Virus & Impak Maksima
Aug 25th, 2007 oleh Qaiyum

Uhuk.. Uhuk.. Nasib Baik Untuk Menulis Entri Saya Tidak Diperlukan Untuk Bersuara. Hanya Menggunakan Jari-Jemari Untuk Mengetik Papan Kekunci. Suaraku Kini Telah Diserang Sebuah Anasir Jahat. Telah Mengubah Pitching Suaraku Menjadi Serendah-Rendah Sharp (Suara Nobita). Tapi Kadang² Juga Telah Mengubahnya Menjadi Setinggi-Tinggi Flat (Suara Rikishi). Huh! Virus..
Kini Tugasan Major Yang Agak Menggunakan Suara Sendiri Iaitu Berbincang Dengan Penyelia Thesis, Bermesyuarat Berprofil & Berprotokol Tinggi, Dan Yang Terakhir Wacana Pengantarabangsaan Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia Di Bilik Senat, Canselori UKM Tadi. Kini Bolehlah Nafas Lega Ditarik. Hanya Tinggal Tugasan Minor Sahaja Dalam Penyumbangan Aktiviti Suara Iaitu Pada Petang Ini Sempena Rumpun ‘07. Apa Akan Berlaku? Nantikanlah Bersama. Untuk Anda Semua Yang Bakal Menghadiri Rumpun, Telah Siapkan Diri Sendiri? Jangan Lupa Bendera Kecil Sebagai Tanda Semangat Merdeka. Kita Gegarkan Kuala Lumpur Petang Ini..
Wah! Wajah Baru!!
Uhuk..Uhuk.. Akibat Daripada Ketidakseimbangan Dan Ketidakpuashatian Saya Sendiri Terhadap Theme Yang Lama. Maka Kini Anda Dihidangkan Dengan Theme Yang Baru Daripada MangoOrange Yang Diberi Nama i3Theme. Seperti Yang Telah Dapat Anda Lihat Unsur² Mac Telah Diserapkan Dalam Tema Ini. Saya Agak Berpuas Hati Dengan Prestasi Theme Ini Buat Masa Ini. Jika Anda Menghadapi Sebarang Kesulitan Sewaktu Melayari Blog Ini, Sila Kritikkan Kepada Saya. Apa Yang Menarik Berkenaan Dengan Theme Ini. Anda Boleh Drag & Drop Sidebar Di Kiri Dan Kanan Blog Ini Sesuka Hati Anda. Menarik Bukan? Cubalah!
Semalam Nonton Impak Maksima
Sebuah Filem Yang Agak Menarik Untuk Tontonan Santai Kita. Jarang Sekali Filem Malaysia Mengetengahkan Perlumbaan Haram Kereta. Hanya Lebih Tertumpu Kepada Mat² Rempit. Tahniah Kepada Ahmad Idham Kerana Telah Menghasilkan Sebuah Karya Yang Baik Dan Tidak Terlalu ‘Liar’. Tidak Banyak Unsur² Negatif Yang Dipaparkan Yang Mana Boleh Mempengaruhi Mereka Yang Malas Berfikir. Malah Sarat Dengan Pelbagai Mesej Untuk Renungan Bersama. Saya Tidak Boleh Dan Tidak Mahu Bercerita Panjang. Jika Anda Rasa Anda Salah Seorang Yang Ingin Menarik Handbrake Sewaktu Melalui Selekoh Tajam Di Mana² Jalan Raya, Cerita Ini Molek Untuk Dijengah Oleh Anda. Tapi Jika Anda Seorang Mat Rempit, Jangan Menonton Filem Ini Kerana Nanti Anda Akan Sakit Hati.
Qaiyum : Belum Ada Kereta Lagi Yang Boleh Di’setting‘ : )=
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- Permatang Pauh
- Kafarah Dosa
- Pilihanraya Kampus - Dulu, Kini Dan … (Episod I)
- Pengkorporatan
- Akan Kembali
- Hingga Akhir Disember Ini…
- Tiada Lagi Youtube ??












aku suka lagi ko pakai theme ni Qai… sejuk mata memandang putih & biru itu. ;p
*sungguh ke ko rekemen tengok Impak Maksima ni Qai? he he
Mm.. Boleyla Impak Maksima Tu. Kire Standard Filem Malaysia Gakla. Aku Suker Gaya Zul Huzaimy Yang Macam Jahanam Punyer Style APe Tah Die Bawak Watak Tue..
Problem Yang Aku Tanye Aritu Tu Prob Kat Plugin. Brian’s Threaded Comments Tu Tak Seswai Ngan Theme Nie. Huhu..
Alamak, aku ni bekas mat
rempitmotor..Tapi aku tak kira, nak tengok jugak..Hehehe..Qai, kami mau entri Rumpun, kami mau entri Rumpun..Hehehehe..Seronok dapat jumpa kau semalam..^_^
ceritani mengarut…aku dapat dvd master copy dari ahmad idham sendiri…tapi aku kuciwa jalan cerita adalah kompilasi dari cerita holywood dan jepun…