Sean Ghazi - Semalam
Sep 5th, 2007 oleh Qaiyum

Sean Ghazi Pada Saya Adalah Satu Nama Yang Tidak Asing Lagi Dalam Arena Seni Tanah Air. Entah Kenapa ‘Mamat’ Ini Berjaya Membuatkan Aku Membeli CD Original Lagu² Beliau - Semalam. Walaupun Hanya Ada Beberapa Sahaja Lagu Baru. Yang Lain Semuanya Adalah Nyanyian Semula Sean Ghazi Terhadap Lagu² Penyanyi Terdahulu Seperti Allahyarham P. Ramlee & Allahyarham Sudirman. Sean Ghazi Dilihat Mampu Mengangkat Martabat Lagu Berbahasa Melayu (Walaupun Gaya Tidaklah Melayu Sangat) Ke Satu Tahap Yang Lebih Tinggi Mengikut Cara & Gaya Beliau Sendiri.
Saya Merupakan Peminat Muzik. Banyak Aliran & Spesis Muzik Yang Saya Ikut Semenjak Dari Bangku Sekolah Hinggalah Kini. Tidak Banyak Sebenarnya CD Original Yang Saya Kumpul. Setakat Ini Antara Artis Yang Boleh Meyakinkan Saya Untuk Membeli CD Original Adalah Too Phat, Linkin Park & Beliau Iaitu Sean Ghaz. Selain Dari Itu Saya Hanya Akan Membeli Kaset Original Mahupun Muat Turun Ke Laptop Peribadi Ini. Semuanya Adalah Berdasarkan Kepada Kualiti Sesuatu Album Itu. Pada Saya Too Phat & Linkin Park Yang Berentak Hip Hop Ini Sentiasa Berusaha Dalam Mementingkan Kualiti Album & Lagu Sentiasa Berada Pada Tahap Yang Memuaskan Pendengar. Bukan Hanya Mencipta Lagu Secara ‘Melepaskan Batuk Di Tangga’.
Mesti Anda Pelik Sebenarnya Aliran Muzik Apakah Yang Betul² Berada Dalam Jiwa Saya. Susah Juga Nak Jawab. Tapi Sebenarnya Yang Betul² Menyerap Ke Dalam Jiwa Saya Adalah Lagu Klasik & Juga Berentak Hip Hop. Kontra Bukan? Namun Saya Suka. Yang Saya Tidak Suka Adalah Lagu Yang Dinyanyikan Oleh Artis Wanita. Tidak Tahu Mengapa. Tiada Satu Lagupun Yang Dinyanyikan Oleh Wanita Yang Saya Gemar Untuk Ikuti. Mungkin Kerana Suara Wanita Itu Adalah Aurat. Hahaha!
Sean Ghazi - Semalam Ini Dihasilkan Dengan Penuh Kualiti. Dari Segi Rakaman, Susunan Melodi, & Segala-galanya Begitu Teliti. Lagu² Dalam Album Ini Telah Dirakamkan Di Australia Dengan Menggunakan Khidmat Orkestra Dari Sana. Kenapa Bukan Orkestra Malaysia? Tidak Tahu! Album Ini Telah Menaikkan Nama Sean Ghazi Dengan Memenangi 2 Anugerah AIM Termasuk Artis Baru Terbaik 2007.
Dan Kini Album Sean Ghazi - Semalam (Deluxe Edition) Telah Berada Di Pasaran Dengan 2 Lagu Bonus Tambahan. Mari Mendengar Lagu Dari Sean Ghazi Untuk Ketenangan Jiwa & Kembali Ke Era Emas Lagu Melayu.
Sekian.
*Maaf Entri Ini Ditulis Agak Kelam Kabut Kerana Saya Ingin Menghadiri Forum. Hihi. Alasan.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Penat..
- Hari-Hari Bersama Warga Emas..
- Gelanggang
- Simbol Perpaduan
- 26 Disember
- Hari-Hari Yang Penat Jugak La Rasa..
- Pesta Ang Pow











haha..best2.. john cena mmg.. eh silap… sean ghazi mmg best… jazz alive.. hahaaa…
Sean Ghazi Adalah Artis Baru Yang Meningkat Naik Kerana Menyanyikan Lagu-Lagu Lama.. Macam Michael Buble (Betul Ke Ejaan?). Tapi Qai Jangan Lupa Bahawa Too Phat Dan Linkin Park Adalah Betul-Betul Artis Yang Mencintai Muzik Yang Dibawanya. Sebab Itulah Lagu-Lagu Mereka Sangat Menarik. Begitu Juga Micheal Buble Yang Sangat Menyukai Lagu-Lagu Lama.. Tapi Sean Ghazi? Saya Tidak Setuju Sean Ghazi Boleh Dilihat Sebagai Orang Yang Mampu Mengangkat Martabat Lagu Berbahasa Melayu. Kerana Temubual Yang Dijalankan Ke Atasnya Menampakkan Dirinya Yang Sebenar. Saya Bukan Mahu Menuduh.. Sekadar Mengkritik Sesetengah Artis Kita Yang ‘Mencipta Seni’ Hanya Kerana Wang Dan Populariti. *wink*
hehe, bagus betulla ko qayum, sepanjang hidup aku tak penah beli cd or keset artis sama ada luar or dalam negara..dan ni kali pertama aku dgr nama org tu,muahaha..*aku mmg buta gile hiburan,ahahaa
aku suka ada satu lagu dia ni.. video klip dia hitam putih.. ada unsur2 kecewa yang seksi.. aku lupa da tajuk dia.. aku tgk masa tu kat muzik di ria… *suara mamat ni err.. jantan & seksi! ha ha ha
Ku Impikan Bintangla Nama Lagu Tue. Tapi Apa Yang Diperkatakan Oleh Cik Hawa Adalah Benar. Dia Bukanlah Orang Yang Berjuang Di Dalam Seni Semata². Namun Kita Ambillah Penglibatan Beliau Di Dalam Arena Seni Secara Santai.
:D=
ceh..qaiyum mmg suka lagu2 cam ni…best se ko nyanyi abg…
ye sean ghazi mmg besh.kengkadang suaranye besau.he has a deep voice yg bg shayer,agak shekshi.mwehehe..rsenye ku impikan bintang tuh lgu yg mnaekkan nme beliau.