
Gambar Di Atas Dan Seterusnya Adalah Gambar Saya Mengikuti Program Motivasi Ke Tambunan, Sabah. Yang Terlibat Adalah Sekolah Rendah Agama Tambunan & Rumah Anak Yatim Tambunan. Seronok Rasanya Dalam Perjuangan Manusia Memanusiakan Manusia. Berjumpa Dengan Generasi Baru & Melihat Perkembangan Mereka Mengikut Kelompok Masyarakat Yang Agak Berbeza Seperti Yang Kita Ketahui. Masyarakat Islam Di Tambunan Adalah Masyarakat Minoriti Di Tambunan. Agak Sukar Apabila Kita Menjadi Kelompok Minoriti Di Dalam Sesuatu Komuniti. Banyak Kekurangannya. Hmm.. Lihatlah Muka² Anak Kecil Yang Bakal Meneruskan Menjadi Pewaris Di Dalam Negara Ini. Apa Yang Dapat Anda Lihat Sebenarnya? Walaupun Kelihatan Agak Ceria Di Dalam Gambar Tersebut Namun Hakikatnya Mereka Pahit Yang Mereka Telan.
Bercakap Mengenai Pewaris. Entri Kali Ini Saya Akan Dendangkan Sebuah Lagu Kesedaran Untuk Orang Melayu. Walaupun Lagu Ini Hanya Fokus Kepada Masyarakat Melayu, Bukanlah Bermaksud Untuk Meniupkan Semangat Perkauman Di Kalangan Orang Melayu. Ia Adalah Lebih Kepada Peringatan Agar Ada Kesedaran Terhadap Orang Melayu Sendiri Untuk Memajukan Diri Sendiri Seterusnya Menilai Sejauh Mana Kedudukan Kita Pada Hari Ini. Namun Banyak Juga Suara² Yang Mengatakan Lagu Ini Sudah Tidak Relevan Lagi Untuk Didendangkan. Namun Pada Saya Lagu Ini Sesuai Untuk Menaikkan Semangat & Jatidiri Orang Melayu. Dengarkanlah Bagi Mereka Yang Pernah Mahupun Belum Pernah Menyanyikan Lagu Ini…
WARISAN
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Pribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Maha Perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara (3x)
Komposer : YB Prof. Dato’ Dr. Nordin Kardi,
Naib Canselor UUM & Bekas Pengarah Biro Tatanegara

Mari Kita Sorot Sedikit Lagu Berkenaan Rangkap Demi Rangkap
Rangkap 1
Orang Tua² Selalu Pesan Jangan Main Api Masa Kecil. Api Kecil Adalah Kawan, Besar Adalah Lawan. Bermain Api Sungguh Seronok Bagi Kanak² Kecil Bagi Mengisi Kekosongan Waktu Zaman Muda Remaja. Namun Api Yang Kecil Itu Bakal Membakar Diri Sendiri Kelak.
Itu Adalah Penerangan Saya Dari Maksud Tersurat. Maksud Tersirat Yang Cuba Disampaikan Oleh Penulis Adalah Akibat Kelekaan Kita Sewaktu Zaman Kegemilangan Melayu Melaka & Kelalaian Kita Dalam Pentadbiran Maka Muncullah Anasir Luar Yang Sentiasa Cuba Untuk Mengambil Kesempatan Ke Atas Nusantara. Lalu Jatuhlah Sebuah Kerajaan Agung Pada Waktu Itu Dan Bermulalah Era Penjajahan Di Bumi Melayu.
