Kelantan Maju 2008
Sep 10th, 2007 oleh Qaiyum

Bosan Rasanya Kehilangan Waktu Lebih Dari 8 Jam Untuk Pergi & Pulang Dari Wilayah Pantai Timur, Kelantan. Ditambah Pula Dengan Rasa Sengal Di Badan Terutama Di Bahagian Pinggang & Juga Punggung. Sungguh Seksa Rasanya Perjalanan Sebegini Menaiki Bas Berlabel Universiti Kebangsaan Malaysia. Walaupun Keadaan Bas Itu Sudah Cukup Selesa, Namun Diri Ini Tidak Mengizinkan Untuk Berada Dalam Keadaan Selesa. Terasa Benci Untuk Menghabiskan Waktu Sebegitu Lama Tanpa Membuat Apa². Huhu..
Jumaat, 5.00 pm
Tiba Di SMK Ketereh Untuk Persiapan Program Jejak Bestari Yang Akan Bermula Malamnya Dengan Sesi Ceramah. Namun Tidak Banyak Yang Perlu Diselesaikan. Peserta² Juga Diuruskan Oleh Cikgu² Yang Terlibat Untuk Sesi Pendaftaran. Kemudian Kami Bergerak Ke Rumah Salah Seorang Juniorku Yang Mengadakan Majlis Tahlil Untuk Arwah Ayahnya. Disitu Aku Berpeluang Merasa Laksa Kelantan Yang Agak Membuatku Jatuh Cinta Kepada Bumi Kelantan. :D=

Klik Untuk Bacaan Lanjut -
Sabtu, am - pm
Bermula Dengan Majlis Persamian (Biasalah!). Pelajar² Yang Dipilih Kali Ini Adalah Mereka Yang Berada Di Tingkatan 6 Atas. Yang Akan Menjalani Peperiksaan Percubaan STPM Dalam Masa Yang Terdekat Ini. Oleh Itu, Acara Kali Ini Tidaklah Begitu Berat. Agak Santai Juga. Selesai Sahaja Majlis Perasmian Acara Diteruskan Dengan Sesi Ceramah Kedua Diikuti Dengan LDK Kendalian Fasi² Yang Rata² Mampu Ber’kecek’ Klate. Peluang Ini Tidak Disia²kan Oleh Peserta Untuk Mengorek Sebanyak Mungkin Ilmu & Pengalaman Fasi Tatkala Bergelar Mahasiswa/i. Saya Tidak Terlibat Dalam LDK. Walaupun Diberikan Peluang Untuk Memegang LDK, Hati Sudah Terasa Tepu. Bukannya Diri Ini Telah Hilang Semangat Juang Untuk Mendidik Anak Bangsa. Namun Aku Harap Pengalaman Kali Ini Diberikan Kepada Junior² Yang Ada. Mereka Perlu Lebih Didedahkan Kepada Peluang Ini Sebagai Latihan Hidup Mereka. Ini Bukan Alasan Tau :D=
Acara Diakhiri Dengan Sesi Yang Lebih Santai Iaitu Persembahan Kumpulan. Dan Seterusnya Majlis Ditutup Dengan Penyampaian Sijil Penyertaan Dan Sesi Terakhir Bersama Abang² & Kakak². Program Ini Perlu Dihabiskan Awal Atas Permintaan Cikgu² Memandangkan Mereka Akan Menghadapi Peperiksaan Percubaan STPM Pada Keesokan Harinya.
Malamnya Kami Meneruskan Rombongan Ke Rumah Anak Yatim Putri Harapan. 115 Anak Yatim Diraikan Oleh Kami. Aktiviti Ini Juga Adalah Amal Ibadat Jika Anda Mungkin Terlupa. Di Dalam Al-Quran Disebutkan Sendiri Oleh Allah S.W.T Akan Perihal Anak Yatim. Fardhu Kifayah Kepada Kita Seluruh Umat Islam Untuk Membantu Mereka² Ini. Sedikit Sumbangan Berupa Duit, Hamper, Pakaian, Makanan Alatan Tulis Disumbangkan Kepada Mereka.
Bulan Ramadhan Bakal Menjelang. Waktu Sebeginilah Akan Turunnya Ahli² Politik, Pegawai² Atasan, Ahli Korporat & Individu Lain Untuk Membantu Golongan² Yang Dikategorikan Kurang Upaya Ini. Tapi Mengapa Perlu Tunggu Hingga Bulan Mulia Untuk Menyumbang? Sesungguhnya Mereka Amat Memerlukan Perhatian Kita Dari Masa Ke Masa. InsyaAllah Semoga Dengan Kesedaran & Iktibar Kita Dapat Kita Meringankan Beban Golongan Ini.

Ahad, am - pm
Paginya Kami Melawat Sebuah Keluarga Agak Sinonim Dengan UKM. Keluarga Itu Telah ‘Kehilangan’ Anak Mereka Awal Tahun Ini Akibat Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Hadapan Kampus. Membuatkan Anak Mereka Koma Selama 8 Bulan Sebelum Menghembuskan Nafasnya Yang Terakhir. Sedikit Majlis Tahlil Diadakan. Ingat! Berhati²lah Di Jalan Raya. Sama²lah Kita Sedekahkan Al-Fatihah Kepada Allahyarham. Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat
Rombongan Diteruskan Ke Lokasi² Strategik Bagi Wanita Untuk Membeli-Belah. Disimpulkan Disini Kami Ke Pengkalan Kubor & Kota Bharu. Hanya Tempat Itu Sahaja Sempat Dilawati Memandangkan Masa Yang Agak Suntuk. Namun Aku Sempat Me’rembat’ 2 Jersey Bola. :D=
Akhir Kata Kelantan Sebuah Negeri Yang Harmoni Untuk Dinikmati. Pengalaman Kali Pertama Berada Di Sana Membuatkan Diri Ini Sudah Jatuh Cinta Kepada Negeri Cik Siti Wan Kembe Ini. Semoga Kelantan Maju 2008…

Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Salam Aidilfitri 2008
- Genting View Resort Training..
- Maxis Euro Fantasy League
- Pemilu Malaysia - Barisan Nasional Gagal Menang Mutlak
- Berehat Sebentar Demi Penyusunan
- Sekitar Permatang Pauh
- Bergerak Jauh











aku mmg boring duduk lelama dlm bas,sbb tu lagi ske drive sendiri jejauh,hehee..:) lelagila nak tido tak selesa,huh..best gakkan buat program camni..napelah dulu aku tak penah join camni,kekeke
Tak Join Ke? Hehe.. Sesaje Tambah Pengalaman.. Best Woo.. Ramai Member.
Bestnye~~!! Teringat dulu2 masa beraktiviti kat UKM. Dengan PERTAMA, Dengan ISI, Dengan KAJAI. Best giler kan jadi student~~??
Err… Jemput2la aku kalau ade aktiviti best lagi.. (tak malu). *hehe*
mu g klate tu dok jupo gewe come ko… saye wehhh….
kawe pong dok reti naik bah lamo, tu kawe baghu ni naik ketapi…
=p
mu gapo dio nok royak nih? naik bah meme bose kalu jale slow rok gak…