5 Perkara Sulit Mengenai Qaiyum
Sep 4th, 2007 oleh Qaiyum

Bagi Menjawab Tag Dari Saudara MohdIsmail Iaitu 5 Perkara Yang Tidak Diketahui Oleh Anda Mengenai Seorang Blogger Bernama Abdul Qaiyum Borhan Ini. Ini Adalah Kali Pertama Saya Terkena Tag Oleh Seseorang. Berkenaan Dengan Peristiwa Tag Ini Sebenarnya Saya Tidak Berkeinginan Untuk Melaksanakannya. Mungkin Ini Adalah Tag Yang Pertama Mahupun Yang Terakhir Dari Saya. Hehe.. Jangan Marah Kalau Saya Tidak Membalas Tag Anda.
Saya Juga Agak Musykil Berkenaan Dengan Tag Ini. Saya Bukanlah Seorang Blogger Yang Sepopular MohdIsmail . Saya Masih Belum Dikenali Ramai Lagi. Usia Blog Ini Pun Hanya Baru Mencecah 3 Minggu. Apapun Saya Akan Cuba Menjawab Tag Yang Telah Diamanahkan Dengan Sejujur & Seikhlas Mungkin. Mungkin Ia Akan Menjadi Terlalu Peribadi Tapi Saya Akan Cuba Untuk Berkongsi Sesuatu Yang Menarik. Info Ini Tiada Di Page About Me. Hayatilah :
- Qaiyum Dibesarkan Oleh Keluarga Angkat Semenjak Kecil.
- Diambil Menjadi Anak Angkat Oleh Emak Saudara Sendiri. Namun Tetap Berhubungan Dengan Family Sebenar Sehingga Kini. Mempunyai Sebab² Tertentu Mengenai Proses Pengambilan Anak Angkat Ini. Sebuah Cerita Yang Agak Menarik Untuk Dikongsi Mahupun Dijadikan Novel. Mungkin Saya Akan Berkongsi Di Entri Yang Lain. Agak Panjang Mahu Cerita
- Qaiyum Adalah Seorang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM.
-
Untuk Sesi 2006/2007. Menang Pilihanraya Kampus Dengan Kelebihan 22 Undi Bagi Kerusi Tahun 3 Fakulti Teknologi & Sains Maklumat. Memegang Juga Portfolio Pengerusi Latihan & Kepimpinan, Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) Menghadapi Pelbagai Onak Dan Duri Semasa Perjuangan Menjaga Kebajikan Pelajar. Isu Terbesar Antaranya Adalah Kes Penculikan 2 Orang Pelajar Undang-Undang Menggunakan Bas Kilang Untuk Dijadikan Pelacur. Sudah Menghampiri Ke Penghujung Jawatan. Pilihanraya Kampus Bakal Menjelang Tidak Lama Lagi.
-
- Qaiyum Tak Kisah Soal Makan.
-
Walaupun Bentuk Fizikal Tubuh Agak
ToughKurus, Namun Bagilah Apapun Jenis Makanan Samada Tawar, Masin, Pahit, Payau, Terlebih Rasa, Kurang Enak, Sedap, Umph! Akan Saya Belasah Juga Sampai Habis. Janji Halal. Tak Makan Sehari Pun Takpe. Tidak Susah Bukan? Untung Siapa Yang Menjadi Isteri Diri Ini. Makan Untuk Hidup Bukan Hidup Untuk Makan. Jangan Membazir Makanan Tau.
-
- Qaiyum Adalah Seorang Yang Pelik Lagi Misteri.
-
Sesiapa Yang Rapat Dengan Diri Abdul Qaiyum Borhan Akan Kesan Kepelikkan Yang Terdapat Dalam Diri Ini. Kadang² Saya Boleh Menjadi Seorang Yang Sangat Serius. Tapi Dalam Suatu Masa Yang Lain Boleh Menjadi Sangat Spastik. Mungkin Terlalu Terpengaruh Dengan Permainan Watak Seorang Fasilitator Di Dalam Satu² Kursus. Maka Boleh Memainkan Pelbagai Watak Dalam Hidup. Namun Dirasakan Kebanyakan Masa Saya Hanya Menjadi Seorang Yang HappyPeopleMedia @ Spastik. Namun Bila Menyentuh Isu² Serius @ Berat Maka Saya Juga Adalah Orang Yang Akan Membincangkannya Dengan Paling Serius. Pelik Bukan? Kenalilah Saya.
-
- Qaiyum Masih Bujang Tapi Sudah Berpunya….
Setakat Itu Sahaja. Tag Ini Tidak Akan Saya Tujukan Kepada Mereka Yang Lain. Rantaian Ini Hanya Berhenti Setakat Ini. Terima Kasih Kepada Yang Sudi Membaca. Terima Kasih Juga Kepada Saudara Ismail Di Atas Panahan Tag Yang Diberikan.
: )=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]











di’besarkan oleh keluarga angkat? huu.. kenapa aku tak pernah tahu?
