Memori Setahun
Sep 14th, 2007 oleh Qaiyum

Jika Diimbas Kembali Apa Yang Telah Berlaku Pada Waktu Yang Lebih Kurang Sama Dengan Waktu Sekarang Ini Pada Tahun Lepas, Banyak Memori Yang Pada Saya Memori Yang Indah Dan Ada Juga Yang Tidak Berapa Nak Indah Sangat.
- Latihan Industri
Pertama Kali Dalam Hidup Memulakan Bulan Puasa Dengan Gaya Hidup Sebagai Orang Yang Berkerjaya. Bertempat Di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Walaupun Bersama² Dengan Rakan Sefakulti Yang Lain Di Tempat Praktikal Itu, Namun Ulang-Alik Dari Bandar Baru Bangi Ke Putrajaya Pagi Dan Petang Bukanlah Suatu Yang Menyeronokkan. Terutama Bila Lalu Lintas Yang Sesak. Lebih² Lagi Waktu Hujan. Dengan Berbekalkan Motosikal Yamaha Nouvo 115, Adalah Pada Aku Sangat Letih Untuk Menunggang Pada Waktu² Tenaga Berada Pada Tahap Paling Minumum Di Waktu Petang. Namun Itu Semua Adalah Pengalaman. Yang Indah..
- Rumah Sewa
Pertama Kali Juga Menyambut Bulan Ramadhan Dengan Menyewa Di Sebuah Rumah Sewa Di Bandar Baru Bangi Bersama Dengan Beberapa Rakan Yang Lain. Berlainan Dengan Situasi Di Kolej Kediaman Di Dalam Kampus, Rumah Sewa Ini Lebih Terbuka Lagi Mencanang Minda Dalam Menentukan Hala Tuju Pengurusan Rumah Tangga. Dengan Tempat Masak Yang Memang Telah Disediakan Oleh Tuan Rumah, Penggunaan Kebiasaannya Hanya Kepada Memasak Makanan Segera. Namun Masih Ada Aktiviti Masak-Memasak Dijalankan Bersama. Walaupun Tidak Mewah. Cukuplah Masakan Sebagai Orang Bujang Dengan Kehadiran Nasi, Telur, Ikan, Ayam & Sayur Yang Sentiasa Berstatus Goreng. Namun Yang Paling Menarik Adalah Kami Tidak Perlu Untuk Kerap Keluar Untuk Bersahur. Berbanding Dengan Berada Di Kolej Yang Hanya Terhap Kepada Mee Segera & Roti Untuk Bersahur, Di Rumah Sewa Kami Masih Lagi Boleh Memasak Makanan Berat. Namun Kini Saya Menduduki Rumah Sewa Yang Berlainan Di Mana Tiada Kemudahan Untuk Memasak. Maka Perlu Rajin Untul Keluar Mencari Juadah Untuk Bersahur.
- Menjadi ‘Orang Kenamaan’
Menjadi Pemimpin Pelajar Selepas Memenangi Pemimpin Pilihanraya Kampus Tahun Lepas Adalah Pembuka Lembaran Baru Dalam Kamus Hidup Semasa Bulan Ramadhan Itu. Gaya Hidup & Telah Berubah Walaupun Bukan Secara Total. Masih Mengamalkan Gaya Hidup Sebagai Seorang Anak Bujang. Namun Perlu Juga Memainkan Peranan Sebagai Seorang Yang Diamanahkan Untuk Menjadi Perwakilan Pelajar. Bermula Dengan Jemputan Ke Majlis² Berbuka Puasa Anjuran Orang² Kanan Kerajaan Terutama Di Kementerian Pengajian Tinggi Termasuk Tok Pa & Dato’ Adham Baba. Disusuli Juga Dengan Jemputan Ke Rumah Naib Canselor UKM Yang Baru Dilantik. Seterusnya Ke Majlis² Anjuran Badan & Organisasi Luar. Sehinggalah Ke Majlis Di Dalam Kampus Sendiri. Hmm.. Apa Yang Cuba Disimpulkan Sebenarnya Tahun Lepas Saya Banyak Makan. Tahun Ini Tiada Lagi Situasi Sebegitu Rupa. Huhu…
Cukup Dulu Buat Kali Ini. Banyak Lagi Memori Setahun Yang Boleh Dikongsi. Namun Ini Sudah Cukup Menggambarkan Anjakan Hidup Yang Berbeda Dalam Masa Setahun. Memori Hanya Tinggal Memori. Hidup Mesti Terus. Selamat Meneruskan Ibadah Puasa Untuk Semua :D=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Memori
- Memori Qaiyum
- Memori Keluarga
- Memori Sahabat
- Memori Situasi
- 26 Disember
- Kisah 3 Sahabat Karib Di Arena W.P. Labuan









owhh.. patut la sebelum ni ko sibuk bagai nak gila… jd wakil pelajar rupanya… ngeh3.. ade tokoh jd ahli politik ko ni… ha ha ha
Tak cukup satu buku kalau nak karang memori setahun! Tapi ada satu buku yang catat memori seumur hidup!
Ada Satu Lagi Yang Tak Masukkan..Iaitu Masa Pagi Nak Gi Ofis..Sampai Sana Kul Berapa? Ape Dah Jadi Kat Kad Masuk Keje..Hebat La..Aku Pun Tak Leh Lawan…Hahaha…