah Sewaktu Saya Tamat Belajar Di Kolej Matrikulasi. Semarak Semangat Kegilaan Terhadap The Red Devils Membuatkan Tema Manchester United Menjadi Rupa Wajah Laman Web Itu.

Seperti Biasa Isi Kandung Yang Terdapat Dalam Kebiasaan Laman Web Persendirian Adalah Info Mengenai Diri Sendiri, Sedikit Gambar (Jika Bukan Seorang Yang Misterius), Diari@Blog Harian, Guestbook & Lain² Lagi. Haa.. Jika Anda Ingin Melihat Saya Sewaktu Masih Berkeadaan ‘Chumel’ Lagi Kiut. Silakanlah Menggerakan Monitor Anda Ke Web Itu.
Klik Untuk Teruskan
Kenapa Domain Di Atas Menggunakan Nama Necro? Apa Itu Necro? Kenapa ID YM! Saya Yang Masih Digunakan Hingga Kini Adalah necro_mostwanted@yahoo.com? Salah Satu Kegilaan Fanatik Saya Sewaktu Berada Di Bangku Sekolah Menengah Adalah BerChatting Di mIRC. Bermula Dari Seorang Pengguna Biasa Ke Operator² Yang Menjaga Channel @ Chatroom Daripada Ancaman Musuh² Durjana Ke Mempelajari Bahasa Pengaturcaraan Untuk Mengubahsuai Script mIRC Yang Digunakan Agar Sesuai Dengan Kegunaan Sendiri Hinggalah Ke Menganjurkan Gathering² Channel Di Restoran² Makanan Segera. Hinggalah Yang Paling Mantap Saya Telah Dijemput Oleh Seseorang Untuk Menjaga Server IRC Yang Beliau Bangunkan Sendiri.

Anda Pernah Bergelumang Dengan Dunia IRC? Saya Rasa Majoriti Daripada Anda Yang Mengenal Internet Sebelum Y2K Mengenalan Platform Chatting Ini. Sebelum Berpindah Kepada Instant Messenger Seperti Yang Ada Sekarang. Malas Pula Saya Ingin Menerangkan Perihal IRC :D=
Modus Operandi Saya Adalah Di Channel² IRC Di Negeri Perlis. Percaya Atau Tidak Channel IRC Yang Diwujudkan Khas Untuk Budak² Sekolah Saya Iaitu #SMKD (SMK Derma) Adalah Di Antara Channel² Yang Mempunyai Populariti Top 5 Di Dalam Server WebNet. Pernah Juga Mempunyai User Online Paling Ramai Berbanding Channel² Lain Pada Satu² Ketika. Saya Bukan Founder. Tetapi Adalah Antara Berjawatan Nombor 2 Tertinggi Di Dalam Channel Ini Iaitu Super Operator. Selain Itu Saya Juga Berjawatan Di Banyak Channel² Yang Memerlukan Khidmat Saya :D=
Berbalik Kepada Persoalan Tadi, Saya Mempunyai Banyak Nickname Sewaktu Di IRC. Revolusi Nickname Saya Berakhir Dengan Menggunakan Nama Necro. Revolusi Dari Nickname Saya Yang Sebelumnya - ^NeCRoMaNCeR^. Watak Dalam Game Diablo II. Maka Sehingga Kini Nama Itu Masih Melekat Sebagai Nama Pena Saya Di Dalam Dunia Maya Ini.
Maka Akibat Ketiadaan Laman Web Berkaitan Dengan #SMKD Ini, Maka Saya Yang Gemar Menjadi Penggerak Telah Membangunkannya Itu Tatapan Umum. Segala Yang Berkaitan Dengan #SMKD Termasuk Manusia² Yang Berkaitan Dimuatkan Di Dalamnya. Di Samping Informasi Mengenai Aktiviti Yang Akan Berlangsung Termasuk Gathering. Rasanya Saya Telah Menjalankan Gathering Untuk #SMKD Ini Sebanyak 2 Kali. Tak Termasuk Gathering Untuk Channel Yang Lain. Gathering Yang Dianjurkan Bukanlah Mudah. Protokol Yang Ketat Juga Sentiasa Diamalkan. Seperti Penggunaan Tag Nama, Hadiah & Ucapan² Yang Wajib Dilaksanakan. :D=
Entri Ini Sepatutnya Menerangkan Mengenai Laman Web. Tapi Tidak Mengapa. Pandai²lah Anda Sendiri Untuk Melihat Hasil Kerja Saya 4 @ 5 Tahun Dahulu. Sebelum Kehadiran Qaiyum.Net Ini :D=

Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Manchester United Juara Eropah !!!
- Alhamdulillah, Hari Ini Hujan Turun..
- The Lost World Of Tambun
- Perodua Kancil & CJ7












gambo dak kecik dalam web klasik ko tuh gambo ko ke…?
Iyo.. Jangan Tak Cayo. Aku Memang Chumel.
aah.. comel sgt mase kecik… tp bile da besar jd kering… hehe..
jgn mare gurau jek… =)
Aku pun bila taip balik nama sendiri kat google terkeluar website lama yang dah ditinggalkan..
Nak update balik pun dah tak boleh…
jadi terus dengan blog je lah
Yeke? Website Ape2?
Ingat Balek Masa Memula Terlibat Ngan Dunia Web Ni. Sbnanye Susah Nk Bangunkan Web Ni. Lebih² Lagi Kalo Blajar Sendiri. Sebab Tu Kite Spatutnya Kenang Balik Hasil² Keje Kita Yang Mula².
“The 1st Step Is The Most Important Step.”
oh pasukan peberet ku…
wah..bagus2..
adda lagi kenalan fan man utd sejati..
red devils rules epl…