Belum Merdeka Minda
Aug 31st, 2007 oleh Qaiyum

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
Waktu Ini Tepat Pukul 3.57 am Di Daerah Bangi, Selangor. Adakah Anda Pada Waktu Ini Sedang Tidur Lena? Tapi Bukan Saya. Entah Kenapa Otak Ini Asyik Berpusing. Selalu Sangat Memikirkan Sesuatu Perkara Itu Dengan Seteliti-telitinya. Entah Ini Perkara Normal Ataupun Tidak. Bila Ada Sesuatu Perkara Yang Merunsingkan Minda, Minda Ini Akan Sentiasa Mengeluarkan Perkataan² Mahupun Gambaran Yang Tidak Dipinta. Lihatlah Uban Dikepalaku Semakin Banyak. Ada Kaitankah? Ini Mungkin Adalah Satu Kekuatan Tapi Mungkin Juga Kelemahan Saya Sebagai Seorang Manusia. Muhasabah Diri Bagus. Betul? Tapi Sejauh Mana Saya Perlu Muhasabah Diri? Sehingga Kini Masih Lagi Minda Saya Muhasabah Diri Walaupun Tanpa Dipinta.
Antaranya :
- Sudah Pun Berumur 22 Tahun Apakah Sumbangan Diri Sendiri Kepada Agama, Negara, Masyarakat Sekeliling & Keluarga?
- Apakah Peranan Yang Telah Dijalankan Sebagai Seorang Manusia?
- Sejauh Manakah Tanggungjawab Sebagai Seorang Hamba Allah S.W.T?
- Sudah 50 Tahun Merdeka Tetapi Kenapa Minda Bangsa Kita Masih Kelihatan Belum Merdeka?
- Adakah Aku Anak Merdeka?
- Adakah Minda Aku Merdeka?
- Aku Lahir Pada Zaman Pasca Merdeka Tapi Mengertikah Aku Apa Itu Kemerdekaan?
- Sejauh Mana Aku Menilai Kemerdekaan Itu?
- …..
Adakah Soalan² Ini Perlukan Jawapan Oleh Aku? (Maaf Dalam Entri Ini Kata Ganti Nama Yang Digunakan Adalah Aku Kerana Aku Banyak Bermonolog). Bagaimana Anda? Anda Ada Jawapan Yang Boleh Dijawab? Sekurang²nya Menjawab Untuk Diri Sendiri…
Semoga 50 Tahun Akan Datang Banyak Yang Akan Kita Sumbangkan Kepada Agama, Bangsa, & Negara. Sumbanglah Sebanyak Mungkin. Susahkah?
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Simbol Perpaduan
- 10 Tahun Sebelum Merdeka..
- Minda Era Baru..
- 1957 Hati Malaya
- Melayu, Sejarah & Islam
- Masih Ada Harapan
- Pilihanraya Umum Malaysia Ke-12 ???









kalau kita ikut sumer suruhan Allah dan Rasul, barulah diri benar2 merdeka dan negara pon akan dapat menfaatnya secara auto!
yerla… betul2 ker kita sedang merdeka… nikmat merdeka datang bersama pengaruh penjajah… dari segi jiwa dan jati diri… adakah aku anak merdeka? sama2 kita tanya kan pada diri sendiri… cuma kita yang ada jawapannya…