Rangkap 2
Ketamadunan Melaka Memang Sudah Diketahui Rakyat Malaysia & Seluruh Dunia Mengikut Sejarah. Bahasa Melayu Menjadi Lingua Franca. Pedagang Datang & Pergi. Kahwin Orang Sini. Mahsyur Terbilang Tetapi Hanya Pada Zaman Itu. Sifat TAMAK Dan Mementingkan Diri Sendiri Akhirnya Memakan Diri Sendiri. Ketidakpercayaan Sultan Kepada Bendahara Sendiri Hasil Hasutan Akibat Bendahara Tidak Mempersembahkan Tun Fatimah Kepada Sultan (Sila Rujuk Balik Buku Teks Sejarah Untuk Sejarah Lebih Lanjut). Maka Berperanglah Sesama Kita. Kelemahan Sistem Pentadbiran Waktu Itu Yang Lompong Telah Menyelerakan Lagi Niat Penjajah Untuk Memulakan Agenda Penaklukan. Maka Berlayarlah Hasil² Bumi Tanah Melayu Ke Bumi Eropah. Rakyat Hanya Mampu Merintis Tidak Terdaya Melawan Walaupun Ada Pejuang² Yang Cuba Menikam Penjajah Dengan Keris. Apalah Daya Keris Melawan Meriam.
Cinta Lenyap Di Arus Zaman Adalah Satu Teguran Yang Cukup Bermakna Apabila Sikap Tamak Telah Menutup Nilai Kemanusiaan Di Dalam Diri. Tiada Lagi Kasih Sayang Sesama Manusia. Sanggup Menggadai Tanah Air Demi Kepentingan Diri Sendiri.
Rangkap 3
Telah Diterangkan Dalam Rangkap 2 Sedikit Sebanyak. Namun Penggunaan Warisan Membawa Maksud Yang Besar Seperti Hasil Bumi, Tradisi Melayu, Sistem Kesultanan, Ketamadunan & Hal Lain Yang Berkaitan.
Rangkap 4
Zaman Berlalu. Penjajah Berganti. Pemberontakan & Peperangan Berlarutan. Kelihatan Tanah Melayu Sudah Tiada Harapan. Sistem Pentadbiran Bertukar. Tiada Lagi Pentadbiran Kesultanan. Orang Melayu Dipinggirkan Oleh Penjajah. Rakyat Disusun Mengikut Adunan Mereka. Dasar Pecah & Perintah. Demi Kepentingan Mereka. Orang Melayu Yang Agung Suatu Ketika Dahulu Sudah Hilang Taringnya. Kecut Dan Layu Di Pedalaman.
Namun Kita Masih Lagi Mempunyai Semangat Untuk Menuntut Kemerdekaan. Perjuangan Orang Terdahulu Begitu Besar. Menyatukan Rakyat Bagi Membolehkan Rakyat Yang Telah Bercampur-Baur Ini Memerintah Negara Sendiri. Selamat 50 Tahun Kemerdekaan!
Rangkap 5
Mesej Utama Lagu Ini Bermula Pada Rangkap Ini. Bukannya Berniat Untuk Meniupkan Semangat Perkauman Bagi Menuntut Pembelaan Akibat Perlu Berkongsi Kuasa Dengan Kaum Lain. Tapi Adalah Demi Kesedaran Kita Terhadap Jati Diri Sendiri. NameWee Kata Melayu Malas Kerja. Melayu Nak Jadi Mat Rempit Tapi Takde Motosikal. Melalak Tepi Simpang Tapi Takde Pun Bukak Kedai Jual Gitar Ke Jual Kaset Ke. Dia Tipu Ke Dia Betul? Fikirlah Sendiri Wahai Bangsaku.
Yang Penting Pada Rangkap Ini Bersatu. Sejauh Manakah Kesatuan Kita Pada Hari Ini? Ungkapan PHD (Perasaan Hasad Dengki) Sering Berkumandang. Samada Di Arena Politik, Korporat, Pendidikan, Masyarakat Mahupun Jiran Sebelah. Hanya Mahu Dengki-Mendengki. Bolehkah Bersatu?
Rangkap 6
Jangan LALAI Dan LEKA. Orang Luar Sentiasa Memandang Kita. Menunggu Umpan Terjerat. Menanti Kelemahan Terpapar. Ada Yang Sudah Mencetus Propaganda. Perkauman. Demi Untuk Melihat Perpecahan & Pergolakan. Mengganggu Kestabilan Politik, Ekonomi & Sosial. Menjadi Seperti Syiah & Sunnah Di Iraq. Palestin, Pakistan, Afghanistan Atau Menjadi Seperti Yugoslavia.
