Bergerak Jauh
Sep 7th, 2007 oleh Qaiyum

Formasi - Tiada Kaitan Dengan Entri
Esok (Awal Pagi Ini) Saya Akan Bergerak Ke Ketereh, Kelantan. Sebuah Negeri Yang Tidak Pernah Saya Jejaki Seumur Hidup Saya Lagi. Memang Impian Saya Untuk Merantau Ke Seluruh Pelusuk Negeri Yang Terdapat Di Malaysia. Hanya Negeri Ini Yang Belum Saya Lepasi Sempadannya Dan Saya Jelajahi. Esoklah Harapan Saya Itu Akan Termakbul. Saya Tiada Adik Beradik Di Sana. Tiada Saudara Mara. Hanya Rakan Dari Negeri Cik Siti Wan Kembang Ini Sahaja Yang Saya Ada. Esok Pagi Saya Akan Mengikuti Bersama-sama Rombongan UKM Untuk Menganjurkan Sebuah Motivasi Di SMK Ketereh. Oleh Kerana Saya Telah Melepasi Waktu Tidur Maka Tidak Berani Pula Untuk Saya Lelapkan Mata. Jika Tidak Kebarangkalian Untuk Terlepas Rombongan Ini Sangat Tinggi. Esok Pagi Saya Terpaksa Bergegas Keluar Rumah Tepat 6.30 Pagi. Sangat Jauhkan Kelantan? Huu..
Habis.
Menulis Entri Pada Waktu Ini Sangat Menguji Minda. Tidak Banyak Bait² Kata Yang Muncul. Yang Ada Hanyalah Keletihan & Keinginan Untuk Bersama Bantal. Namun Tetap Juga Ingin Saya Menulis Kerana Hanya Pada Hari Ahad Nanti Saya Akan Kembali Menulis Di Dalam Wordpress Ini.
Sebentar Tadi (Adalah Dalam 6 Jam Sebelum Masa Entri Ini Ditulis - 3.45 am). Saya Bersama² Dengan Rakan Seperjuangan Di UPSM.org Telah Mengadakan Perjumpaan Mega Untuk Ahli Tahun 1. Wajah² Manis & Mulus Gadis² & Jejaka² Yang Baru Mengenal Dunia Penuh Pancaroba Ini Telah Membuatkan Semangat Untuk Melatih Mereka Menjadi Yang Terbaik Untuk Diri Sendiri & Masyarakat Kembali Berkobar-Kobar. Semangat Yang Ditunjukkan Oleh Mereka Dengan Kehadiran Seramai Lebih Kurang 170 Orang Menunjukkan Bahawa Mereka Sedia Untuk Dilatih Oleh Kami Para Senior Yang Sesungguhnya Sedia Untuk Mencurahkan Segala Ilmu Di Dada. Yang Pada Tahap Mereka Ini Adalah Ilmu Fasilitator Yang Bakal Difokuskan. Saya Juga Telah Diminta Untuk Memberikan Sepatah Dua Kata Sebagai Seorang Pengerusi Pertubuhan Sesi Ini. Sudah Lama Dirasakan Saya Tidak Berucap Dihadapi Orang Seramai Ini. Hmm.. Sungguh Hebat Menjadi Mahasiswa. Namun Adakah Semua Ini Boleh Saya Ulangi Lagi Tatkala Mungkin Diri Ini Bekerja Di Bawah Pengaruh Penghawa Dingin Dari Pukul 8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang? Entahlah.. Seronok Menjadi Pelajar.