*ha ha… bahagian kdg2 serius kdg spastik tu mmg betull ha ha ha
Hahaha.. Ya. Aku Masih Lagi Mengekalkan Misterius Itu.
Assalamualaikum…
wah, bila besar nanti boleh jadi pemimpin negara plak.. ada bakat!! hehehe….. eh bukan bila besar.. tapi bila tua nanti.. kekeke…
“Namun Bila Menyentuh Isu² Serius @ Berat Maka Saya Juga Adalah Orang Yang Akan Membincangkannya Dengan Paling Serius.”
ketepatan penerangan nih ako rase adalah pada 99.23% pada ketika ko sdg duduk di meja perbincangan sama bilik mesyuarat mahupun mapley… tetapi akan menjadi 5.43% pada ketika ko baru bangun tido kerana dikejut ako untuk membincangkan sesuatu… =)
Khai - InsyaAllah Kalau Hati Ini Masih Ada Hati Mahu Terlibat Dlm Politik. Heheh..
Azrin - Sapo Suh Kejut Den Maso Den Tongah Tido Nak Bincang Pasal Maso Dopan. Huh!?
waaa, ni budak2 MPP lah,kekeke..:) tahniah bro, sekurang2nye ada gak jasa ko kat sane..aku dulu kat UTM, masuk kampus untuk hadiri kelas je,muahahhaa…
macho nyer die.. ape tak makan sehari pon xper.. fuh mmg pelik …
qaiyum, dah jd wat operation katarak kt mata tu ke?
Acai : Hehe.. Saje Nak Carik Pengalaman Lebey.
mixterr : Tapi Ko Lagi Macho Sebenarnye. Huhu. Tula. Pelik Tul Aku.
ninadewe : Yaa.. Sudah Lama Operatenya. Sudah OK Kembali Mata Kiriku Ini. Cuma Sudah Menjadi Artificial La Mata Aku Ni. Uu.. Kanta Palsu Da.
hahaha..aku kat uitm pun dtg pi kelas dan main taekwondo jerk..Anti-MPP, hahaha, aku adalah the rebellion.
Rahsia apa lagi yg ko simpan Qai, mesti byk lg ni..
Uyo. Akut Ngan Dak Taekwando. Uuu..
Nak Tau Rahsia Lagi? Aku Suka Dengar Lagu Sentimental,Evergreen,Nostalgia. Suker Dengar Radio Klasik Nasional. Peminat Sean Ghazi Juga. Hahaha.. Memember Tak Suka Naik Kete Aku Sebab Aku Bukak Klasik Nasional Ngan Sean Ghazi Slalu. Hahaha..
aku ade perasan kat awan gambr tu. ade UFO la..
yg first tu dah tau dah,ko yg bgtau sendiri..igt tak? hehe,aku yg paksa bgtau..selepas ternampak nama lain kat surat beranak.selamat berposa,mintak maaf..
ish2 poyo2 je ayat ko ni abg…ko mmg pelik pun…bgs mail ko tanye pasal topik ni
kokoil yang aku kenal adalah seorang ataupun seekor primat yang makan sampah(kulit buah mata kucing)..aku pun xtau nak panggil seekor or seorg…susah nak dijelaskan…haha..
Gilo Apo Pejal Oi..
kita berkongsi minat yg sama lg..
sy pon suka lagu2 retro….sampai kawan2 naik jelik dgr bila sy menyayi coz suara sy sedap..haha.. selalu dgr sinar.fm…
menyesal x kenal abg qay dgn lebih rapat dulu…mmg pelik orgnyer..
sy kenal abg qay sbg jurulatih bertauliah jew…hehe
1st tyme drop komen nie.. =)
its soo trueee pasal artikel nie..hihi
agreed 100%!love n proud to know more bout urself abang..seronok sangat!u’re different from other~u’re soo special!!
one in a million kowt.. (^^,)y
really proud wif u~chaiyok!chaiyok!
Thanks Dear For Ur Comment. :D-
Oo.. Dah Pandai Komen Eyh Dalamni? :P-
Part Mane Yang Trueee Sangat Tu Dalam Artikel Ni Ek? Hehe.
>>”Bagilah Apapun Jenis Makanan Samada Tawar, Masin, Pahit, Payau, Terlebih Rasa, Kurang Enak, Sedap, Umph! Akan Saya Belasah Juga Sampai Habis.”
-milo ais yg rase die sgt pelik pun abang boleh minum dgn sedap kan~
>>” Dalam Suatu Masa Yang Lain Boleh Menjadi Sangat Spastik.”
-hehe..memang spastik sgt..especially tyme drive kete sambil nyanyi2~
>>”Suka Dengar Lagu Sentimental,Evergreen,Nostalgia. Suker Dengar Radio Klasik Nasional.”
-ngantokkk laa dgr klasik nasional~ =p
1,2 & 5 tu mmg fakta laa kot kan..hehe
Hahaha.. Betul Betul Betul!! (Ipin Cakap).
Oo.. Ngantok Ke Dengar Klasik Nasional. Takpela. Lepasni Abg Bukak Bernama Radio 24 Je Eyh? Hehe.