Dan Jadilah Melayu Yang Agung Semula Walaupun Konsep Bangsa Diamalkan. Jangan Jadi Penagih Dadah, Mat Rempit, Kaki Pukul, Kaki Ragut, Kaki Rogol, Kaki Bunuh, Kaki Liwat Dan Pelbagai Jenis Kaki Lagi Waktu Ini. Hmm..

p/s : Jadilah Manusia Yang Memanusiakan Manusia..
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Ladang..
- Senarai Penuh Kabinet Baru Kerajaan Malaysia
- Pesta Ang Pow
- Qaiyum Di Majalah Remaja
- Borak-Borak Politik













erm dude. aku nak kasik cadangan sikit. arikel ko ni, kalau boleh, tulis ikut tatabahasa melayu boleh tak. kalau yg huruf besar, patut huruf besar, kalau huruf kecik, patut huruf kecik. ini semua mula huruf besar. confusing la bagi aku yg suka membaca… tapi ini cadangan je. kalau tak wat pun takpe, aku tau ini cara ko menulis…
terima kasih. entri ni mantap sebab ada tambahan lagu tu dan ulasan … terus bangsa melayu…
Ye Ke? Haha. Sori Bro. Dah Terbiase Cam Nie.. Nak Ubah Balik Jadi Normal Pun Susah.. Sebab Dari Zaman Skolah Aku Ceting Memang Camni Gaye Aku. Tapi InsyaAllah Kalau Rase Membebankan Pembaca Aku Akan Try Ubah Style Nie.
Lebih-lebih lagi musim kemerdekaan ini, ramai orang nak suruh kita kenang kembali perjuangan orang dulu-dulu. Aku nak tanya, untuk apa semua itu? Untuk kita hargai perjuangan itu dan merasa megah dan selamat tinggal di sini? Kenapa perlu merasa selesa terlalu awal? Jangan pandang apa yang telah kita capai, tapi cuba lihat apa yang kita boleh capai. Terlalu selesa, itulah melayu, mudah lupa.
aku suka gambar nie..haha..
merdeka…merdeka..merdeka..
Dan Jadilah Melayu Yang Agung Semula Walaupun Konsep Bangsa Diamalkan. Jangan Jadi Penagih Dadah, Mat Rempit, Kaki Pukul, Kaki Ragut, Kaki Rogol, Kaki Bunuh, KAKI LIWAT…………(HAHA)t Dan Pelbagai Jenis Kaki Lagi Waktu Ini
malay sucks!pompuan melayu pon wat romen je.nak kata pe??diorg sndrik yang nak gadai burit
Orang melayu berbudi bahasa. Dari komen-komen di atas ternyata orang melayu dah hilang budi bahasanya. Bukan salah perempuan melayu tapi salahkan pemimpinnya (yakni lelaki), kalau pandai mendidik terpeliharalah bangsa kita. Budi bahasa bukan bermakna lemah tapi mengambarkan peribadi yang mulia.
Ya.. Berilah Komen Yang Membina..
[…] Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi kisah tulisan saya yang telah muncul di dalam majalah REMAJA edisi 15 Disember 2005. Sepertimana gambar berlatar-belakangkan bendera malaysia pada header blog ini, itu adalah gambar sewaktu saya mengikuti ekspedisi ke Negeri Di Bawah Bayu anjuran UPSM, UKM. Saya telah menghantar artikel hasil ekspedisi itu untuk ruangan XPDC di dalam majalah REMAJA edisi tersebut. Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu adalah antara aktiviti ekspedisi kami di negeri itu. Selain itu kami menjalankan aktiviti lawatan ke tempat² menarik di Sabah dan juga menjalankan motivasi di beberapa sekolah di daerah Tambunan. […]