Akan Kembali
Aug 22nd, 2007 oleh Qaiyum
Dua Siri Kegemaran Ramai & Penulis - Prison Break & Heroes. Sebenarnya Banyak Lagi Siri TV Berskopkan Amerika Menerjah Ke Kaca² TV Mahupun Monitor Kita. Namun Hanya Dua TV Siri Ini Yang Meraih Carta Top Tertinggi Di Hati Penulis. Manakala Siri TV Yang Lain Bukanlah Tidak Langsung Digemari Seperti CSI, House, & Lain², Cuma Prison Break & Heroes Ini Telah Memberikan Impak Yang Besar Terhadap Penulis Kerana Kepelbagaian, Cara Olahan, Jalan Cerita & Konsep Yang Terdapat Dalam Kedua² Siri Ini.
Prison Break Musim 3 Dijangka Akan Menerjah Kaca TV Di Amerika Pada 17 September Ini. Tidak Tahulah Bila Kita Berpeluang Untuk Menikmatinya Di Kaca TV Malaysia. Namun Terima Kasih Kepada Teknologi Sedia Ada Kerana Telah ‘Mengizinkan’ Kami Para Pelajar Untuk Mendownload Siri² Berkenaan Secara Percuma Ke Hard Disk Kami. Bukannya Kami Menyokong Industri Cetak Rompak. Cumanya Ini Sahaja Cara Untuk Kami Menikmati Siri Berkenaan Lebih Awal Berbanding Jika Terpaksa Menunggu Berminggu² Lamanya Untuk Ia Sampai Ke Malaysia.
Saya Tidak Ingin Mengulas Apa Yang Akan Berlaku Pada Musim Ke-3 Siri Prison Break Ini. Anda Sebagai Kipas-Susah-Mati Siri Ini Rasanya Sudah Arif Terhadap Kesudahan Pada Musim Ke-2 Dan Boleh Mengagak Apa Yang Akan Berlaku Pada Musim Ke-3 Ini. Sama²lah Kita Nantikan Kemunculannya Di LamanWeb @ Torrent Malaysia & Bersedia Untuk Kembali Teruja.
Jika Kita Perhatikan Filem/Siri Berkonsepkan Super-Hero-Berspender-Terang Lebih Kurang Sama Jalan Cerita & Aliran Ideanya Sebagai Contoh Ditimpa Musibah (Digigit Binatang/Terdedah Kepada Tenaga Nuklear/Radioaktif/Super Nova Yang Berlebihan). Namun Siri TV Heroes Ini Telah Berjaya Membuatkan Sesuatu Yang Mustahil Macam Tak Mustahil Berlaku. Tapi Realitinya Sangat Mustahil Bila Dah Ada Orang Boleh Teleport & Memberhentikan Masa. Bermula Dengan Pengaturan Genetik Oleh Manusia Sendiri Untuk Mencari Manusia ‘Berbakat’ Yang Mampu Mengubah Nasib Manusia. Maka Ramailah Hero² Yang Muncul Di Muka Bumi Ini Disegenap Pelusuk Dunia Termasuk Jepun & India (Malaysia Takde Hero Ke?). Konsep Didalam Siri Ini Sangat Menarik Dimana Satu Manusia Satu ‘Kelebihan’ (Power). Ada Yang Tahu Mengenai Kelebihan Masing² Dan Boleh Meneruskan Hidup Masing². Ada Yang Tahu Dan Tak Dapat Menyesuaikan Diri Dengan Kelebihan Itu. Dan Ada Yang Ditolak Oleh Masyarakat. Namun Ada Juga Yang Tak Tahu Mengenai Kelebihan Yang Ada Dalam Diri Sendiri.
Musim Yang Ke-2 Akan Muncul Juga Di Dalam Bulan September Ini. Sama²lah Kita Nantikan. Namun Tidak Dapat Dipastikan Adakah Jalan Ceritanya Bersambung Dari Siri Pertama Atau Menjadi Jalan Cerita Yang Lain.
p/s : Apa Kelebihan Anda? Dah Muhasabah Diri? Cari, Teroka & Gunakanlah Kelebihan Anda Itu Untuk Kebaikan Sejagat. Jangan Sia²kan Kelebihan Yang Anda. Sesungguhnya Allah S.W.T Telah Menganugerahkan Seseorang Itu Sesuatu Kelebihan Bagi Membantu Mereka Yang Kurang Kelebihan Itu.
Mari Baca Tulisan Yang Lain :
- [[ Entri Lain Yang Berkaitan ]]














ahaha.aku tak suka tengok prison break.Supernatural lagi best maaa…
Yeke?? Best Ape.. Tryla Layan Dulu..
tv episod ni aku hanya layan heroes je…xsabar nak menunggu bulan september nanti…