Mungkin Selepas Ini Saya Akan Menulis Berkenaan Dengan Berorganisasi Mengikut Cara Tersendiri & Pada Saya Agak Unik Untuk Dikongsi Bersama. Kalau Dilihat Sebenarnya Semua Persatuan, Kelab, Pertubuhan Adalah Sama. Tapi Nanti Saya Akan Lebih Fokuskan Pada Keunikan Yang Mungkin Tiada Di Tempat Lain. Ini Bertujuan Untuk Sama² Menilai Sejauh Mana Keupayaan Kita Berorganisasi. Termasuk Organisasi Di Dalam Rumah Tangga. Haa.. Penting Tu. Disamping Itu Bolehlah Saya Membelek-Belek Entri Berkenaan Pada 10 Tahun Akan Datang (Jika Blog Ini Masih Wujud) Agar Dapat Saya Kenangkan Kembali Apakah Perkara Yang Telah Saya Lakukan 10 Tahun Lepas Sewaktu Bergelar Mahasiswa.
Mungkin Anda Di Luar Sana Tidak Merasai Seperti Apa Yang Saya Rasai Sekarang. Saya Merasakan Saya Akan Kehilangan Sesuatu Suatu Hari Nanti. Sesuatu Yang Tidak Mungkin Kita Dapat Kekalkan Sampai Bila². Perasaan Sebegini Sangat Tak Best. Antara Yang Bakal Hilang Dalam Masa Beberapa Tahun Lagi Di Dalam Diri Saya Ini Adalah Semangat Mahasiswa, Semangat Perjuangan, Semangat Patriotisme, Kawan-Kawan, Adik-Beradik Saya, Adik Didikan Saya, Rakan-Rakan Sefakulti & Sekampus, Pegawai UKM & Tenaga Pengajar. Mungkin Tidak Akan Hilang Sepenuhnya. Cuma Yang Kuat Adalah Memori & Ilmu Yang Telah Diperolehi Di Perbukitan Bangi Ini. Aiseh! Macam Sedey Pulak Bicara Ini..
Empayar Qaiyum.Net
Apapun Silalah Melawat Ke Ruangan Baru Saya Yang Bergelar Empayar Qaiyum.Net . Disitu Dikumpulkan RSS Feed Ke Weblog² Saya Yang Lain Yang Sedang Dibangunkan. Ini Demi Memudahkan Navigasi Saya Sendiri Dan Mungkin Anda Yang Gemarkan Rumpunan Rangkaian Qaiyum.net . Hehe! :D= Kalau Tak Sudi Pun Tak Mengapa.
Suarakan Telah Menerjah Seorang Awek Cun. Jom! Dan Ada Lagi Beberapa Projek Yang Sedang Dibangunkan Oleh Saya & Rakan². Semoga Sama² Beroleh Manfaatnya.
Akhir Kata Dari Saya Selamat Berhujung Minggu. Dan Jika Ada Diantara Kalian Yang Membaca Entri Ini Yang Berada Di Sekitar Ketereh Mahupun Di Sepanjang Lebuhraya Esok Menemui Bas UKM, Silalah Hon. Adios!
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Merantau Jauh
- Kenyang
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Destinasi - Ijok (DUN Menteri Besar Baru)
- Pengkorporatan
- Penat..
- Cita-cita











Qai, aku dah merasa ‘kehilangan’ tu dan aku pun dah merasa kembali kemanisan hidup sebagai pelajar..Seronok berada di U dulu, tapi sayangnya aku terpaksa pergi secara tiba-tiba..Sampaikan kawan-kawan aku terkejut atas pemergian aku..Sangat sedih..Sampai menangis aku waktu tu..
Tapi bila aku dah ada di maktab, terasa kemanisan yang agak lebih jika dibandingkan waktu berada di U..Tapi sekarang aku dah boleh menghayati erti sebenar hidup sebagai pelajar ni..SEMUA BENDA HANYA SEMENTARA..
Ingat lagu P.Ramlee? “Saat yang bahagia, datang sekejap saja..” Hehe..
Berkenaan Empayar kau tu, sangat memberangsangkan..mungkin kau boleh pertimbangkan penggunaan Tumblr, sebab servis tu ada fungsi menyedut feeds dari blog2 yang kita nak..